Apam Pisang Tanpa Telur Yang Sedap



Sedikit intipati dari Tazkirah Jumaat Ustazah Fadillah Haji Yaacob di surau tempat saya bekerja. Ustazah memulakan dengan dengan menyebut bila kita mati, jasad akan dipulang pada tanah iaitu tempat asal kita. Manakala roh akan diambil Allah. Allah tak tengok pada jasad tapi pada roh. 
Majlis ilmu adalah untuk santapan roh. Jangan biar roh dalam keadaan lapar. Kerana ia akan jadi tidak tenang jika tidak diberi makan walaupun hidup kaya raya, berpangkat besar dsb. 

Ustazah mengupas bab qadha puasa. Terdapat khilaf ulamak berhubung samada qadha puasa samada boleh dibuat bersama atau berasingan dengan puasa sunat. Bila pandangan ulamak tepat di sisi Allah, kita dapat 2 pahala. Jika salah di sisi Allah, dapat 1 pahala. 

Disebutkan juga perbezaan niat puasa qadha dengan puasa sunat. Niat puasa qadha adalah perkara tetap tak boleh teragak agak. Ianya mesti dilakukan dari masuk waktu Maghrib hingga sebelum masuk azan Subuh. Tetapi bagi puasa sunat, ianya boleh diniat hingga sebelum solat Zohor dengan syarat belum makan apa apa. 

Sebagai contoh, kalau pukul 11 pagi masih tak makan, kita tiba tiba rasa hendak berpuasa, jadi kita cuma perlu niat berpuasa sahaja. Boleh niat sahaja aku puasa sunat kerana Allah Taala. Puasa qadha kena tetap yang esok akan puasa. Bukan tengok keadaan, kalau hari mendung baru nak puasa. Tak sah puasa sebab niat belum ditetap. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk sedikit bab masakan.


Balik dari pejabat teringat pula ada satu sikat pisang emas yang kecil kecil baki dari buat Kek Pisang dan juga Jemput Jemput Pisang. Yang terlintas di kepala adalah untuk membuat apam pisang kukus atau apam Kelantan. Kalau buat Apam Kelantan nak kena perap lama dan perlu ada tapai ubi. 

Jadi buat keputusan untuk menyediakan apam kukus. Bila disemak resepi, bahan membuat apam sama seperti membuat kek pisang cuma ianya dikukus. Jadi saya cari yang lain sikit. Haa terjumpa resepi apam pisang tanpa telur. Barulah nampak kelainan sikit dengan adunan kek pisang.

Saya memang betul betul bekejar kerana mahukan cahaya semulajadi semasa mengambil gambar. Kira macam keretapi express, terpaksa minta Boy tolong letakkan pengukus atas dapur dan lenser minyak pada acuan kuih lompang. Apa apa pun sedap apam ni dan gebu. Lebih lebih lagi menggunakan pisang yang masak ranum. 
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Apam Pisang Tanpa TelurOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan pisang emas - lecek halus2 cawan tepung gandum3/4 cawan minyak jagung3/4 cawan gula kastor1 sudu kecil baking powder1/2 sudu teh soda bikarbonatSecubit garam
Cara cara:Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan pisang yang dilenyek, gula dan garam. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan minyak jagung dan gaul rata. Jika adunan ternampak lembik berminyak, masukkan 1-2 sudu tepung gandum. 



Lenser acuan kuih lompang dengan sedikit minyak dan tuang adunan separuh atau 2/3 penuh sahaja. 

Kukus selama 15 minit. Balut tutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan air menitis di atas adunan semasa dikukus. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/08/apam-pisang-tanpa-telur-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kek Zebra Putih Telur Paling Mudah Sedap Gebu

Resipi Kek Zebra Putih Telur Paling Mudah Sedap Gebu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 618 hits
Sedapnya Kek Zebra Putih Telur ni atau tajuk asal dalam bahasa Indonesianya dipanggil Bolu Zebra Putih Telur Nampak gebu dan sedap kan Malah bahan bahannya nampak mudah Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida dari IG fridajoincofee ni Pasti p...
Sardin Telur Bungkus Goreng Sedap Gila Wei

Sardin Telur Bungkus Goreng Sedap Gila Wei

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 561 hits
Berita baik untuk penggemar ikan sardin tin Asyik bosan dengan menu sardin tumis gulai dan goreng kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru ala ala fusion kononnya Tapi admin yakin ramai yang suka tak caya cuba ya IKAN SARDIN PERC...
Resepi Mini Apam Coklat Kukus Sedap Dan Mudah Mesti Jadi

Resepi Mini Apam Coklat Kukus Sedap Dan Mudah Mesti Jadi

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 1424 hits
Nampak comel comel la apam coklat yang kakak saya buat ni Geram sangat comel nya tu Biasanya apam atau makanan kukus kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia Banyak gambar makanan sedap sedap y...
Resipi Telur Bungkus Yang Senang Dimasak Tapi Sedap

Resipi Telur Bungkus Yang Senang Dimasak Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 602 hits
Kadang kat rumah tak ada apa yang nak dimasak kecuali telur Telur kan tahan lama Lagi lagi kalau disimpan dalam peti sejuk Kalau di rumah cuma ada telur apa kata buat telur bungkus Sedap sangat Campurkan dengan sayur sayuran Dah jadi satu l...
Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 432 hits
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng Kalau belum lagi wajib cuba sebab sedang sangat kalau makan panas panas memang rangup dan garing Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik Kalau makan kat kedai bebelas ringgit sat...
Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Sedap Menggunakan Takoyaki Pan

Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Sedap Menggunakan Takoyaki Pan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 1216 hits
RESEPI KUIH CARA BERLAUK YANG SEDAP MENGGUNAKAN TAKOYAKI PAN Kuih cara berlauk adalah antara kuih lama kegemaran aku selain dari talam ubi Aku kalau dapat makan kuih cara berlauk ni boleh sebu perut Memang berketul ketul aku makan Haritu Ab...
Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 683 hits
RASA kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod pertama yang bersiaran hari ini menampilkan selebriti cantik manis Ozlynn dan bapanya Encik Ismail sebagai tetamu jemputan Ozlynn sememangnya antara selebriti tanah ...
Brownies Kedut Mudah Dan Sedap

Brownies Kedut Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 451 hits
Resepi Brownies SedapBrownies kedut sedap Siapa suka brownies angkat tangan hehe Mai memang suka brownies sebab rasanya yang sedap kaya dengan coklat Lagi suka apabila brownies yang dibuat sendiri keluar kedutnya Cantik je rupanya Kalau bua...
Tak Sangka Makanan Di Bbq Lamb Kl Kemensah Ini Amatlah Sedap Patutlah Ramai Orang Datang

Tak Sangka Makanan Di Bbq Lamb Kl Kemensah Ini Amatlah Sedap Patutlah Ramai Orang Datang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 719 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda sihat sejahtera hendaknya Baiklah utnuk entri kali ini saya ingign berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya makan di BBQ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad