Api Dalam Sekam Terus Marak Lu Apa Peduli


 
Ammar Easeer dan Teresa Kok
1. Siasatan hampir lengkap: ‘Tindakan Teresa bak ‘api dalam sekam’


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu menempelak kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu pensijilan halal.
“Teresa Kok berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
“Susulan daripada kenyataannya, beliau telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu Islam yang amat menitikberatkan mengenai sumber halal dan haram dalam pemakanan seharian. 
“Umat Islam diwajibkan memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
(Selanjutnya sila lihat 'Siasatan hampir lengkap: ‘Tindakan Teresa bak ‘api dalam sekam’  -HARAKAHDAILY 10/9/2024)
2. Pensijilan halal: Bukan Islam tak wajar masuk campur  
KUALA LUMPUR: Kenyataan Teresa Kok berkenaan cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol adalah amat tidak tepat dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia, Nurul Noh Omar berkata, sebagai seorang bukan Islam, Naib Presiden DAP itu tidak sewajarnya masuk campur dalam isu yang berkait rapat dengan kepercayaan dan amalan agama Islam.
“Isu halal ini lebih daripada sekadar khinzir dan alkohol, ia melibatkan keseluruhan proses penyediaan makanan, termasuk bagaimana daging dan ayam disembelih. 
“Teresa tidak faham bahawa daging dan ayam juga boleh menjadi tidak halal jika tidak disembelih mengikut syarak. 
“Pensijilan halal bukan hanya memastikan bahawa tiada khinzir atau alkohol dalam makanan, tetapi ia juga memastikan bahawa proses penyediaan makanan menepati standard kebersihan dan keagamaan yang ketat,” katanya. 
Nurul Noh Omar
Menurutnya, ini termasuk sumber makanan, cara penyembelihan, dan cara penyimpanan yang betul, dan ia amat penting untuk menjaga kepentingan umat Islam yang diwajibkan oleh agama untuk memastikan makanan mereka halal dan suci.
Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, komen Teresa yang menyebut bahawa pensijilan halal menambah beban kepada pengusaha restoran Melayu juga tidak relevan. 
(Selanjutnya, sila ikuti 'Pensijilan halal: Bukan Islam tak wajar masuk campur' -HARAKAHDAILY 10/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, beberapa perkara perlu diambil perhatian sekurang-kurangnya.
(i) Isu pensijilan halal: Perlu tindakan tegas kerajaan. 
Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap isu pensijilan halal yang sedang diperdebatkan sekarang ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof Mohd Roslan Mohd Nor berkata, PUM berpendirian bahawa pensijilan Halal adalah satu keperluan untuk maslahah (kebaikan) rakyat Malaysia, dalam kalangan muslim dan juga orang bukan Islam.
Pensijilan Halal Malaysia ini telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia  mempunyai standard piawaian yang diiktiraf seluruh dunia. Bahkan Malaysia dilihat sebagai pelopor kepada perkembangan industri halal di peringkat global. 
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa beberapa perkataan tertentu seperti no pork, no wine, no alcohol dan sebagainya tidak bermaksud makanan yang disediakan tersebut adalah memenuhi status halal.
Buang jauh-jauh serabut pemikiran pemimpin DAP yang jahil agama majoriti penduduk negara ini.
(ii) Berita dari Kedah pula, isu tuntutan caj air mentah Kerajaan Negeri Kedah terhadap Pulau Pinang, bukanlah isu baru walaupun negeri ditadbir DAP itu wajar menunaikan RM50 juta setahun, namun kenyataan berlaku sebaliknya. 

Sikap Pulau Pinang itu menunjukkan kurangnya kesedaran akan tanggungjawab bersama […]
(iii) Pulau Pinang pula, ini apa dah jadi? Lencana bendera Israel dijual secara terbuka?

Tangkapan skrin daripada video yang dikongsikan @truckers_adinda di Tiktok. (FOTO: TikTok @truckers_adinda)
PULAU PINANG: Seorang individu telah berkongsi rasa terkejutnya selepas  mendakwa melihat lencana (patch) bendera Israel dijual kepada orang ramai di sebuah gerai secara terbuka di Pulau Pinang.
Perkongsian sebuah video TikTok milik @truckers_adinda tular selepas dia mempersoal bagaimana barangan menyerupai bendera Israel dan bersaiz seperti lencana boleh  di sebuah kedai […] 
Kemana arah negara ini hendak dihala? Okey, setakat ini dulu. 
Selesai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/09/api-dalam-sekam-terus-marak-lu-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemkab Paser Inginkan Kideco Run Terus Terlaksana

Pemkab Paser Inginkan Kideco Run Terus Terlaksana

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 140 hits
Sekda Kabupaten Paser Katsul Wijaya mengapresiasi kegiatan Kideco Run 2024
Kerajaan Terus Memacu Kecemerlangan

Kerajaan Terus Memacu Kecemerlangan

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 150 hits
Kerajaan Madani terus menzahirkan kemajuan ekonomi negara melalui usaha reformasi yang berterusan dan konsisten Pencapaian cemerlang GLC ini adalah bukti dedikasi dan komitmen YAB Perdana Menteri dan pasukan kabinetnya dalam memacu pemuliha...
Persatuan Ulama Malaysia Gesa Rakyat Terus Boikot Syarikat Berkaitan Israel

Persatuan Ulama Malaysia Gesa Rakyat Terus Boikot Syarikat Berkaitan Israel

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 430 hits
Malaysiakini nbsp Persatuan Ulama Malaysia menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk terus memboikot syarikat yang dikaitkan menyokong Israel Presiden PUM Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata boikot lebih daripada sekadar ...
Ismail Sabri Akui Kecewa Terus Dihentam Walaupun Sedang Berehat

Ismail Sabri Akui Kecewa Terus Dihentam Walaupun Sedang Berehat

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 181 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 29 2024 11 21 AMBekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mengakui dirinya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Umno kerana masih diganggu meskipun dirinya tiada lagi memegang jawatan tinggi baik dalam par...
Hati Hati Tak Peduli Kecaman Hyuna Kongsi Banyak Foto Mesra Bersama Bakal Suami Yong Junhyung

Hati Hati Tak Peduli Kecaman Hyuna Kongsi Banyak Foto Mesra Bersama Bakal Suami Yong Junhyung

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 174 hits
Tak lama lagi Hyun a akan menamatkan zaman bujangnya dengan Yong Jun hyung Artikel Berkaitan Baru baru ini Hyun a telah memuat naik banyak foto mesra bersama bakal suaminya Yong Jun hyung menerusi laman Instagram Meskipun tiada apa apa kaps...
Diabetes Kita Tahu Tapi Tak Peduli Kenapa Ye

Diabetes Kita Tahu Tapi Tak Peduli Kenapa Ye

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 339 hits
Baiklah kita mulakan dengan satu soalan Adakah korang tahu apa itu diabetes Sudah tentu jawapannya kebanyakannya Ya tahu Tapi bila ditanya Korang peduli tak Ramai yang tiba tiba jadi senyap Kalau ada suara pun mungkin cuma krik krik krik da...
Tular Video Influencer Aisar Khaled Dilayan Bagai Sultan Di Indonesia Netizen Terkejut Tolong Ambil Dia Terus

Tular Video Influencer Aisar Khaled Dilayan Bagai Sultan Di Indonesia Netizen Terkejut Tolong Ambil Dia Terus

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 356 hits
Tular satu video baru baru ini memaparkan pempengaruh dan pelakon Aisar Khaled dilayan seperti 8216 Sultan 8217 ketika dia berkunjung ke negara Indonesia Dalam video tersebut Aisar dikerumun sekumpulan orang ramai dan turut dikawal oleh pen...
Siwon Sangka 10 Kekal 0 Rating Dna Lover Terus Menurun

Siwon Sangka 10 Kekal 0 Rating Dna Lover Terus Menurun

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 248 hits
Kenapa agaknya ada K Drama yang meraih rating 0 sahaja Artikel Berkaitan DNA Lover yang sudah pun bersiaran sebanyak 6 episod kini nampaknya terus menunjukkan prestasi yang membimbangkan apabila episod terbarunya meraih rating terendah 0 5 ...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Marjeena Cafe Parit Buntar

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

Menziarah Pusara Arwah Abang

No Charges For Mother In Child Overboard Case

Hiburan Saya Tak Takut Pun Ardell Aryana Dedah Terima Ugutan Ada Tawaran Rm5 000 Untuk Jejak Lokasi