Apakah Perbezaan Tadabbur Dan Tafsir



Seringkali kita terkeliru apabila ingin membezakan antara mentadabbur dan mentafsirkan ayat Al-Quran. Jangan tersilap dalam mendefinisikan dua perkara ini ya? Mari kita lihat penjelasannya secara ringkas di dalam artikel ini.
Apakah pengertian tadabbur dan tafsir ?
#1- Tadabbur
Tadabbur ialah merenungkan ayat Al-Quran untuk mencari petunjuk daripada dalil ayat tersebut untuk diterapkan di dalam ilmu dan amal. Tadabbur juga salah satu cara untuk mengambil hikmah, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Allah SWT serta mengkiaskan pengajaran tersebut terhadap kehidupan secara peribadi, organisasi atau masyarakat.
Khatirah (lintasan hati) yang kata jamaknya bermaksud khawatir juga adalah termasuk di dalam definisi ini.
#2- Tafsir
Tafsir ialah mendefinisikan makna ayat dan penjelasan satu persatu terhadap ayat-ayat Allah yang termaktub dalam Al-Quran. Penafsiran ayat Al-Quran juga memerlukan seseorang yang cukup ilmunya dan pakar dalam bidang ilmu bahasa Arab, ilmu tafsir, ilmu usul fiqh, nasikh wa mansukh, dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengan penjelasan maksud ayat-ayat Allah SWT di dalam Al-Quran.
Tuntutan Setiap Muslim
Tafsir dikhususkan kepada para ulama kerana ia adalah satu bidang ilmu yang tinggi. Adapun tadabbur merupakan satu tuntutan kepada umat Islam (Bahkan manusia secara keseluruhannya) kerana ia adalah sumber hidayah, petunjuk dan jalan yang lurus bagi semua manusia.
Allah SWT berfirman, “Dan sesungguhnya telah Kami permudahkan Al-Quran itu untuk peringatan, maka tiadakah orang yang mahu mengambil peringatan?” – Surah Al-Qamar ayat 17.
Ringkasan Perbezaan Tafsir dan Tadabbur
Tafsir
1. Mengungkap makna tersirat ayat.
2. Tujuan untuk mengetahui makna ayat, asbab nuzul, nahu, peristiwa dan lain-lain hukum.
3. Mempunyai syarat khusus supaya tidak melampaui makna daripada ayat-ayat Allah yang tersirat.
4. Dengan adanya tafsir, maka lebih mudah untuk mentadabbur.
Tadabbur
1. Menghayati maksud ayat dan merefleksi untuk kehidupan diri.
2. Mengambil manfaat dan menerapkan ayat pada iman dan amal.
3. Cuba memahami ayat secara umum.
4. Merupakan tujuan daripada penurunan Al-Quran itu sendiri yang mendorong seorang hamba untuk tunduk dan patuh terhadap aturanNya yang terkandung di dalam Al-Quran.

Jadi Sahabat Al-Quran
Tiada satu ayat pun dalam Al-Quran yang tidak memberi pengajaran buat diri kita. Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah dan nasihat yang begitu banyak. Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
Teman pembaca sekalian, jika kita tidak mampu menangis kerana masih kurang penghayatan kita terhadap ayat-ayat Allah maka menangislah kerana kita tidak mampu untuk memahaminya.
Teruskanlah berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang kita boleh berinteraksi dengannya. Bukankah Al-Quran ini adalah kalam Allah? Kata—kata Allah Yang Maha Agung. MasyaAllah, rugilah kalau setiap hari kita terlepas daripada membaca Al-Quran.
Kita mahu Al-Quran menjadi syafaat di akhirat kelak, anehnya untuk membukanya dan membaca walau sepotong ayat setiap hari pun kita masih malas.
Bila nak mula? Sekaranglah saat terbaik. Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Tutuplah hari kita juga walau dengan sebaris ayat Al-Quran. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.
Jom belajar bahasa syurga? Hari-hari baca Al-Quran ya?
Membaca Al-Quran dan Mengajarkan Al-Quran
Sungguh besar hikmah daripada membaca dan mengajarkan Al-Quran. Bukan sahaja dapat pahala malah dapat mendidik hati kita menjadi lebih baik. Seluruh kehidupan kita juga lebih teratur dan berkah. Percayalah!
Allah SWT menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Hikmah daripada penurunan Al-Quran ini adalah untuk diri kita sebenarnya. Al-Quran ini untuk kita amalkan. Kita nak rasa Al-Quran ini macam hidangan lazat dari langit. Subhanallah!
Doa Peneguh Iman
Di akhir artikel ini, penulis ingin berkongsi serangkai doa yang boleh kita amalkan agar kita sentiasa berusaha memperbaiki diri.
Maksudnya: “(Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” – Surah Ali Imran ayat 8.
Wallahualam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Apakah Perbezaan Tadabbur dan Tafsir? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/apakah-perbezaan-tadabbur-dan-tafsir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbezaan Jenis Susu Kurma Dipasaran

Perbezaan Jenis Susu Kurma Dipasaran

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 1365 hits
Berikut adalah perbandingan 3 jenis jenama susu kurma Farm Fresh Goodday dan Dutch Lady yang ada di pasaran Bila dah ada beberapa jenis ni yang utama pastilah kita nak tau ada beza ke Apa bezanya Mana yang paling sedap Seterusnya mestilah n...
Apa Perbezaan Bb Cream Cc Cream Dd Cream Dan Ee Cream

Apa Perbezaan Bb Cream Cc Cream Dd Cream Dan Ee Cream

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 994 hits
Apa Perbezaan BB Cream CC Cream DD Cream dan EE Cream Ada yang tanya cik en Apa Perbezaan BB Cream CC Cream DD Cream dan EE Cream Terlalu banyak sangat produk kosmetik di pasaran sekarang sehingga ada pengguna yang blur dan susah nak buat p...
Najib Ulas Perbezaan Bn Dengan Pakatan Harapan

Najib Ulas Perbezaan Bn Dengan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 458 hits
Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat Semasa kita b...
Perbezaan Ketara Cara Bn Memerintah Dengan Ph Najib

Perbezaan Ketara Cara Bn Memerintah Dengan Ph Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 425 hits
Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat Semasa kita b...
Apa Itu Google One Dan Apakah Kelebihannya

Apa Itu Google One Dan Apakah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 289 hits
Google Drive adalah perkhidmatan storan awan yang memulakan perkhidmatan pada tahun 2012 Pada awal pelancaran ia hanyalah satu perkhidmatan storan awan untuk menyimpan data pengguna Tahun demi tahun Google hanya membuat perubahan kecil pada...
Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 401 hits
ECRL APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT Artikel diambil dari Adrian Lim Chee En Latar belakang Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian terbaik kerana kerajaan sekarang terpaksa berundi...
Analisis Perbezaan Gbp Usd Untuk 11 April Perbezaan Kenaikkan Harga Menyokong Pound Sterling

Analisis Perbezaan Gbp Usd Untuk 11 April Perbezaan Kenaikkan Harga Menyokong Pound Sterling

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 338 hits
4hSeperti yang dilihat pada carta masa 4 jam pasangan mata wang GBP USD membuat pengembalian ke tahap anjakan semula sebanyak 76 4 Pembebasan baru pasangan ini dari tahap ini sekali lagi akan membolehkan para pedagang menjangkakan pembalika...
Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 9 April Euro Berusaha Untuk Diniagakan Tinggi

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 9 April Euro Berusaha Untuk Diniagakan Tinggi

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 425 hits
4hSeperti yang dilihat pada carta 4 jam pasangan mata wang EUR USD selesai menutup di atas tahap penarikan semula 76 4 pada percubaan ketiga Akibatnya pada 9 April kenaikkan pasangan mata wang ini dilanjutkan ke arah tahap Fibo seterusnya i...
Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 283 hits
Bernama Anwar dalam ucapannya berkata penyakit over confident sombong rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti terlungkup Foto Bernama REMBAU Perbezaan pendapat dalam PKR ...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam