Apabila Pegawai Yang Bertugas Mula Tunjuk Kuasa Rakyat Jadi Mangsa Tiada Tolak Ansur Dan Timbang Tara


 




Seminggu selepas banjir, mangsa masih menanti bantuan


Predeep Nambiar -December 27, 2021 
Pemandangan dari udara kawasan terjejas banjir di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. (Gambar Rohkiah Abdul Aziz)
PETALING JAYA: Kehidupan agak sukar buat Rashdan Iswandi sejak pelaksanaan sekatan penuh. Pertama, majikannya jatuh muflis dan dia hilang pekerjaan. Selepas itu pula dia hilang penglihatan akibat kecederaan lama dan terpaksa menjalani pembedahan.
Sebaik saja lelaki berusia 42 tahun itu pulih daripada pembedahan, rumahnya pula dilanda banjir di Sungai Buloh.
Minggu lalu, rumah yang disewanya sekeluarga di perkarangan sebuah sekolah tahfiz, ditenggelami air setinggi satu meter menyebabkan mereka dan tujuh lagi keluarga lain terkandas di atas bumbung.
Rumah mereka di Kampung Kubu Gajah terletak bersebelahan Sungai Subang di mana tebing sungai itu pecah ketika hujan lebat melanda.
Semua keluarga itu mendakwa bantuan bot penyelamat tidak mengendahkan rayuan pertolongan mereka sepanjang malam pada 18 Dis.
Keadaan di Kampung Kubu Gajah ketika dilanda banjir pada 18 Dis. (Gambar Rohkiah Abdul Aziz)Banjir surut keesokan harinya dan isteri Rashdan, Rohkiah Abdul Aziz mendapati peti sejuk dan barangan lain yang digunakannya di gerai laksanya rosak. Dua kereta yang digunakan keluarga itu turut ditenggelami air berlumpur.
Rohkiah, yang berasal dari Pulau Pinang itu mengusahakan gerai tepi jalan dikenali sebagai Cik Kiah Laksa.
Ketika dihubungi, dia yang menceritakan kejadian itu berkata, mereka terpaksa bergerak jauh ke kem bantuan untuk mendapatkan makanan panas dan keperluan asas.
Namun mereka tidak dilayan. Pegawainya berkata barangan terbabit telah dicatu untuk “kawasan tertentu” saja dan orang luar tidak boleh diberikan bantuan itu.
“Mereka minta kami menunggu bantuan di kawasan kami,” katanya kepada FMT. “Mereka enggan mengubah fikiran biarpun kami menunggu untuk mendapat lebihan makanan atau makanan yang tidak diambil. Jadi kami kembali pulang.
“Malah sehingga sekarang tiada satu pun agensi kerajaan atau wakil rakyat datang membantu. Kami terasa seperti pelarian di sebuah kem,”
Rohkiah berkata tuan rumahnya kemudiannya menyumbangkan telur, beras dan beberapa barang makanan namun dia mendermakan kepada jiran yang hamil dan orang tua “yang lebih memerlukannya”.
Dia mendapat tahu bahawa seseorang perlu melengkapkan prosedur tertentu untuk layak menerima bantuan.
Pertama, seseorang perlu membuat laporan polis. Bagaimanapun, dia perlu mengambil masa lapan jam untuk ke balai polis terletak sejauh 5 kilometer (km) di Sungai Pelong kerana hanya seorang saja pegawai yang bertugas.
“Saya perlu mengisi tiga borang, satu kepada pegawai daerah, satu ke pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan satu lagi kepada pusat zakat.
“Semua borang telah diisi pada 20 Dis dan dihantar ke pejabat penghulu tetapi kini sudah seminggu dan tiada khabar berita daripada mana-mana pihak.”
Dia terpaksa merayu bantuan daripada orang ramai untuk mendapatkan tilam, bantal, dapur, tong gas dan peralatan dapur.
Rohkiah berkata dia dan jirannya kini bingung memikirkan bagaimana untuk membayar sewa RM800 sebulan.
“Kami tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Kami mengharapkan seseorang boleh membantu.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/apabila-pegawai-yang-bertugas-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tolak Sokong Ruu Tambah Hukuman Rakyat Langgar Sop

Ph Tolak Sokong Ruu Tambah Hukuman Rakyat Langgar Sop

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 240 hits
Pakatan Harapan tidak akan menyokong Rang Undang Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang dijangka akan dibahas pada hari ini Menurut Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pindaan itu tidak dika...
Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 176 hits
Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut me...
Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 221 hits
Penyanyi meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti atau melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar memuat naik satu han...
Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 206 hits
BANGKOK Lebih 40 peratus rakyat Thailand menolak kasino perjudian dihalalkan mengikut undang undang kerana beranggapan sektor itu hanya menyebabkan masyarakat di negara ini terjebak dengan lebih banyak masalah Berdasarkan kaji selidik yang ...
Pdrm Kerah Aset 23 000 Pegawai Anggota Bantu Mangsa Banjir

Pdrm Kerah Aset 23 000 Pegawai Anggota Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh Dua buah kenderaan dilihat tersadai di tengah tengah pembahagi Jalan Meru berdekatan Bandar Bukit Raja Selatan Interchange Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat NSTP Osman Adnan KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dalam keadaan sedia untuk m...
Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 166 hits
Rakyat mahu melihat tindakan segera untuk mengatasi bencana banjir tetapi itu tidak berlaku menurut penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menan...
Rakyat Alami Krisis Ph Johor Tolak Prn

Rakyat Alami Krisis Ph Johor Tolak Prn

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 196 hits
December 26 2021 Kedudukan terkini DUN Johor ialah 28 27 selepas ADUN Kempas dari Bersatu meninggal dunia JOHOR BAHRU Pakatan Harapan Johor menolak pelaksanaan pilihan raya negeri pada waktu ini kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan...
Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh FAZLI RADZI December 24 2021Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar BantuanBanjirTanda pagar BantuanB...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco