Apabila Pbt Pekak Dan Buta


Gunalah nama bahasa kebangsaan
SETIAP pemaju hartanah dan perumahan wajar komited menggunakan bahasa kebangsaan bagi menamakan kawasan taman perumahan dan nama jalan.

Ini bagi membina identiti dan jati diri bangsa Malaysia yang berilmu dan sentiasa cintakan bahasa kebangsaan.

Usaha ini boleh dilakukan melalui kerjasama erat dengan pihak majlis perbandaran, majlis daerah dengan pemaju hartanah dan pemaju kawasan perumahan yang dibangunkan. Biarlah ia menggambarkan sejarah dan asal usul tempat yang sesuai dan menarik. Sebagai contoh, nama “Batang Berjuntai” sudah diubah kepada Bestari Jaya, di daerah Kuala Selangor yang lebih moden, sopan dan sesuai dengan budaya dan kesantunan bangsa.

Selama ini pihak pemaju lebih gemar dan berminat menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa asing bagi tujuan salah satu tarikan terhadap strategi pemasaran. Mungkin juga untuk menampakkan ada ‘kelas’ tersendiri. Tetapi sebenarnya mencemarkan bahasa dan budaya sendiri.

Mungkin sebelum ini tiada larangan khas atau khusus berkaitan menamakan kawasan perumahan atau taman perumahan. Kini pihak majlis perbandaran sudah ada pekeliling berhubung larangan penggunaan nama asing bagi projek perumahan, bangunan dan jalan yang akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, pekeliling tersebut antara lain bagi mengingatkan semua PBT di negara ini berkaitan garis panduan yang perlu dipatuhi untuk kelulusan permohonan bagi mamajukan kawasan perumahan dan juga nama jalan dan bangunan sebelum sesuatu projek itu dibangun dan dimajukan. Ketegasan dalam pelaksanaannya mestilah dilakukan.

Adalah lebih berkesan apabila pihak PBT bertegas menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan langkah menggunakan nama beridentitikan Malaysia dengan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dan betul bagi nama kawasan perumahan, nama jalan yang dicadangkan.

Tidak rugi menggunakan nama beridentitikan Malaysia untuk memartabatkan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di mana sahaja dalam persekitaran kehidupan kita. Ia juga akan menggambarkan bangsa Malaysia yang cintakan bahasa dan budayanya pada setiap masa.

Bagi mendapatkan nama yang baik, tepat dan betul, pihak pemaju hartanah dan perumahan boleh merujuk kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sentiasa sedia memberikan khidmat berkaitan bahasa kebangsaan. Ia boleh dilayari melalui Khidmat Nasihat-Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP-PRPM iaitu Khidmat Nasihat bahasa betul sama ada berkaitan ejaan, perkataan, istilah, nama dan terjemahan perkataan.

Semoga usaha memartabatkan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh semua PBT di seluruh negara kepada pemaju hartanah dan perumahan akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai ditegur oleh pihak tertentu apabila melakukan kesalahan sama. Jadilah bangsa yang sentiasa menghormati dan memartabatkan bahasanya.

Oleh: Dr. Aminudin Mansor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/07/apabila-pbt-pekak-dan-buta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cemburu Buta

Cemburu Buta

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 254 hits
ada satu situation dia macam niGirl kenapa awak masih simpan gamba Ex awak Boy saja saya suka simpan gamba dieorng Girl kepala otak awak simpan gamba org yg dah tak bersama kita maknenye kita masih sayangkn die Boy alah biar laa Girl okeyy ...
Lempeng Pekak Cicah Kari Kambing Kelmarin

Lempeng Pekak Cicah Kari Kambing Kelmarin

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 939 hits
Assalamualaikum AKHIRNYA dapat juga makan Lempeng Pekak dicicah dengan Kari Kambing hehehehe Ada yang baru pertama kali dengar tentang lempeng pekak ni rupanya Sk pun tahu lempeng pekak dari Rupa rupanya lempeng kosong tu dipanggil lempeng ...
Wei Ying Raih Gangsa Orang Pekak Dunia

Wei Ying Raih Gangsa Orang Pekak Dunia

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 120 hits
PEMAIN perseorangan wanita Boon Wei Ying terpaksa akur dengan kehebatan pilihan utama hingga kelapan Shen Yan Ru dari Taiwan apabila kalah 20 22 16 21 dan hanya berpuas hati dengan meraih gangsa di Kejohanan Badminton Orang Pekak Dunia 2019...
Pbt Kena Tegas Luluskan Taman Perumahan Guna Nama Melayu

Pbt Kena Tegas Luluskan Taman Perumahan Guna Nama Melayu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 352 hits
BANGI 18 Zulkaedah 1440H Ahad Selain bahasa Melayu tulisan jawi juga perlu diperkenalkan semula dalam semua papan tanda yang diluluskan pihak berkuasa tempatan syor Majlis Perundingan Islam Malaysia Saranan itu dibuat selepas Kementer
Wajibkah Orang Buta Tunaikan Haji

Wajibkah Orang Buta Tunaikan Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 243 hits
Soalan Adakah ditaklifkan ibadah haji ke atas orang yang buta Jawapan Antara syarat wajib bagi seseorang itu dalam melaksanakan ibadah haji adalah berkemampuan Oleh itu jika syarat ini tidak dipenuhi oleh seorang mukallaf maka tidak tertakl...
Cemburu Buta Tak Sudi Dipoligami Istri Tega Siram Suaminya Dengan Air Mendidih Hingga Tewas Dengan Tubuh Melepuh

Cemburu Buta Tak Sudi Dipoligami Istri Tega Siram Suaminya Dengan Air Mendidih Hingga Tewas Dengan Tubuh Melepuh

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 143 hits
Cemburu akibat hal tersebut seorang wanita bernama Aminah nekat menyiramkan air mendidih ke tubuh suaminya Peristiwa tersebut terjadi di Kampung Paranga Desa Kapita Kecamatan Bangkala Jeneponto Sulawesi Selatan Kulit sekujur tubuh suami Ami...
Hampir Buta Kerana Kanta Lekap

Hampir Buta Kerana Kanta Lekap

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 277 hits
Lelaki Ini Hampir Buta Kerana Kanta LekapPenggunaan kanta lekap memudahkan penglihatan Bukan itu sahaja menggunakan kanta lekap juga boleh meningkatkan penampilan diri Tetapi boleh menjadi berbahaya apabila lupa untuk mengeluarkannya semasa...
Bakar Tunang Gara Gara Cemburu Buta

Bakar Tunang Gara Gara Cemburu Buta

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 267 hits
ZAPORIZHIA Seorang wanita Ukraine maut akibat dibakar tunang yang menuduhnya curang dengan lelaki lain
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally