Apabila Musuh Mengasihi Pendakwah Presiden Pas





FIRMAN Allah S.W.T.:﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩﴾ [الصف: 9] "Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah (petunjuk) dan agama yang benar (Islam), supaya ia menyatakannya, sehingga memenangkan dan meninggikannya atas segala agama (dan ajaran yang lain), walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."(Surah As-Soff: 9)Pada zaman ramainya kalangan yang dinamakan pendakwah bebas, Islam menjadi jenama yang laris dan ditakuti kebenarannya bukan kebatilan, menyebabkan berlaku cabaran baru terhadap dakwah dan pendakwah, iaitu apabila musuh Islam menyayangi pendakwah atau mempertahankannya.Maka panduan petunjuk Al-Quran yang bermukjizat hendaklah dijadikan penyuluh terhadap dakwah yang dilakukan dan wajah pendakwah itu sendiri. Tegasnya bahawa keikhlasan berdakwah kerana Allah tidak boleh dilakonkan selama-lamanya, pasti adanya cabaran dan penentangan yang mewajibkan ujian dan penapisan daripada Allah yang tetap memelihara agama-Nya. Allah menegaskan dengan firman tersebut di atas, betapa Rasulullah S.A.W.  yang menjadi model umat Islam diwajibkan beristiqamah bersama Islam yang disampaikan dan ditegakkan. Walaupun wajib wujudnya penentangan dan diwajibkan juga berhikmah apabila berdakwah, menjadikan para pendakwah tidak boleh mengelak dan melepaskan diri daripada dibenci oleh musuh-musuh Islam.Sifat wajib bagi Rasul A.S. yang menjadi ciri-ciri kejatian peribadinya, adalah wajib dicontohi oleh para pendakwah yang menyambung perjuangan Rasul A.S. Wajib bersifat benar, amanah (bermoral mulia khususnya beramal dengan perintah agama bagi dirinya), tabligh(menyampaikan) dan fatonah (cerdik dan bijak) sebagai syarat-syarat kepada pendakwah.Semua sifat itu dizahirkan sehingga tidak memberi alasan kepada musuh untuk menolak Islam. Kalau terus bermusuh juga bermakna degil kekufurannya.Ada juga daripada kalangan yang tidak menerima Islam itu tidak bermusuh terhadap Islam, maka konsep tiada paksaan dalam beragama wajib dipertahankan. Semua keadaan tersebut mesti dialami oleh pendakwah, sama ada berjamaah atau berseorangan. Adapun mereka yang tidak menerima Islam tetapi kasih pula kepada pendakwah mestilah dibuktikan sama ada dia menerima Islam atau tidak bermusuh terhadap Islam bagi menandakan keberjayaan dakwah. Ada juga mereka yang kasih kepada pendakwah dan terus bermusuh terhadap Islam, menandakan adanya sesuatu kelemahan daripada diri pendakwah itu, sama ada dia tidak beristiqamah bersama Islam dan dakwahnya tidak mencapai tujuan atau caranya yang tidak betul, maka mestilah dimuhasabah kesalahannya.Lebih membahayakan lagi, kalau pendakwah itu menjadi alat kepada musuh Islam, laksana senjata yang digunakan untuk melawan Islam atau menjadi alat kepada musuh Islam dan umatnya.Kalau yang menggunakan jenama Islam itu di kalangan bukan Islam seperti para Orientalis Barat yang sangat mendalami agama Islam tetapi menentang Islam adalah musuh Islam yang paling dimurkai oleh Allah sebagaimana kalangan Ahli Kitab yang dipohon dalam setiap rakaat solat dengan gelaran al-maghdubi ‘alaihim (paling dimurkai Allah). Maka sepatutnya dijauhkan sejauh-jauhnya daripada menjadi sepertinya atau termasuk dalam golongan yang dinyatakan lebih buruk daripada mereka yang nyata kesesatannya.Telah disebutkan dalam hadis yang sahih Riwayat Al-Bukhari, bahawa Rasulullah S.A.W. menegaskan, muncul dalam kalangan umatnya orang yang boleh membaca Al-Quran, namun sekadar halqumnya sahaja, di mana petunjuk Allah tidak masuk ke dalam hati sanubari dan akalnya. Mereka mendekati kaum musyrikin yang menentang Islam dan memusuhi orang-orang yang beriman. Mereka itu adalah lebih bahaya dan celaka daripada kaum ‘Aad.Dalam kehidupan dunia ini sama ada dibenci oleh syaitan atau tidak, mereka tetap wujud dan dipanjangkan umur usianya sehingga akhir zaman. Maka kalangan yang mencari keredhaan seratus peratus termasuk daripada musuh-musuh Islam, maka dibimbangi dia menjadi anggota tentera syaitan yang panjang umurnya itu. Seseorang pendakwah itu tidak mungkin mendapat keredhaan semua, termasuk para syaitan yang paling bermusuh terhadap Islam. Ada juga di kalangan pendakwah yang sekadar mencari populariti, lalu melakukan apa sahaja sehingga menjual agama dan dirinya dengan murah, serta bergantung dengan harapan mencari pelanggan seramai mungkin atau bergantung kepada dahan yang kuat dan banyak buahnya yang dapat dimakan menjadi isi perut.Antara perangainya juga adalah menyebarkan hukum yang dikira luar biasa daripada pandangan umum bagi tujuan menarik perhatian umum. Ini sikap yang salah kerana niatnya yang salah, walaupun pendapat yang paling kuat dalam perkara cabang, apatah lagi kalau pendapat yang nyata lemahnya. Kadang-kadang Rasulullah S.A.W. tidak menyampaikan pandangannya dalam perkara cabang kerana mengambil kira masyarakat umum yang terhad kematangan kefahamannya. Begitu juga akhlak para khalifah selepasnya. Bahkan terdapat dalam kalangan para sahabat yang alim menangguhkan pandangan yang berbeza dengan Ketua Negara.Khalifah Uthman R.A. bertindak terhadap Abu Zar R.A., seorang sahabat yang ulung kerana pandangannya mempengaruhi masyarakat umum, di mana Rasulullah S.A.W. tidak memberi jawatan kepada Abu Zar R.A. sahabat yang dikasihinya kerana menegaskan bahawa dia seorang yang lemah untuk diberi tugas negara.Pada zaman ini terdapat orang yang seperti ini digunakan oleh musuh, supaya mencetuskan masalah dalam masyarakat Islam. Kadang-kadang dia sendiri tidak sedar dipergunakan kerana jahil murakkab dalam urusan dakwah. Seseorang pendakwah perlu mengetahui Feqah Dakwah yang berbeza pendekatannya dengan feqah hukum betul dan salah, halal dan haram. Tugas pendakwah itu lebih bertujuan menyelamatkan manusia bersama petunjuk Islam, termasuk terhadap umat Islam sendiri yang tenggelam dalam kejahilan agama yang diyakini dan disayanginya. Sehingga terdapat di kalangan yang menghina agama kerana kejahilan, namun dalam dirinya masih ada kemanisan iman sepertimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.:ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار (البخاري ومسلم والترمذي والنسائئ).“Tiga perkara sesiapa yang pada dirinya menunjukkan masih ada kemanisan imannya: Paling kasihkan Allah dan Rasul daripada yang lain, kasihkan saudara seagama kerana Allah, bencikan terhadap kekufuran laksana takutkan api neraka."(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan An-Nasa’ie) Sepatutnya umat Islam diselamatkan agamanya dahulu dengan budaya ilmu, namun terdapat pendakwah yang bersikap menjadi hakim yang suka menjatuhkan hukuman dengan mudah tanpa melihat tahap kefahaman Islam seseorang. Pendakwah seperti ini juga boleh digunakan oleh musuh supaya mencetuskan masalah dalaman umat Islam, sehingga perpecahan yang membawa kepada perang saudara dalam negara sendiri. Walaupun dakwah itu menjadi kewajipan setiap orang Islam bagi menegakkan agamanya, tetapi hendaklah diambil kira juga tahap kemampuan seorang pendakwah, orang yang diajak, cara berdakwah dan uslubnya, supaya benar-benar menjadi penyelamat manusia, bukannya menjadi makhluk perosak yang menyalahgunakan Islam atau digunakan oleh musuh Islam. Maka nyatalah apabila pendakwah itu atau kumpulannya dibiarkan oleh musuh Islam atau dibela oleh musuh Islam, menandakan adanya kesalahan yang berlaku, maka muhasabah hendaklah dilakukan terhadapnya.Allah S.W.T. memberi peringatan:﴿قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا١٠٣ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا١٠٤ أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا١٠٥﴾ [الكهف: 103-105]“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103); (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. (104); Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada Hari Kiamat kelak”.(Surah Al-Kahfi: 103-105)“Islam Memimpin Perpaduan”ABDUL HADI AWANGPresiden PASBertarikh: 19 Zulkaedah 1440 / 22 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 22/7/2019
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/apabila-musuh-mengasihi-pendakwah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 353 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Saya Mengalu Alukan Kenyataan Presiden Pas Menyokong Pm

Saya Mengalu Alukan Kenyataan Presiden Pas Menyokong Pm

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 211 hits
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI Mandat rakyat yang diterima oleh Pakatan Harapan lebih setahun yang lalu memerlukan kestabilan demi melaksanakan reformasi institusi dan langkah langkah positif untuk memulihkan ekonomi Kejayaan...
Dunia Perlu Bertindak Terhadap Israel Presiden Pas

Dunia Perlu Bertindak Terhadap Israel Presiden Pas

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 189 hits
PAS mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Israel yang mengerahkan tenteranya untuk merobohkan kediaman penduduk Palestin di Perkampungan Sur Baher Wadi al Hummus Timur Jerusalem Palestin Ratusan tentera Israel berserta jentera beratnya t...
Surat Terbuka Kepada Presiden Pas

Surat Terbuka Kepada Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 253 hits
YB Abdul Hadi bin AwangPresiden PASAhli Parlimen Marang23 Julai 2019Tuan TEGURAN SUCI BUAT HADIBismillahirrahmaanirrahim Segala puji bagi Allah hanya kepada Nya kita memuji memohon pertolongan dan memohon keampunan Kita berlindung kepada Al...
Wan Ji Believes Mosque Standoff Due To Criticising Pas

Wan Ji Believes Mosque Standoff Due To Criticising Pas

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 217 hits
Muslim preacher Wan Ji Wan Hussin believes that it was his criticisms against PAS that led to last night s at a mosque where he was preaching Speaking to Malaysiakini today he said he had noticed a high volume of negative comments from PAS ...
Pas Mampu Tawan Negeri Sebagai Pak Nujum Kata Mb Negeri Sembilan

Pas Mampu Tawan Negeri Sebagai Pak Nujum Kata Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 321 hits
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan Pas negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan Umno mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang sebagai pak nujum Ahli...
Aminuddin Sifatkan Pas Seperti Pak Nujum

Aminuddin Sifatkan Pas Seperti Pak Nujum

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 179 hits
SEREMBAN 22 Julai Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan PAS negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan UMNO mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang seba...
Untuk Apa Pas Kena Berkawan Dengan Umno

Untuk Apa Pas Kena Berkawan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 387 hits
Jwpnnya mudah Untuk menang pilihanraya Utk dapat kuasa Utk bagi lebai jadi menteri utk bagi AMANAH sakit hati itu shj PRU 15 nanti kalau pun PAS boleh menang dua tiga puluh kerusi Itu sewajibnya dgn bantuan UMNO Bermakna yg dominannya masih...
Tukang Urut Naik Haji Walau Penghasilan Pas Pasan

Tukang Urut Naik Haji Walau Penghasilan Pas Pasan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 205 hits
Panggilan berhaji bisa datang dengan cara apa saja Seorang tukang urut di Batubara Sumatera Utara Kamaluddin Bin Mohammad Hafiz alias Ongku mendapat berkah menunaikan ibadah haji melalui salah seorang pasiennya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut