Apakah Telefon Pintar Bakal Jadi Keperluan Pelajar


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Peranti digital menjadi sinonim dengan pembelajaran sekolah sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Telefon pintar menjadi sebahagian keperluan penting dalam sesi pengjaran dan pembelajaran sekolah sejak pandemik melanda negara. Bekas pensel? Ada. Botol air? Ada. Telefon?
Lebih setahun selepas pandemik Covid-19 melanda Malaysia, murid-murid kini memulakan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat walaupun sebahagian besar mereka masih perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), ekoran itu, ia telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat apakah telefon pintar kini harus menjadi keperluan asas pembelajaran sekolah.
Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Azlin Norhaini Mansor berkata, kumpulan remaja dan kanak-kanak seharusnya merupakan kumpulan terakhir yang layak memegang telefon bimbit kerana dikhuatiri akan berlaku penyalahgunaan, penggunaan secara berlebihan dan ketagihan.
Akan tetapi ini berubah dengan kedatangan pandemik apabila telefon menjadi keperluan asas bagi PdPR, selain peranti komputer atau tablet.
“Persoalannya, wajarkah semua remaja dan kanak-kanak yang bersekolah diberikan tanggungjawab memiliki sebuah telefon atas alasan pendidikan apabila semua orang maklum kebarangkalian penyalahgunaan yang amat tinggi,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Saya berpandangan dalam keadaan sekarang dan selagi PDPR atau ‘remote teaching’ terpaksa diteruskan, maka telefon menjadi keperluan asas kepada semua murid sekolah.”
Kerajaan menetapkan keperluan untuk hadir ke sekolah mengikut negeri, kelas peperiksaan dan institusi pendidikan.
Kebergantungan kepada PdPR membuka dimensi baru pendidikan negara apabila isu kemiskinan digital menjadi fokus utama yang perlu diselesaikan dan komunikasi antara guru dan murid juga berevolusi seiring dengan pelaksanaannya.
Sesi pembelajaran diadakan di platform seperti Google Class, Google Meet atau Zoom dan terdapat juga guru yang menggunakan aplikasi seperti WhatsApp untuk berkomunikasi dengan murid-murid, berkongsi bahan pembelajaran atau memberikan kerja rumah.
Ini bermakna murid-murid terpaksa berkongsi telefon ibu bapa masing-masing dan terpaksa “bersaing” dengan adik-beradik lain yang juga terpaksa menjalani sekolah secara dalam talian.
Kajian Kementerian Pendidikan bertajuk “Kajian Kesediaan Murid Berkaitan Pembelajaran Secara Dalam Talian” tahun lalu menunjukkan 36.9% murid negara ini tidak mempunyai peranti langsung manakala 90% murid tidak mempunyai peranti milik peribadi.
Azlin berkata, beberapa persoalan timbul mengenai pihak yang perlu tanggungjawab mendidik dan memastikan murid-murid menggunakan kebebasan memiliki telefon dengan penuh etika dan mematuhi keperluan.
“Bagaimanakah hendak mendidik dan menanamkan tanggungjawab penggunaan telefon kepada murid-murid ini?
“Adakah terdapat modul latihan yang sesuai dan tepat untuk melatih sikap kebertanggungjawaban tersebut?,” soalnya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris Amin Md Taff berkata, penggunaan telefon dan menyediakan talian telefon kepada pelajar amat wajar seiring dengan kemajuan teknologi menuju revolusi industri 4.0.
“Telefon sudah menjadi alat paling hampir dengan pelajar. Apabila telefon dibenarkan, pelajar akan dapat mengakses bahan-bahan yang ada.
“Kedua, mereka sudah cekap dengan kemahiran berkaitan telefon bimbit. Ini memudahkan proses PdP,” katanya kepada MalaysiaNow.
Amin berkata, realitinya ialah generasi kini merupakan “digital native” yang mana ramai sudah terdedah dengan gajet seawal dua atau tiga tahun.
Katanya, meskipun ada perkara negatif berbangkit mengenai penggunaan telefon, manfaat yang diperolehi pelajar boleh mengatasi perkara negatif tersebut.
“Guru tidak perlu lagi masuk dan bersyarah semata. Apa yang penting guru menjadi kurator ilmu. Pelajar boleh mencari bahan-bahan daripada apa yang diajar guru untuk tujuan perbincangan.
“Ini disifatkan belajar melalui perbuatan (learning by doing),” katanya.
Dalam pada itu katanya, guru boleh juga membantu menerapkan etika dan tatasusila pengguna telefon kepada pelajar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/apakah-telefon-pintar-bakal-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 305 hits
Evolusi smartphone kini sangat maju hinggakan harga Samsung Galaxy A22 telefon pintar murah empat kamera ini dijual di Malaysia dengan harga hanya RM899 sahaja Dengan bercirikan pelbagai spesifikasi terbaik dalam level nya ia adalah peranti...
Membuat Entri Melalui Telefon Pintar

Membuat Entri Melalui Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 301 hits
Membuat Entri Melalui Telefon Pintarupdate blog menggunakan smart phone bestnya kena belajar lagi hingga mudah mengurus blog sendiriSalam blogger Malaysia salam semua pembaca maya mahupun sesiapa sahaja yang pencinta maya di awan yang biru ...
Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 535 hits
Minggu lepas kami singgah di Samsung Center The Garden dan mendapatkan satu unit telefon pintar yang baru Untuk kali ini sekali lagi nak kongsi dengan anda Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera telefon mampu milik untuk sem...
Anwar Bakal Bertanding Di Perak Pada Pru 15

Anwar Bakal Bertanding Di Perak Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 191 hits
September 26 2021 Parti Keadilan Rakyat Perak memberi ruang kepada Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada salah satu kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum akan datang Pengerusi PKR Perak Farhash Waf...
Sopir Dan Truk Di Tangerang Diamuk Warga Attb Bakal Lapor Polisi

Sopir Dan Truk Di Tangerang Diamuk Warga Attb Bakal Lapor Polisi

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 191 hits
Asosiasi Transporter Tangerang Bogor akan melaporkan kasus kekerasan yang dialami para sopir truk tronton dan perusakan truk oleh warga Legok Pagedangan Kabupaten Tangerang Dalam peristiwa yang terjadi kemarin Sabtu massa menutup jalan dan ...
Fat Leonard Dari Malaysia Bakal Bocor Rahsia Skandal Rasuah Terburuk Tentera Laut As

Fat Leonard Dari Malaysia Bakal Bocor Rahsia Skandal Rasuah Terburuk Tentera Laut As

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 493 hits
September 26 2021 Fat Leonard memberikan hadiah haram dan menaja pesta seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang kurangnya 45 kali dalam tempoh tujuh tahun PETALING JAYA Leonard Glenn Francis ahli perniagaan Malaysia yang terbabit dalam ska...
Tale Of The Nine Tailed Dilapor Bakal Kembali Dengan Dua Musim Baru Tanpa Jo Boah

Tale Of The Nine Tailed Dilapor Bakal Kembali Dengan Dua Musim Baru Tanpa Jo Boah

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 366 hits
Ingat tak drama Tale Of The Nine Tailed yang ditayangkan pada tahun lalu Menurut sumber industri khabarnya drama fantasi mistik itu akan kembali dengan format bermusim dan dua musim baru sudah pun dirancang untuk ke udara pada tahun hadapan...
Mobil Listrik Klasik Bakal Beroperasi Untuk Wisata Keliling Solo

Mobil Listrik Klasik Bakal Beroperasi Untuk Wisata Keliling Solo

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 138 hits
Guna mendukung sektor pariwisata Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka menyiapkan empat unit mobil listrik Mobil dengan desain unik tersebut akan dioperasikan untuk wisatawan berkeliling kota Mobil klasik berwarna putih dan merah tua itu me...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport