Apabila Perisik Barat Membela Mullah Maulana Dan Ayatollah
Sedikit sejarah permainan politik dan perisikan Barat (secret services) di negara Islam.
1. MI6 Britain Dan Revolusi Ayatollah di Iran
Apabila revolusi ayatollah berlaku di Iran pada tahun 1979, Britain menjadi antara negara yang paling awal mengiktiraf kerajaan ayatollah di Iran. Dan Britain telah menjadi kawan baik dan penyokong setia kerajaan ayatollah untuk satu masa yang lama juga.
Britain dropped its support for the Shah before the 1979 revolutionseeking to ingratiate itself with Ayatollah Khomeini. Britain sold arms to Khomeini, even brutally conniving with IranBritish relations with Islamic Iran were not always antagonistic
Apabila Shah Iran sudah tidak lagi berbaloi bagi menjaga kepentingan British dan puak ayatollah makin popular di Iran maka British tongsampahkan Shah Iran untuk diganti oleh puak mullah dan ayatollah.
Tetapi 26 tahun sebelum itu, pada tahun 1953 perisik MI6 British telah menjalankan Operation Boot untuk menumbangkan kerajaan demokratik Mohamed Mossadegh di Iran untuk diganti oleh Shah Iran. Pada tahun 1953, Shah Iran pula pernah menjadi boneka British.
British support for the ShahShah was put in power in 1953 in a covert operation by MI6 (London)
removing Iranian leader Mohammad Mosaddegh“Our policy was to get rid of Mosaddegh as soon as possible” Apa yang tidak diketahui ramai ialah sebelum Mohammed Mosaddegh dijatuhkan pada tahun 1953, perisik MI6 British telah lama mengupah puak mullah dan ayatollah Iran untuk bantu British merampas kuasa.
A little known aspect of the 1953 coup is British plotting with Ayatollah Sayyed Kashani, a predecessor of Khomeini. Ayatollah Kashani helped pay money for mobs that rioted against Mosaddegh in collaboration with MI6, which had bribed army, police, politicians and media“These forces,” explained MI6 officer Christopher Woodhouse, who ran the UK end of the operation, “were to seize control of Tehran, preferably with the support of the Shah but if necessary without it, and to arrest [Mosaddegh] and his ministers.”Jadi pada tahun 1953 British telah bersubahat, membayar duit dan membekalkan peralatan senjata kepada puak mullah dan ayatollah di Iran untuk jatuhkan kerajaan Mossadegh untuk diganti dengan kerajaan boneka Shah Iran.
Revolusi di Iran pada tahun 1953, revolusi 1979 semuanya diatur oleh perisik British, dengan bantuan puak mullah dan ayatollah.
Maka tidak hairanlah apabila Margaret Thatcher, perdana menteri Britain (1979 - 1990), dipercayai telah membuat satu kenyataan 'If they want an ayatollah we will give them an ayatollah'.
Walaupun Shah Iran menjadi tidak popular sewaktu pemerintahannya tetapi Shah Iran telah bangunkan ekonomi Iran dan membawa kemajuan sosial yang pesat bagi masyarakat Iran. Antara sebab puak mullah dan ayatollah tidak suka Shah Iran ialah kerana Shah Iran telah menaikan taraf kaum wanita di Iran dan memberi peluang kaum wanita menceburi semua aspek ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dan kehidupan di Iran, bersama taraf dengan kaum lelaki.
Pada tahun 1970an Shah Iran bakal menjadikan Iran negara Islam yang pertama di Timur Tengah yang moden, berteknoloji tinggi dan mampu mencabar dominan Britain, Amerika dan Barat di Timur Tengah.
Maka pada tahun 1979 British telah tumbangkan Shah Iran untuk digantikan dengan puak kolot dan goblok mullah dan ayatollah Iran. Maka rosaklah Iran sampai ke hari ini. Dengan berjuta rakyat Iran terpaksa berhijrah ke negara lain termasuk berpuluh ribu orang Iran yang lari ke Kuala Lumpur.
2. Turki membela puak ISIS
Di negara kita pihak Polis pernah siasat dan tangkap orang yang terlibat ISIS atau menyertai ISIS di Syria. Penyokong ISIS ini 'mencari jalan' menyertai ISIS di Syria dan Iraq melalui Turki. Ikut laporan media apabila tiba di Turki mereka diuruskan oleh perisik Turki dan dihantar masuk ke Syria.
Turki dan Erdogan telah main game mereka sendiri dengan puak ISIS. Erdogan telah menggunakan ISIS untuk membunuh dan memerangi puak Kurdish yang amat dibenci oleh Erdogan.
3. Israel juga pernah memberi bantuan kepada ISIS.
Apabila berlaku sengketa antara 'khilafah ISIS' dan Syria, Israel telah bermain game mereka sendiri untuk menjaga kepentingan Israel. Syria masih bermusuh ketat dengan Israel. Maka Israel mainkan antara ISIS dan pemerintahan Assad di Syria.
Yang berikut adalah berita tahun 2014:
Walaupun disebut 'moderate Syrian rebels' tetapi sebenarnya termasuk pejuang ISIS dan Al Qaeda yang diberi rawatan di hospital tentera Israel (seperti gambar di atas).
Exclusive: Israel Is Tending to Wounded Syrian Rebels
Foreign Policy https://foreignpolicy.com › 2014/06/11
11 Jun 2014 — ... jihadist groups, such as the al-Nusra Front, an al Qaeda affiliate, and the powerful Islamic State of Iraq and Syria, or ISIS
4. British 'senangi' pergerakan Tabligh di India (1930an - 1940an)
Pergerakan kemerdekaan India (Indian independence movement) telah bermula di India sejak peristiwa Indian Mutiny pada 1857. Menjelang abad ke-20 pelbagai persatuan dan parti politik sudah mula bergerak di seluruh India yang mendesak kemerdekaan daripada penjajah British. 'The first session of the Indian National Congress was in 1885'
British agak gusar juga dengan pertumbuhan pelbagai persatuan dan pergerakan watan di India yang bakal mengancam kedudukan mereka. Pada tahun 1920an pergerakan Tabligh juga telah muncul di Delhi dan kawasan sekitarnya dan menjadi popular di kalangan orang Islam.
Pada tahun awal itu falsafah Tabligh India tidak minat bercampur politik dan perkara duniawi. Oleh kerana bilangan penyokong mereka ramai dan makin berkembang di utara India (yang juga menjadi hotspot atau kawasan panas pelbagai pergerakan Indian independence movements) maka British senangi "pengaruh" Tabligh India yang dilihat sebagai 'pacifist' atau tidak mengancam kedudukan British.
Yang berikut ini adalah pandangan beberapa penulis Barat mengenai pergerakan Tabligh:
"peaceful and apolitical preaching-to-the-people movement" (Graham E. Fuller)"completely apolitical and law abiding" (Olivier Roy)."an apolitical, quietist movement of internal grassroots missionary renewal" (Barbara D. Metcalf).Wa akhirul kalam, pihak Barat senantiasa khuatiri kedudukan mereka akan terancam oleh bangsa lain. Jadi perancangan dan dasar mereka semuanya bertujuan untuk pendamkan kemajuan bangsa lain. Antara sebab bagi rasa cemas dan takut orang Barat adalah kepercayaan mereka kepada Malthusian Theory oleh Robert Thomas Malthus (1766 - 1834). Malthusian Theory ini sangat berpengaruh atas pemikiran Barat dan juga menjadi pujian dan bahan rujukan Charles Darwin (theory of evolution by natural selection dalam buku dia bertajuk "On the Origin of Species" pada tahun 1859).
Pendek kata Barat tidak senang bangsa lain mendahului mereka atau mengatasi mereka. Maka mereka menggunakan pelbagai cara untuk membantutkan kemajuan bangsa lain.
Oleh itu mereka tidak senangi pemimpin 'Dunia Ketiga' yang muncul untuk mencabar kedudukan mereka. Satu contoh besar adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membangkitkan semangat maju bukan saja di Malaysia tetapi di banyak negeri Dunia Ketiga (Global South).
Tidak boleh dinafikan bahawa Dr Mahathir telah mencetuskan kemajuan yang pesat dan luarbiasa di Malaysia (walaupun orang Melayu masih tertinggal juga). Semangat 'Malaysia Boleh' telah difahami ramai orang lain sehingga Barack Obama pun menggunakan slogan 'Yes we can' (Kita boleh).
Jika semua pemimpin negara Islam berfikiran seperti Dr Mahathir, kemungkinannya besar dunia Islam sudah lama maju dan boleh bersaing dengan Barat.
Tetapi jika pimpinan dunia Islam dikemut oleh puak mullah, ayatollah, taliban dan maulana yang songsang dan kurang inteligen maka kita akan lihatlah keadaan dunia Islam pada hari ini. Trademark mereka adalah goblok.
Di mana saja atas muka bumi Allah swt ini puak mullah, ayatollah, taliban dan maulana berpengaruh atau berkuasa maka di sanalah Islam binasa, bencana dan hancur.
Dan Barat sangat happy melihat keadaan ini.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/apabila-perisik-barat-membela-mullah.html