Berlebihan Tonjolkan Najib Berbanding Ismail Sabri Umno Amal Politik Songsang




 Rasanya ramai di antara kita boleh bersetuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa Hasni Mohamad dan Ismail Sabri adalah wajah sebenar BN bagi kempen PRN Johor ini.
Hasni adalah penyandang jawatan Menteri Besar Johor, manakala Ismail Sabri ialah Perdana Menteri.
“Poster boy kami di sini ialah Hasni dan pemimpin negara kami ialah Ismail Sabri dan saya dapat lihat pengundi juga melihatnya,” ujar Khairy atau KJ yang juga Menteri Kesihatan.
Tetapi, walaupun apa yang disebut KJ itu adalah fakta yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh BN ke arah mencari kejayaan dalam PRN Johor, entah mengapa, ia seperti tidak ditonjolkan.









Sebaliknya, yang ditonjolkan dan seolah-olah dijadikan ikon oleh BN bagi PRN Johor ini ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri yang namanya tercatat dalam sejarah sebagai punca UMNO kehilangan kuasa pada PRU14 lalu serta sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.
Kenapa UMNO dan BN tidak memanfaatkan dengan sesungguhnya Ismail Sabri atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri?
Apa guna UMNO ada pemimpin yang memegang jawatan Perdana Menteri kalau kedudukan dan kelebihan itu tidak dimanfaatkan?
Kenapa juga Hasni sendiri yang bakal memimpin Johor seterusnya jika BN menang nanti turut tidak begitu ditonjolkan dan seolah-olah tidak menjadi keutamaan?
Mengapa mesti Najib yang terkait dengan skandal 1MDB yang menyebabkan negara ditimpa malu di seluruh dunia, mengakibatkan BN hilang kuasa serta sudah djatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah, terus mahu ditonjol dan diarak ke sana sini dalam PRN Johor ini?
Tidak rasa malukah UMNO dan dengan tindakannya yang sedemikian itu?
Bukankah dengan tindakan berlebihan menonjolkan Najib itu, UMNO dan BN sebenarnya telah mengamalkan gaya politik yang songsang?
Selain UMNO sepatutnya lebih memanfatkan Ismail Sabri dan Hasni atas kapasiti kedudukan kedua-duanya dalam kerajaan yang sudah pasti mempunyai nilai kelebihan di mata rakyat, melalui PRN Johor ini jugalah seharusnya menjadi peluang UMNO untuk memperlihatkan proses peremajaannya tetap menjadi keutamaan.
Dengan Ismail Sabri dan Hasni yang berusia di awal usia 60an dijadikan keutamaan, selain sedang memegang kedudukan dalam kerajaan, inilah sebenarnya proses peremajaan UMNO yang menjadi tonjolan serta kebanggaan untuk diketengahkan.
Bahkan, itulah proses peremajaan yang mahu dilihat oleh rakyat, bukan dengan UMNO mengamalkan gaya songsang ke belakang.
Gaya songsang ke belakang yang dilakukan sekarang yang terus menonjolkan Najib bukan ke arah meremajakan UMNO, sebaliknya menuakan lagi parti.
Orang tua yang pernah mendapat nikmat kedudukan, tetapi mensia-siakannya dengan karenah yang menjadi punca UMNO hilang kuasa, seterusnya telah termasuk dalam kategori kluster mahkamah, lebih wajar direhat dan dibersarakan daripada terus digeli-gelikan dengan penonjolan bak harapan untuk kembali memimpin semula kerajaan.
Pemimpin muda UMNO dan pelapis di bawah lebih patut disediakan lorong yang terbuka seluas-luasnya untuk mengambil alih kepimpinan. – ShahbudinHusin 06/03/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/berlebihan-tonjolkan-najib-berbanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Our Faces Are Hasni And Ismail Sabri Kj Stresses As Rivals Link Najib To Bn

Our Faces Are Hasni And Ismail Sabri Kj Stresses As Rivals Link Najib To Bn

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 321 hits
JOHOR POLLS Health Minister Khairy Jamaluddin today emphasised that incumbent Johor menteri besar Hasni Mohammad and Prime Minister Ismail Sabri Yaakob are the faces of BN amid campaigning for the Johor polls This was as rivals Pakatan Hara...
Hala Tuju Umno Nasib Mn Akan Dimuktamad Pada Pau Ismail Sabri

Hala Tuju Umno Nasib Mn Akan Dimuktamad Pada Pau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 155 hits
mykmu net13 3 2022Hala tuju UMNO terutama selepas Pilihan Raya Negeri Johor akan ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan bermula Rabu ini Selain itu UMNO juga dijangka membentangkan pendiriannya terhadap Muafakat Nasional ba...
Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 173 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan bahawa pihaknya akan terus mendesak PRU15 disegerakan tidak kira sama ada BN menang atau kalah dalam PRN Johor pada hakikatnya lebih menyerlahkan niat UMNO mahu mengenepikan Ismail Sabri Yaakob...
Tok Mat Needs To Oust Ismail Sabri To Save Najib Rosmah And Zahid

Tok Mat Needs To Oust Ismail Sabri To Save Najib Rosmah And Zahid

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 173 hits
If Ismail Sabri becomes the Umno president plus he is prime minister on top of that Najib Rosmah and Zahid cannot save themselves from going to jail Only Tok Mat can do that for them So they need Tok Mat and not Ismail Sabri to take over as...
Ambulans Ditahan Untuk Beri Laluan Kepada Konvoi Pm Ismail Sabri Sumber

Ambulans Ditahan Untuk Beri Laluan Kepada Konvoi Pm Ismail Sabri Sumber

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 264 hits
Ambulans ditahan untuk beri laluan kepada konvoi PM Ismail Sabri SumberInsiden sebuah ambulans swasta ditahan dua anggota polis trafik bagi memberi laluan kepada konvoi VVIP di Johor yang videonya tular di media sosial semalam dikatakan mel...
Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 159 hits
Semua orang secara umumnya sedar keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini akan memberi kesan kepada kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Berselindung di sebalik inginkan kestabilan kemenangan BN lebih lebih lagi jika menang dengan major...
Bn To Decide Whether Ismail Sabri Will Be Ge15 Poster Boy Zahid

Bn To Decide Whether Ismail Sabri Will Be Ge15 Poster Boy Zahid

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 204 hits
BN has not decided on who will be its prime minister poster boy for the next general election said Ahmad Zahid Hamidi amid questions on whether the Umno president will muscle out current premier Ismail Sabri Yaakob Speaking to reporters in ...
Coup D Tat Against Ismail Sabri Being Planned

Coup D Tat Against Ismail Sabri Being Planned

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 190 hits
It seems Zahid and BossKu Najib Razak want their criminal cases to be withdrawn and the charges dropped Ismail Sabri however is reluctant to do what will not only trigger a backlash on Umno but will result in the end of his career as well N...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran