Apakah Mahiaddin Tika Ini Sedang Diseronokkan Dengan Kajian Tipu Tipu Sama Seperti Najib Dulu




 Realiti yang nyata dan nampak di depan mata, Mahiaddin Md Yasin ketika ini adalah Perdana Menteri paling tidak popular dan sangat dibenci.
Di media sosial, luahan kebencian dan rasa tidak puas hati itu cukup ketara dan tidak perlu dianalisa lagi untuk memahaminya, termasuk laman sosial Mahiaddin sendiri.
Pejuang maya yang menyokongnya yang sebelum ini sangat akif, sekarang ini ternampak ramai yang sudah menyepikan diri, suatu gambaran mereka sendiri sudah letih dan tidak mampu lagi melawan hujah-.hujah yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri itu.
Di khalayak ramai pula, selain kehadirannya seperti tidak dipeduli, tidak terkecuali ada yang sampai menjerit-jerit kepadanya.
Kehadirannya di bazar ramadan Putrajaya dua hari lalu jelas memperlihatkan hakikat itu.
Di kedai kopi dan cafe sembang-sembang, jika tiba-tiba topik perbualan terkait dengan Mahiaddin, rata-rata akan kedengaran suara yang mengutuk dan mencebik bibir berbanding memujinya..
Ahli perniagaan, profesional dan golongan pertengahan dalam masyarakat boleh dikata semakin hilang kepercayaan kepada Mahiaddin dalam memgurus negara dan membina ekonomi demi kehidupan yang lebih baik.
Kaum ibu dan suri rumah yang sebelum ini ternampak ada yang memujinya kerana dilihat pandai membaca doa, sekarang ini tidak kedengaran lagi pujian mereka itu.


Rata-rata ianya diganti dengan keluhan yang mengecam Mahiaddin kerana amat berkira berkaitan pengeluaran KWSP dan moratorium pinjaman bank.
Selain itu, beberapa kajian bebas, termasuk yang diterajui oleh mereka dengan dekat dengan Bersatu sendiri, jelas memperlihatkan wujud gambaran ketidakyakinan dan ketidaktentuan sokongan rakyat terhadapnya.
Dari segi mood rakyat pula, tidak kira kategori dan kelompok mana, yang ternampak jelas ialah rata-rata ingin menghumbankannya daripada puncak kuasa dengan seberapa segera berbanding ingin terus mengekalkannya.
Bermula dengan pengkhianatan, keabsahan diragui, menangguh dan menggantung Parlimen, mengisytiharkan darurat yang ditanggapi lebih bersifat politik, PKP yang separuh masak dan seperti main-main, penguatkuasaan SOP yang berpilih antara rakyat biasa dengan orang kayangan, pembaziran dengan kabinet besar, lantikan duta dan GLC, kepimpinan sebagai nakhoda yang lemah, cakap tak serupa bikin dengan bermain politik ketika darurat dan PKP serta banyak keraguan lain, semuanya adalah antara asas yang menyebabkan Mahiaddin hampir tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini.
Kecuali bagi kelompok pengampu dan mereka yang mendapat nikmat jawatan daripadanya, selain daripada itu memang mereka tidak sabar lagi mahu menjatuhkannya.
Tetapi, di celah-celah semua ketidakyakinan dan ketidakpuasan hati itu, muncul satu dua kajian yang masih meletakkan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri paling popular sekali.
Digambarkan, bukan setakat paling popular, malah diberi keyakinan PN yang dipimpinnya akan terus menang dalam PRU akan datang.
Tidak cukup dengan itu, ada juga kajian yang mengatakan, meskipun tanpa kerjasama dengan UMNO dan pertandingan dalam PRU15 akan datang adalah tiga penjuru – PN, BN dan PH – Mahiaddin diletakkan masih mampu memunculkan PN dengan kejayaan yang cemerlang, seterusnya akan terus kekal berkuasa lagi.
Selain ada yang membuat kajian itu diketahui dekat dengan parti politik tertentu yang bersama PN, terdapat juga universiti turut membuat kajian serta dapatan yang sama.
Apakah mereka yang membuat kajian itu tidak melihat apa yang ada di depan mata?
Apakah tujuan mereka hanya ingin menyeronokkan Mahiaddin dengan kajian tipu-tipu yang hasil akhirnya adalah palsu?
Dalam hal ini, selain difahami yang membuat kajian itu barangkali ada matlamat atau tujuan tertentu yang mereka saja mengetahuinya, di pihak Mahiaddin sendiri, tidakkah beliau belajar daripada apa yang berlaku kepada Najib Razak dahulu?
Ketika itu, di sebalik semua orang faham kedudukan Najib begitu ditolak dan ramai ingin melihatnya jatuh, terutama kerana karenah isterinya, Rosmah Mansor serta skandal 1MDB, banyak juga pihak yang tampil membuat kajian mengatakan dirinya masih popular serta akan terus memenangi pilihanraya.
Namun, lihatlah apa yang jadi kemudiannya.
Apakah Mahiaddin sekarang sedang diulit rasa seronok yang sama dengan Najib dahulu berkaitan kajian demi kajian tipu-tipu itu? 


(Shahbudindotcom 16/04/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/apakah-mahiaddin-tika-ini-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Kini Lebih Bahaya Daripada Najib Menjatuhkannya Sudah Jadi Suatu Kewajipan

Mahiaddin Kini Lebih Bahaya Daripada Najib Menjatuhkannya Sudah Jadi Suatu Kewajipan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 249 hits
Pada 31 Mac lalu kerajaan telah mengemukakan pindaan Ordinan Darurat yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Pindaan itu memberi ku...
Hubungan Pas Bersatu Sama Seperti Prinsip Asas Mn Takiyuddin

Hubungan Pas Bersatu Sama Seperti Prinsip Asas Mn Takiyuddin

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 188 hits
SHAH ALAM Pas menjelaskan bahawa hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu dalam Perikatan Nasional sama seperti prinsip asas Muafakat Nasional Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia kerjasama ke arah membina penyatua...
Baru Sedar Ke Najib Persenda Guan Eng Tentang Cukai Bayar Dulu Bincang Kemudian

Baru Sedar Ke Najib Persenda Guan Eng Tentang Cukai Bayar Dulu Bincang Kemudian

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Najib Razak mempersendakan desakan Lim Guan Eng supaya Putrajaya memansuhkan peruntukan baharu bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mewajibkan cukai dibayar dahulu walaupun taksirannya dicabar Bekas perdana menteri itu yang m...
Mahiaddin Bakal Jadi Najib Ke Dua

Mahiaddin Bakal Jadi Najib Ke Dua

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 371 hits
Ketika ini sedang bertebaran di media sosial satu klip video kunjungan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin ke bazar ramadan di Precint 3 Putrajaya semalam yang di dalamnya kedengaran suara peniaga menjerit marah dan tidak puas hati terhadapn...
Kena Tipu Ja Dari Dulu Sampai Sekarang Muda Sampai Tua

Kena Tipu Ja Dari Dulu Sampai Sekarang Muda Sampai Tua

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 396 hits
Hamzah Rie NaDulu kat Tanjung Piai Muslim PH lawan Cina MCA pun PAS suruh sokong calon Cina MCA kerana dijanjikan pergi umrah jika MCA menang Bila MCA menang berjaya tipu Melayu PAS puas hati KerajaanGagal PNipuSR
Najib Persoal Mengapa Kerajaan Pn Agresif Tingkatkan Sasaran Kutipan Lhdn Dikala Ekonomi Sedang Menguncup

Najib Persoal Mengapa Kerajaan Pn Agresif Tingkatkan Sasaran Kutipan Lhdn Dikala Ekonomi Sedang Menguncup

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 370 hits
Semasa ekonomi berkembang pesat pada tahun 2017 sebelum PRU14 kutipan cukai LHDN adalah sebanyak RM123 bilion Jumlah kutipan naik ke lebih RM140 bilion pada tahun 2019 walaupun pertumbuhan ekonomi jatuh ke paling rendah sejak 10 tahun lalu ...
Kes Belasah Pekerja Kerana Puasa Sama Seperti Hina Islam

Kes Belasah Pekerja Kerana Puasa Sama Seperti Hina Islam

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 423 hits
BANGI 5 Ramadan 1442H Sabtu Menteri di negara ini mesti melihat isu pengawal peribadi dipukul bukan sebagai isu kecil kerana membabitkan penghinaan ke atas agama Islam Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Ustaz Haji Zamani Ibrahim
Sekaranglah Masa Terbaik Najib Jatuhkan Mahiaddin

Sekaranglah Masa Terbaik Najib Jatuhkan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 196 hits
Shahbudin HusinDalam tulisan atau luahan perasannya yang panjang lebar semalam Najib Razak menganggap notis bankrap yang dikemukakan LHDN kepadanya adalah untuk mengaib dan mencemar reputasinya Notis berkenaan juga tambahnya adalah bermotif...
Kah Kah Kah Woi Mokhtar Dulu Kau Dapat Bantuan Ke Najib Kasi Ke Sekarang Dah Tak Ada Lagi Bantuan Macam Tu

Kah Kah Kah Woi Mokhtar Dulu Kau Dapat Bantuan Ke Najib Kasi Ke Sekarang Dah Tak Ada Lagi Bantuan Macam Tu

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 192 hits
Ulamak PAS persoal kerajaan PN kenapa liat sangat nak bantu institusi PondokApril 18 2021 Kerajaan mana2 pun yg memerintah tak terasa ke bahawa institusi pondok telah banyak membantu meringankan bebanan kerajaan Pondok dah berpuluh tahun ba...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran