Aplikasi Flexi Parking Memudahkan Pemandu Membayar Parkir Kenderaan Walau Berbeza Majlis Perbandaran




Aplikasi Flexi Parking Memudahkan Pemandu Membayar Parkir Kenderaan Walau Berbeza Majlis Perbandaran | Assalamualaikum semua! Hari ni Ruby nak berkongsi tentang aplikasi yang Ruby sudah guna dalam masa 3 bulan. Pertama kali guna pada 28 Ogos 2020 di Subang Jaya. Ruby berada di lokasi yang tidak biasa dikunjungi, mesti mencari kotak parkir yang disediakan dan mesin syiling untuk bayar parkir. Malangnya tidak jumpa. Kawan blog Ruby iaitu Carol kongsikan tentang Flexi Parking ni. Mereka risau kena saman dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jadi, Ruby pun muat turun aplikasi dengan penuh sabar. Mudah je untuk mendaftar dan tambah nilai. Ruby guna Touch 'n Go eWallet. Kita boleh tambah nilai serendah RM 5. Jom Ruby kongsikan info lanjut aplikasi Flexi Parking. Jemput baca!
Aplikasi Flexi Parking Memudahkan Pemandu Membayar Parkir Kenderaan Walau Berbeza Majlis Perbandaran.
Aplikasi Flexi Parking sangat mudah untuk dikendalikan. Muat turun di Google Play Store dan mula mendaftar. Ikut langkah-langkah seperti berikut:

Buat masa ini, aplikasi Flexi Parking hanya boleh digunakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Kelantan. Ruby harap negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Penang juga turut serta, sebab ia adalah diantara negeri yang sering dikunjungi apabila kami dari Kuala Lumpur ingin bercuti melawat tempat bersejarah dan lokasi instagramble. Hahaha. 

Di negeri Selangor anda akan lihat senarai Majlis Perbandaran. Jika anda tidak pasti anda berada di mana, aplikasi ini boleh bantu untuk mengesan lokasi terkini anda. Anda hanya perlu Turn ON lokasi untuk aplikasi Flexi Parking

Selangor 


Wilayah Persekutuan


Terengganu


Kelantan


Tambah Nilai Melalui Touch 'n Go eWallet
Tambah Nilai amat mudah menggunakan aplikasi Flexi Parking dan Ruby menggunakan Touch 'n Go eWallet sebab di sana sudah auto reload. Jadi, apabila ingin tambah nilai. Terus sedut wang di sana. Hehehe. Serendah RM 10 kita boleh tambah nilai. Kadar penggunaan untuk bayar parkir juga tidak mahal di setiap Majlis Perbandaran. RM 0.50, RM 0.80 atau RM 1.00 untuk satu jam sahaja. 


Tiada Masalah Apabila On-Street Parking 
On-Street Parking ni bukan bermakna anda boleh parking suka hati di tepi bahu jalan dan meninggalkan kenderaan tanpa berasa bersalah dan mengganggu pengguna japan raya yang lain ya. okay baca senafas. hahaha. Keadaan On-Street Parking ni apabila anda berada di kawasan yang perlu buku Kupon Letak Kereta. Tetapi anda tidak memilikinya! Hahaha. Kebiasaanya Majlis Perbandaran Negeri mesti mewajibkan anda untuk beli buku ni. Kadang-kadang, parking dah dapat, tempat beli buku tu pula tiada berdekatan. Jadi, Ruby guna aplikasi Flexi Parking untuk bayar parkir di situ. Mudah dan jimat masa! 



Scan QR Code Apabila Anda Off-Street Parking
Apa itu Off-Street Parking ni? Ia adalah salah satu fungsi untuk anda membayar parkir di kawasan parkir yang menggunakan perkhidmatan sistem parkir dari LPR Technology. Anda hanya perlu scan QR code semasa masuk dan keluar. 

Manfaat Menggunakan Flexi Parking
Selain memudahkan pengguna seperti Ruby. Ruby amat menyarankan pambaca semua menggunakan aplikasi ini memandangkan kita berada di dalam situasi penularan wabak pandemik COVID-19. Kita harus menjaga diri kita, keluarga, jiran, masyarakat dan semua. Demi kebaikan bersama. Semua perlu ikut SOP yang telah disarankan oleh MKN dan KKM. Maka, segala urusan harian atau urusan peribadi harus dilakukan dengan pantas dan selamat. Aplikasi ini mempercepatkan urusan parkir korang. Tiada sentuhan mesin. Tiada pembaziran kertas dengan resit. Tiada buku kupon. Tangan kita bebas

Mengenai Flexi Parking
Syarikat Leading Innovative Technologies and Systems (LiTS) terkemuka mencipta aplikasi dengan mempertimbangkan persekitaran, kecekapan dan kesederhanaan yang mesra pengguna. Sama ada anda berada di barisan bank, di teater menonton filem, mengadakan pertemuan dengan pelanggan anda, tidak dapat menentukan berapa lama anda akan meletakkan kereta anda, atau senario lain yang tidak dapat difikirkan, LiTS mempunyai penyelesaian ini agar anda dapat membayar tempat letak kenderaan anda di mana sahaja dengan sambungan internet atau sambungan mudah alih. Anda tidak perlu lagi bergegas kembali ke kenderaan untuk membayar tempat letak kenderaan anda dan senario pertikaian tempat letak kereta dengan pihak penguatkuasaan akan menjadi sejarah. Dan fungsi terakhir, kami menyertakan GPS yang dipandu untuk membantu menentukan lokasi pengguna untuk tidak salah membayar majlis perbandaran serta membantu pengguna menjimatkan masa daripada kembali ke pejabat dewan perbandaran untuk membayar kompaun


Idea aplikasi tempat letak kereta ini berasal dari inovasi sistem pembayaran semasa (Kupon dan kios pembayaran tempat letak kereta) untuk membolehkan pilihan pembayaran baru yang memudahkan pengguna. Aplikasi Flexi Parking bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masa dan kecekapan pengguna untuk membayar tempat letak kenderaan dan kompaun tetapi juga kadar pematuhan undang-undang majlis perbandaran. Dengan mempertimbangkan persekitaran hijau, LiTS memutuskan untuk mengurangkan pembaziran kertas dan menjadi sebahagian untuk menyelamatkan alam sekitar. Untuk menyampaikan mesej ini kepada pengguna, LiTS menggunakan jumlah tempat letak kereta yang dibayar menggunakan Flexi Parking dan mengubahnya menjadi berat kertas resit untuk memberi kesedaran terhadap alam sekitar. Sejak 1 Ogos 2016, negeri Selangor telah berjaya menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan sebanyak 505,332Kg penggunaan kertas


LiTS terus meningkatkan aplikasinya untuk membolehkan lebih banyak ciri dari semasa ke semasa. Selain pembayaran tempat letak kenderaan setiap jam atau blok, LiTS telah membolehkan pembelian pas bulanan, pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kemudahan tempat letak kereta berpagar menggunakan teknologi canggih, termasuk antara lain, Licence Plat Recognition (LPR). Dengan teknologi LPR, pengguna tidak lagi perlu untuk menggunakan kad akses sentuh atau tiket tempat letak kereta. Mereka hanya perlu menggunakan teknologi LPR, dengan syarat nombor kenderaan pengguna telah didaftarkan dengan Flexi Parking, MPAJ Parking, Smart Selangor Parking dan Wilayah Parking. Perkhidmatan ini boleh diaktifkan melalui satu log masuk tunggal dan satu dompet kredit. Mudah kan? 
Diharap perkongsian ini bermanfaat! Muat turun Flexi Parking sekarang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/10/aplikasi-flexi-parking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fave Mengintegrasikan Grabpay Memudahkan Anda Membayar Dan Berjimat Pada Masa Yang Sama

Fave Mengintegrasikan Grabpay Memudahkan Anda Membayar Dan Berjimat Pada Masa Yang Sama

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 257 hits
Fave merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda menemui pelbagai promosi di kedai kedai makan dan peruncit terdekat Melaluinya Fave menawarkan pulangan wang tunai untuk pembelian sekaligus membolehkan anda lebih berjimat disesuatu k...
Maybank Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital Mae Turut Memudahkan Memantau Perbelanjaan

Maybank Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital Mae Turut Memudahkan Memantau Perbelanjaan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 300 hits
Maybank hari ini telah memperkenalkan aplikasi baru dinamakan MAE yang mana merupakan aplikasi berasingan pihak Maybank memfokuskan penawaran ciri dompet digital MAE ditawarkan kepada pengguna Maybank dan juga bukan pelanggan Maybank Sesiap...
Cuba Menipu Pemandu Myvi Reka Cerita Elak Kenderaan Berhenti

Cuba Menipu Pemandu Myvi Reka Cerita Elak Kenderaan Berhenti

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 463 hits
BANGI 23 Safar 1442H Ahad Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelak kenderaan berhenti di hadapannya hingga terlibat kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru Kota Tinggi semalam Ketua Polis Joho...
Aplikasi Jomparking Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Parkir Di Kl Bermula 7 Oktober

Aplikasi Jomparking Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Parkir Di Kl Bermula 7 Oktober

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 286 hits
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini telah mengumumkan penamatan penggunaan mesin pembayaran parkir dan beralih sepenuhnya kepada penggunaan berasaskan kepada aplikasi Selari dengannya sejumlah aplikasi telah diumumkan boleh digunakan t...
Contoh Soalan Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Contoh Soalan Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 621 hits
Contoh Soalan Psikometrik Pemandu Kenderaan H11 Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11 bulan ini Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membukti...
Dbkl Selamat Tinggal Pembayaran Parkir Secara Mesin Menggunakan Aplikasi Sepenuhnya Bermula 1 Oktober

Dbkl Selamat Tinggal Pembayaran Parkir Secara Mesin Menggunakan Aplikasi Sepenuhnya Bermula 1 Oktober

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 526 hits
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini telah mengumumkan yang mana 30 September 2020 adalah tarikh akhir untuk penggunaan pembayaran tempat letak kenderaan secara mesin Bermula esok 1 Oktober 2020 pembayaran tempat letak kenderaan di bahu ja...
Sprm Sita Kenderaan Scammer Kereta Shuib Turut Tersenarai

Sprm Sita Kenderaan Scammer Kereta Shuib Turut Tersenarai

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 485 hits
Sejak beberapa hari lalu individu yang menjadi dalang kepada Macau Scam di Malaysia telah berjaya ditahan pihak polis Mereka didakwa menggunakan golongan artis bagi mencuci duit dengan melabur di dalam perniagaan yang diusahakan selebriti M...
Macau Scam 19 Orang Ditahan 23 Kenderaan Mewah Disita 730 Akaun Bank Dibekukan Sprm

Macau Scam 19 Orang Ditahan 23 Kenderaan Mewah Disita 730 Akaun Bank Dibekukan Sprm

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 349 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan seramai 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam mencuci duit yang juga dikaitkan dengan perniagaan golongan artis telah ditahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Ser...
Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Rempuh 10 Kenderaan

Pacuan Empat Roda Hilang Kawalan Rempuh 10 Kenderaan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 269 hits
IPOH 15 Safar 1442H Sabtu Sebanyak 10 buah kenderaan mengalami pelbagai kerosakan gara gara sebuah pacuan empat roda mengalami masalah brek dan hilang kawalan di Jalan Raja Musa Aziz pagi tadi Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation