Apakah Perlantikan Tajuddin Adalah Pelantikan Kroni




PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen Umno berharap Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai duta besar ke Indonesia tidak mencetuskan sebarang keadaan yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Jakarta.
Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif berkata, kontroversi membabitkan insiden memalukan ketika sidang media Prasarana pada Mei tahun lalu harus dijadikan iktibar oleh ahli Parlimen Pasir Salak itu.
“Kita tidak boleh menghukum kalau kesilapan dah berlaku, tetapi itu mungkin iktibar kepada beliau (belajar) untuk perbaiki hubungan (dua hala)…dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mencetuskan keadaan tidak baik dalam hubungan KL-Jakarta,” katanya kepada FMT.
Kelmarin Tajuddin mengesahkan beliau dilantik sebagai duta besar ke Indonesia bagi mengisi jawatan yang kosong sejak Zainal Abidin Bakar bersara pada 4 April 2021.
Ahli Parlimen kontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana pada Mei tahun lepas hanya beberapa hari selepas sidang medianya mendapat kecaman susulan insiden pelanggaran dua tren LRT.
Susulan itu pelantikan terbaru ini mencetuskan kritikan ahli Parlimen pembangkang dan bekas diplomat.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkannya sebagai “pelantikan kroni”, selain mempertikai kelayakannya untuk jawatan diplomat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah pula berpendapat, Tajuddin perlu melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kerana adalah tidak bertanggungjawab sekiranya beliau mengabaikan amanahnya terhadap pengundi.
Bagaimanapun Salim berpendapat pelantikan Tajuddin perlu dihormati semua pihak memandangkan ia sudah dipersetujui dan dinilai oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
“Kalau dia tak bagus esok, ada yang lebih (baik) boleh tukar. Bukanlah (Tajuddin menjadi duta besar ke Indonesia) selama-lamanya…tidak,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, semua pihak tidak seharusnya prejudis terhadap pelantikan Tajuddin itu.
“Jangan meramal perkara yang belum berlaku…jangan prejudis. Tajuddin mampu rapatkan hubungan dua hala KL-Jakarta. Beliau sudah terbukti diterima oleh penduduk di Pasir Salak selama beberapa penggal.
“Pengundi Pasir Salak memilih beliau selama berpenggal-penggal, ini buktinya beliau mampu ambil hati sesiapa sahaja,” katanya kepada FMT.
Tajuddin menjadi ahli Parlimen Pasir Salak sejak Mac 2008 hingga kini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/apakah-perlantikan-tajuddin-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Rahman Adalah Pengasas Perpaduan Ummah Dan Muafakat Nasional

Tajuddin Rahman Adalah Pengasas Perpaduan Ummah Dan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 182 hits
Pasir Salak merupakan tempat yang bersejarah di mana Dato Maharajalela telah membunuh James Birch dalam usaha menentang penjajahan British sama seperti Mat Kilau di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan Dan Pasir Salak juga merupakan kampung b...
Sebab Penasihat Pmo Adalah Kayu Sebab Itu Tajuddin Jadi Duta

Sebab Penasihat Pmo Adalah Kayu Sebab Itu Tajuddin Jadi Duta

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 140 hits
Mengapa pilih Tajuddin yang berkontroversi jadi duta pemimpin Umno persoal PM May 20 2022 11 02 AM Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta ke Indonesia dengan berkata Putrajaya tidak ...
Perlantikan Tajuddin Abdul Rahman Satu Penghinaan Kepada Indonesia

Perlantikan Tajuddin Abdul Rahman Satu Penghinaan Kepada Indonesia

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 238 hits
Perlantikan Tajuddin Abdul Rahman Satu Penghinaan Kepada Indonesia Ahli parlimen veteran daripada Umno Tajuddin Abdul Rahman dikenali kerana sering menjadi tajuk berita atas sebab yang salah lazimnya berkenaan tindakannya di dalam dan di lu...
Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 166 hits
Banyak pihak termasuk rakyat membantah keputusan Putrajaya melantik Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia Walaupun sedar mengenai bantahan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ism...
I Dahlia Corner Adalah Tempat Terbaik Untuk Open House 2022

I Dahlia Corner Adalah Tempat Terbaik Untuk Open House 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 320 hits
Hi korang Selamat Hari Raya aku nak ucapkan dekat semya pembaca blog aku ni Tahun ni kita sambut raya dengan gilang gemilang Selepas 2 tahun ini beraya dalam keadaan yang serba sederhana dek kerana Covid 19 Tahun ni kita semua confirm beray...
Dakwaan Bahawa Kawasan Kl Sentral Banjir Adalah Tidak Benar

Dakwaan Bahawa Kawasan Kl Sentral Banjir Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 167 hits
SEBENARNYA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin menafikan satu hantaran di TikTok mengenai kejadian banjir yang telah berlegar di media sosial sejak semalam Sehingga jam 2 00 petang 25 Mei 2022 tidak berlaku
Punca Takut Berhenti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga Adalah Keliru Antara Takut Vs Bahaya

Punca Takut Berhenti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga Adalah Keliru Antara Takut Vs Bahaya

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 201 hits
Ada seorang sepupu saya yang tak sanggup naik kapal terbang Kalau belanja free pun dia tak akan mau Semuanya berpunca dari rasa takut bila bayangkan kapal terbang jatuh terhempas Memang setiap kali ada berita kemalangan kapal terbang sesiap...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil