Apakah Ismail Akan Jadi Pm Tersingkat Dalam Sejarah


By SatuBerita
-March 14, 2022


Oleh Timmy Say

FORMULA kemenangan Barisan Nasional (BN) amat mudah.

Ia hanya memerlukan pertandingan pelbagai penjuru dan bertindak cepat tanpa was-was untuk mengambil kesempatan dalam situasi itu.

Antara faktor terbesar kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah tindakan was-was bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau tidak membubarkan Parlimen lebih awal dan sebaliknya membiarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bergerak sehingga berjaya menggabungkan pembangkang untuk menghadapi BN.

Bagi BN, perkara ini tidak boleh diulangi. Perang mesti dipanggil ketika musuh belum bersedia.

Musuh mesti ditewaskan sebelum mereka membina kekuatan.

Selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dan kini Johor dengan begitu bergaya, tidak pelik untuk BN mendesak diadakan PRU15.

Memetik laporan MalaysiaNow, keadaan sekarang amat subur untuk BN menguasai politik negara.

Atas sebab itulah, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak untuk PRU15 diadakan lebih awal.

Tapi apakah keadaan yang amat subur ini baik untuk BN ini sama baiknya untuk politik dalaman Umno?

Jika BN kembali menguasai politik negara, siapa pula yang bakal menguasai Umno?

Apakah Perdana Menteri Ismail, Datuk Seri Sabri Yaakob ataupun Zahid atau bekas presiden Umno, Najib?

“Tidak bolehlah disebabkan dalam satu kumpulan kecil terjerit-jerit nak pilihan raya, kita buat pilihan raya,” kata Ismail kepada pemberita ketika menjawab desakan dalaman Umno untuk diadakan PRU15 secepat mungkin.

Reaksi Ismail ini langsung tidak pelik.

Ini adalah fokus politik selepas PRN Johor.

Kemenangan bergaya BN di Johor tidak bererti ia menguntungkan Ismail di dalam politik Umno.

Ia sebaliknya mungkin menjejaskan kedudukan beliau.

Beliau mungkin menjadi perdana menteri tersingkat dalam sejarah Malaysia.

Namun begitu, jika Umno betul-betul ingin mengadakan PRU15 manakala Ismail tidak bersetuju, sebenarnya ahli-ahli Parlimen yang bersekutu dengan Zahid dan Najib boleh menarik sokongan kepada perdana menteri.

Seperti mana yang mereka lakukan terhadap bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengadakan PRU15 lebih awal hanya akan menguntungkan BN dan mereka yang tidak seiring dengan Ismail dalam Umno ketika pembangkang tidak bersatu.

Menyedari perkara ini, tidak hairanlah mengapa Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mencadangkan melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) antara gabungan pembangkang dan kerajaan yang berakhir 31 Julai ini.

Perkara ini nampaknya disambut positif oleh Ismail.

“Cadangan DAP untuk MoU itu juga kita akan ambil kira, yang pentingnya, kepentingan rakyat kita kena jaga, sebab itu saya katakan tadi, belum sampai masa untuk pilihan raya umum, kita tunggulah,” katanya.

Selepas Johor, perang politik kini beralih ke peringkat Parlimen.

Apakah Umno mampu memaksa kerajaan yang diterajui Ismail untuk dibubarkan lebih awal sejajar dengan desakan Zahid?

Apakah Ismail dapat bertahan dengan sokongan pembangkang melalui MoU?

Mungkinkah Ismail dicalonkan semula calon perdana menteri BN tanpa menjadi presiden Umno?

Semua ini akan menjadi penentu hala tuju negara.

Ya perang sesama ahli politik yang menentukan hala tuju negara dan bukannya rakyat.

Patut pun rakyat malas mengundi, betul kan?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/apakah-ismail-akan-jadi-pm-tersingkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 192 hits
wartarayat com myBy March 19 2022 SEMALAM tular dalam media sosial yang menunjukkan pemimpin pemimpin tertinggi UMNO berdiri beramai ramai semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Dalam gambar itu antaranya ke...
Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 165 hits
Semua orang secara umumnya sedar keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini akan memberi kesan kepada kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Berselindung di sebalik inginkan kestabilan kemenangan BN lebih lebih lagi jika menang dengan major...
Bn To Decide Whether Ismail Sabri Will Be Ge15 Poster Boy Zahid

Bn To Decide Whether Ismail Sabri Will Be Ge15 Poster Boy Zahid

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 211 hits
BN has not decided on who will be its prime minister poster boy for the next general election said Ahmad Zahid Hamidi amid questions on whether the Umno president will muscle out current premier Ismail Sabri Yaakob Speaking to reporters in ...
Banjir Terengganu Contohi Selangor Bantu Rakyat Azan Ismail

Banjir Terengganu Contohi Selangor Bantu Rakyat Azan Ismail

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 147 hits
Rakyat Terengganu masih lagi terkesan dengan banjir besar luar musim yang berlaku baru baru ini Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Azan Ismail ramai mangsa yang mengharapkan bantuan Kerajaan Negeri untuk membina semula kehidu...
Coup D Tat Against Ismail Sabri Being Planned

Coup D Tat Against Ismail Sabri Being Planned

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 198 hits
It seems Zahid and BossKu Najib Razak want their criminal cases to be withdrawn and the charges dropped Ismail Sabri however is reluctant to do what will not only trigger a backlash on Umno but will result in the end of his career as well N...
Ambulans Ditahan Untuk Beri Laluan Kepada Konvoi Pm Ismail Sabri Sumber

Ambulans Ditahan Untuk Beri Laluan Kepada Konvoi Pm Ismail Sabri Sumber

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 270 hits
Ambulans ditahan untuk beri laluan kepada konvoi PM Ismail Sabri SumberInsiden sebuah ambulans swasta ditahan dua anggota polis trafik bagi memberi laluan kepada konvoi VVIP di Johor yang videonya tular di media sosial semalam dikatakan mel...
Berlebihan Tonjolkan Najib Berbanding Ismail Sabri Umno Amal Politik Songsang

Berlebihan Tonjolkan Najib Berbanding Ismail Sabri Umno Amal Politik Songsang

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 157 hits
Rasanya ramai di antara kita boleh bersetuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa Hasni Mohamad dan Ismail Sabri adalah wajah sebenar BN bagi kempen PRN Johor ini Hasni adalah penyandang jawatan Menteri Besar Johor manakala Ismail Sabr...
Johor Polls Bn Gunning For Two Thirds Majority Win Says Ismail Sabri

Johor Polls Bn Gunning For Two Thirds Majority Win Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 706 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaks to reporters after attending a meet and greet programme with Ledang Barisan Nasional election machinery in Johor February 11 2022 Bernama picSEGAMAT March 6 Barisan Nasional is targeting a two thirds ma...
Rentasan 1089 Panas Menteri Kabinet Ismail Sabri Tak Layak Tadbir Ne

Rentasan 1089 Panas Menteri Kabinet Ismail Sabri Tak Layak Tadbir Ne

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 337 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10891 KATAKANLAH YANG BENAR MESKIPUN PAHIT 2 JENAYAH KOLAR PUTIH MENJADI JADI 3 BANJIR DAN TANAH RUNTUH ADAKAH SEMATA MATA BENCANA 4 APABILA KUASA DIBERI KEPADA BUKAN AHLI
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm