Apabila Parti Bertambah Kuat Dan Semakin Ramai Ahli Tentulah Bertambah Ragam Dan Karenah
KEADILAN adalah salah satu parti yang berada di dalam kerajaan sekarang serta memiliki jumlah MP terbanyak di Parlimen. Rekod juga menunjukkan keahlian di dalam parti reformasi ini semakin bertambah.
Apabila parti bertambah besar sudah tentu cabarannya bertambah, apatah lagi parti ini ibarat tunjang di dalam PH. Ibarat di dalam keluarga, semakin bertambah anak maka semakin banyak ragamnya. Jangan harapkan semua anak baik-baik dan tidak nakal. Begitu juga parti. Itu biasa.
Apa yang penting, apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, bagaimana kita menguruskannya? Merujuk kepada apa yang berlaku sewaktu kongres AMK semalam, saya amat bersetuju dengan kenyataan pantas Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, parti tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan mensabotaj atau mengganggu perjalanan kongres. Kekecuhan yang berlaku akan disiasat dan tindakan pecat dari parti akan diambil tethadap pelaku. Bahkan, Anwar minra pihak Polis juga menyiasat kekecuhan ini jika ianya berada di bawah kawalan polis. Ini satu penegasan yang terbaik tidak mengira siapa dan dari pihak mana. Itu cara menangani masalah disiplin di dalam parti.
Parti Keadilan adalah parti reformasi yang lahir di jalanan. Boleh dikatakan ini parti "anak jantan". Anak-anak muda bergaduh itu perkara biasa tetapi parti tetap akan berusaha mendisiplinkannya. Membiarkan ia berterusan berlaku bererti parti ini tidak bertanggungjawab. Imej parti tidak tercalar jika berlaku sedikit pergaduhan, di padang bola pun boleh berlaku pergaduhan, tetapi imej parti akan tercemar jika kita merestui perbuatan ini dan tidak melakukan apa2.
Puak lebai seronok memainkan isu pergaduhan sekitar 20 minit ini. Mereka bergaduh tetapi tidaklah sampai mengkapirkan, melaknat dan memunafik harbikan di antara satu sama lain seperti berlaku di dalam muktamar lebai. Lebai jual agama kalau mereka tidak sependapat. Keadilan tidak sampai ke tahap itu. Kita akui ada kelemahan dan kita bertindak tegas.
Apa pun syukur, kejadian sekitar 20 minit tidak mengganggu perjalanan mesyuarat. Korum cukup, perbahasan dan usul dibawa dengan baik dan akhirnya ditutup secara resminya oleh Kak Wan dengan baik.
Hari ini dan esok, adalah yang terpenting. Sesiapa yang ada niat untuk mengganggu kongres hari ini dan esok, elok lupakan atau tidak perlu hadir dan lebih baik teruskan kongres semburit di KL seperti yang kamu rancang dulu.
WFAUZDIN NS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/12/apabila-parti-bertambah-kuat-dan.html