Apabila Zuhud Tetapi Tidak Amanah


Heboh dalam media maya dan media cetak berkenaan Mercedes Benz dengan harga dikatakan sampai RM700,000 sebuah, bukan kerana iklan kereta mewah tersebut. Ia menjadi heboh kerana negeri yang mengalami masalah kewangan, yang MB dan exconya telah menukar kereta kerajaan dengan kereta mewah tersebut.


Heboh, apabila kereta mewah itu ada kaitan dengan negeri yang sebelum ini tersebar berita kononnya ada masalah kewangan sehingga tanpa bantuan kerajaan pusat, perjalanan pentadbiran negeri akan terbantut.

Heboh, apabila kereta mewah itu ada kaitan dengan satu berita bahawa kerajaan pusat baru sahaja menghulur bantuan kewangan kepada negeri tersebut.

Mengaku Parti Islam?

Dalam media sosial agak ramai juga mengkritik tindakan kerajaan Kelantan yang kini diperintah oleh PAS. Mereka mula membandingkannya dengan kenderaan kerajaan di negeri-negeri lain.

Mereka mula mempersoalkan, kenapa negeri yang jauh lebih kaya dan punyai kemasukan kewangan negeri yang lebih tinggi seperti Selangor, MB dan exco kerajaan mereka menaiki kereta yang jauh lebih murah berbanding Mercedes Benz.

Semasa pemerintahan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu kenderaan mewah tidak kedengaran sangat. Pendekatan zuhud yang menjadi amalan harian beliau memberi kesan pada persepsi politik Kelantan.

Apatah lagi, Tuan Guru amat terkenal dengan kesederhanaan semenjak menjadi MB sehinggalah beliau meninggal dunia.

Antara dua MB

Namun, berbeza semenjak jawatan MB Kelantan bertukar tangan. Kritikan yang berasas sering kedengaran.

Bermula daripada kelemahan pentadbiran dan pengurusan kewangan sehingga kemewahan para pemimpin negeri.

Kenapa ini berlaku?

Pada kita, apabila wujud dua era pemerintahan, sudah pasti rakyat akan membuat perbandingan. Itu perkara biasa dan menjadi lumrah bagi kehidupan manusia.

Ini bukan sekadar pandang tilik rakyat dalam membandingkan antara era pemerintahan Nik Aziz dengan Ahmad Yakob, tetapi berlaku juga perbandingan antara era BN dan PH dalam pemerintahan di peringkat Pusat.

Pada era kerajaan pusat sendiri, polisi ekonomi yang diperkenalkan Tun Mahathir turut dibandingkan oleh rakyat dengan polisi ekonomi yang diperkenalkan Najib.

Walaupun ramai marah terhadap skandal 1MDB yang melibatkan Najib, tetapi dalam banyak polisi ekonomi, tidak sedikit rakyat yang lebih selesa dengan pendekatan ahli parlimen Pekan itu berbanding Mahathir.

Malah, tidak sedikit juga rakyat membandingkan antara pentadbiran Mahathir dalam PH yang seakan-akan gagal membawa keseimbangan kaum berbanding era pentadbiran Mahathir semasa menjadi perdana menteri keempat semasa dalam BN dulu.

Semenjak isu Mercedes Benz dengan harga dikatakan berharga sampai RM700,000 sebuah dan melibatkan pemimpin PAS Kelantan, sudah ramai pengamal media sosial membandingkan kepimpinan yang zuhud tanpa melihat apa anutan agama pemimpin terbabit.

Terkenal tak bermewah-mewah

Pada saat ini, agak ramai juga pengamal media sosial mula mengangkat semula kisah kezuhudan Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam kedua, dan kisah cicit beliau, Umar Abdul Aziz yang menjadi khalifah pada era Umaiyyah.

Semua ini diangkat kerana mereka mahu membandingkan pemerintahan khalifah Islam terdahulu dengan pentadbiran PAS di Kelantan yang sejak sekian lama melaungkan slogan "Islam".

Dengan sebab slogan Islam yang dilaungkan oleh pemimpin PAS juga, ada pihak yang mula membandingkan pemimpin PAS dengan beberapa pemimpin bukan beragama Islam yang terkenal kerana tidak bermewah-mewah.

Jika dari Malaysia, sudah ada yang membandingkan pemimpin PAS dengan Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput yang "istiqamah" dengan Volvo buruknya semasa berkhidmat di Dewan Rakyat dulu.

Ada juga yang membandingkan pemimpin PAS dengan bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica, yang dikatakan sebagai pemimpin paling rendah diri dalam dunia moden.

Ketika Mujica bersara daripada politik pada 2015, BBC menggelarkannya sebagai "presiden paling miskin di dunia".

Dan dikatakan juga bahawa semasa bergelar presiden, Mujica mendermakan 90 peratus daripada gajinya setiap bulan, berjumlah RM46,560, untuk tujuan amal.

Perbandingan lain ialah antara pemimpin PAS dengan Mark Rutte yang merupakan Perdana Menteri Belanda yang sejak 2010 lagi hidup sederhana, dan masih tinggal di apartmen yang dibelinya setelah memperolehi sarjana muda sejarah dari Universiti Leiden pada 1992.

Dikatakan juga bahawa beliau hanya memiliki sebuah kereta terpakai Saab 93 yang dibelinya pada 1999, dan masih gemar mengayuh basikal dari kediamannya ke pejabat setiap hari.

Semua perbandingan ini keluar, tidak lain dan tidak bukan, kerana pemimpin PAS yang dahulunya melaungkan soal kezuhudan, kini kelihatan tidak lagi zuhud apabila menggunakan hujah agama untuk mengsakralkan kemewahan mereka; ketika memerintah negeri yang rakyatnya sedang mengalami masalah kemiskinan; apabila isu asasi seperti air masih tidak dapat selesaikan; apabila soal kebersihan masih membelenggu.

Walau bagaimanapun, ada hikmahnya berlaku kejadian sebegini.

Sedikit sebanyak, manusia - rakyat Malaysia khususnya - semakin faham bahawa soal kezuhudan tidak ada kaitan dengan apa-apa anutan agama seseorang.

Kita boleh saja menemui orang bukan Muslim yang zuhud dan memiliki sifat bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Dan boleh sahaja kita jumpa Muslim yang kuat solat dan berpuasa, tetapi tidak ada amanah dalam pekerjaannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut MatiAhli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/zuhud-tapi-tidak-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Keluar Ph Itu Pandangan Peribadi Nga Presiden Amanah

Dap Keluar Ph Itu Pandangan Peribadi Nga Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 317 hits
BERITAPresiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming sebagai pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi parti itu Katanya PH juga akan berbincang mengenai kenyataan Nga semalam yang dilaporka...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Tertarik Sentuhan Zuhud

Tertarik Sentuhan Zuhud

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 258 hits
PENYANYI dan komposer terkemuka Datuk M Nasir bukan figura yang mudah untuk didekati Tambahan pula penyanyi berusia 63 tahun itu mempunyai pegangan dan identiti tersendiri dalam setiap karya yang dibawakan Lebih lebih lagi untuk mendapatkan...
Lirik Lagu Zuhud Kmy Kmo Luca Sickta Ft M Nasir

Lirik Lagu Zuhud Kmy Kmo Luca Sickta Ft M Nasir

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 904 hits
BaikCekalBagus Terus Saat serunai menjerit suatu hari nanti Segala yang di langit dan segala yang di bumi Yang hidup yang mati Yang menyamun yang bijak Semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak Jadi baik cekal bagus Saat serunai men...
Apabila Abang Mat Sabu Pula Dihentam Angkara Takut Mahu Tegur Tun

Apabila Abang Mat Sabu Pula Dihentam Angkara Takut Mahu Tegur Tun

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 443 hits
Aku amat simpati apabila melihat abg mat sabu teruk kena hentam dek nitizen akibat beliau mahu rakyat jgn bercerita pasal peralihan kuasa PM takut terganggu ekonomi Aku fikir lebih baik Abg Mat komen mcm biasa biasa dia komen kita serah kep...
Pkr Amanah Afraid Of Own Reflection Says Pas Sec Gen

Pkr Amanah Afraid Of Own Reflection Says Pas Sec Gen

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 246 hits
PKR secretary general Datuk Saifuddin Nasution s statement that Pakatan Harapan did not need PAS is akin to one afraid of its own reflection says the Islamist party s secretary general Datuk Takiyuddin Hassan He said the statement by Saifud...
Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 345 hits
Parti Amanah Negara menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata mata mahu menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tiada keper...
Mohamad Salahuddin Kekal Presiden Timbalan Presiden Amanah

Mohamad Salahuddin Kekal Presiden Timbalan Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 409 hits
Mohamad Sabu bersama timbalannya Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas selesai mengundi pemilihan Ahli Jawatan Tertinggi Parti menggunakan sistem e voting sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam semalam Foto Bern...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj