Apabila Isu Palestine Dipolitikkan Oleh Ketua Dewan Ulamak Pas




1. Ketika seluruh dunia bersatu untuk membela isu Palestine dan rakyat bangkit menentang wa imma kerajaannya sendiri seperti US dan Britain, politik pembangkang di Malaysia dan Ketua Dewan Ulamak Pas mengeksploitasikan isu Palestine untuk meraih sokongan murahan.


2. Kita mendengar pembangkang menjadikan isu Minggu Solidariti sebagai bahan dengan mengheret rakyat isu tiada doa qunut, dilarang takbir dan berbagai lagi isu semasa program ini dilangsungkan di sekolah-sekolah. Walhal semua itu tidak ada asasnya apabila diminta untuk membuktikan arahan mana dan sekolah mana yang melarangnya? 


3. Terkini pembangkang khususnya Ketua Dewan Ulamak PAS memainkan isu Palestine dengan mengaitkan PM kononnya tidak tegas dan kenyataan PM telah diberi 'amaran' oleh Amerika turut diperlekehkan sebagi satu spin. Kenyataan-kenyataan dari pimpinan politik bukan Islam yang bukan menjadi sikap resmi Kerajaan Madani dimainkan kononnya kerajaan hari ini tunduk kepada desakan bukan Islam yang tidak setuju dengan minggu solidariti Palestine di mana Menteri Pendidikan menjadi mangsa fitnah. Malah gambar PMX dilatari bendera Israel turut dimuatkan dalam Harakah Daily lidah resmi PAS.


5. Isu Palestine adalah peluang untuk menyatukan suara rakyat Malaysia yang bangkit menentang genocide Israel ke atas rakyat di Gaza. Ia peluang menyatakan sikap Malaysia tentang dasar apartheid yang menyiksa rakyat Palestine dan menafikan mereka dari hak asasi paling asas. Isu kemanusiaan dan pembunuhan beramai2 rakyat Palestine di Gaza adalah isu kita bersama. Malangnya PAS mengheret rakyat Malaysia untuk membuktikan mereka lebih hebat pertahan Palestine dengan melekehkan orang lain walaupun sikap Kerajaan Malaysia sangat tegas dan jelas bersolidariti dengan Gaza dan Palestine.


6. Malangnya PAS dan pembangkang terlalu mempolitikkan keadaan sehingga mereka telah mendedahkan wajah sempit mereka dalam isu Palestine. Benarlah PAS khususnya menunggang isu Palestine untuk kepentingan politik dan sanggup memperlekehkan sikap tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dengan mempolitikkan isu Solidariti Bersama Palestine dan yang berkaitan. PAS sentiasa merasakan dia 'lebih Islam' dari mana-mana pihak walaupun sikap itu akhirnya memakan dirinya sendiri ketika PMX menggesa seluruh rakyat bersolidariti bersama perjuangan Palestine.


YB Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah Negara
Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI)


8 Nov 2023


#AmanahProgresifPeduli #MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #MalaysiaBersamaPalestin






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/apabila-isu-palestine-dipolitikkan-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Ketua Kpk Sebut Kasus Firli Bahuri Masih Isu Kami Gak Malu Kok

Wakil Ketua Kpk Sebut Kasus Firli Bahuri Masih Isu Kami Gak Malu Kok

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 200 hits
Alexander Marwata mengklaim kasus Firli Bahuri tidak mengganggu kinerja KPK
Thousands Join Pas Led Pro Palestine Rally Outside Us Embassy

Thousands Join Pas Led Pro Palestine Rally Outside Us Embassy

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 269 hits
Top Perikatan Nasional leaders including PAS president Abdul Hadi Awang and Bersatu secretary general Hamzah Zainudin today joined thousands of protesters gathered near the US Embassy in Kuala Lumpur According to reports the PAS led pro Pal...
Isu Solidariti Ke Atas Rakyat Palestin Jangan Dipolitikkan

Isu Solidariti Ke Atas Rakyat Palestin Jangan Dipolitikkan

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 314 hits
Seorang pemimpin KEADILAN Kelantan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah Ahli Parlimen ADUN dan NGO yang mempersoalkan pelajar sekolah bersolidariti bersama PalestinTimbalan Pengerusi MPN KEADILAN Negeri Kelantan Syed Mohd Alid...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Anniversary 01 Januari 2026

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Pertama Langkah Baru

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal