Berhubung kritikan Dr. Rais yang meramalkan PH akan kalah jika PRU diadakan dalam masa terdekat ini, Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu semalam mengakui tindakan disiplin akan diambil terhadapnya.“Kita telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya perlu adanya disiplin dalam parti, khususnya ahli-ahli dalam Majlis Presiden juga Majlis Tertinggi, iaitu mereka yang ada pegang jawatan.“Mereka perlu berhati-hati bila membuat pengumuman, kalau mereka membuat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diambil terhadap mereka, dan ini diputuskan berkenaan dengan projection (ramalan) kononnya PH ini akan kalah PRU akan datang.“Tak tahulah pendapat dia, tetapi kita akan adakan penyelidikan, akan kemukakan kepada Lembaga Disiplin parti dan Lembaga Disiplin akan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi untuk Majlis Tertinggi akan ambil tindakan yang dicadangkan oleh Lembaga Disiplin,” jelasnya.Ternampak dengan keputusan mesyuarat Bersatu semalam, Tun Mahathir seolah-olah tidak lagi sedia menerima teguran dan kritikan.Walhal, jika diteliti, teguran dan kritikan Dr Rais bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan parti, malah apa yang disuarakan beliau itu benar-benar merupakan cermin untuk PH memperbaiki dirinya.Ini kerana, apa yang dinyatakan beliau ialah perlunya PH segera menunaikan janji-janji manifestonya jika tidak mahu kalah PRU akan datang.Dalam memberikan hujah dalam sebuah forum di UIA baru-baru ini, Dr Rais berkata, PH mempunyai tempoh kira-kira tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janji PRU14.“Dalam senario sekarang, kalau kita adakan pilihanraya esok, UMNO dan PAS akan menang,” kata beliau.Berdasarkan apa yang dinyatakannya itu, di mana salahnya hujah tersebut dan dari sudut mana ia dianggap telah merosakkan imej parti?Lagi pula, Dr Rais telah membentangkan hujah-hujahnya itu dalam sebuah forum terbuka di sebuah universiti dan segala pandangan beliau seharusnya dilihat dari sudut yang positif.Kenapa Tun Mahathir tidak mahu melihat teguran dan kritikan Dr Rais itu sebagai cermin untuk PH dan Bersatu memperbaiki lagi dirinya sebagaimana yang selalu disebutnya sebelum ini?Adakah beliau kini sudah berubah dan tidak lagi boleh dikritik?Adakah Tun Mahathir sudah lupa kepada kata-katanya sendiri?Atau elemen kediktatoran PM4 sebenarnya semakin meresapi PM7 sekarang ini? (ShahbudinHusin 30/08/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |