Apabila Doa Sudah Habis Tetapi Masih Tak Termakbul


ULASAN RASA

SEJAK meletusnya pergeseran membawa perang "ADIKABANG" antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim kemudian mewujudkan dua kumpulan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), ramai orang berdoa, mengangkat tangan bermunajat memohon agar pergeseran itu segera selesai.

Kewujudan dua kem yang saling bertentangan dan membina empayar untuk menunjukkan kekuatan bukan sesuatu yang baik tetapi merupakan malapetaka.

Situasi itu membahayakan kepada keutuhan parti berlambangkan mata itu. Ia menjadikan para reformis kesal, sedih dan hampa dengan apa yang berlaku, kerana keduanya adalah merupakan idola mereka selama ini. Kekuatan PKR selama ini didokongi oleh kedua sosok itu.

PKR merupakan sebuah parti besar dalam PH, bahkan ia adalah tulang belakang. Dengan mempunyai kerusi parlimen terbanyak (52) serta usia paling tua berbanding dengan parti-parti lain, maka PKR diharap menunjangi dan mengepalai kerajaan PH bagi merealisasikan Malaysia baharu yang reform.

Adapun keberadaan Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengemudian bahtera kerajaan PH kini bersifat sementara sahaja, beliau akan melabuhkan sauh bahtera dan turun daripada kapal setelah sampai ke sebuah pulau perhentiannya.

Temu ini tidak menatijahkan sesuatu yang baik.Dalam konteks Malaysia kewujudan PKR yang berasas liberalisme dan parti bersifat multi racial, adalah tepat. PKR sebenarnya parti berwajah Malaysia, berbeza dengan Parti Bumiputera Bersatu (Bersatu) maupun Parti Amanah Negara (Amanah) apa lagi DAP, dimana ketiga-tiga parti itu mendominasi sesuatu entiti dan membawa citra spesifik mereka, tidak bervariasi seperti PKR.

Tetapi sayang nampaknya PKR tidak dapat dipancu ke arah itu apabila pemimpin nombor satu dan nombor "bergocah dan bertetak" sesama sendiri, dan terikut sama pemimpin lain kemudian mewujudkan puak bercakaran persis anjing dengan kucing di zaman dahulu, kerana anjing dan kucing zaman sekarang sudah bertamadun boleh mengongsi satu mangkuk makanan bersama. PKR perlu malu dengan kucing dan anjing.

Kewujudan dua kelompok dalam parti itu semakin melebar. Ketegangan tidak dapat dilurusi lagi sehingga mengganggu emosi rakyat. Apa yang terserlah di kongres nasional parti itu di MITC Melaka menjelaskan bahawa PKR sudah rasmi dan ketara berpecah dua.

Pergeseran dan perebutan bukan di antara Azmin dengan Anwar tetapi sudah terheret ke dalam kelompok bawahan, akar umbi dan penyokong masing-masing. Mungkin perasaan saling benci membenci dan dendam sudah membenih di sanubari. Aduh...

Pertembungan ini "mengsemaburkan" (confius, mabuk dan pening)) khalayak mencari kumpulan mana yang betul dan mana yang salah. Mana reformasi mana konspirasi. Sebenarnya perjuangan dan aspirasi politik mereka tetap seperti dahulu mahukan perubahan, cuma yang memencilnya pemimpin atasan, khasnya Azmin dan Anwar. Orang ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada keupayaan PKR kecewa dan menangis.

Kumpulan Azmin memulaukan kongres di Melaka. Bukan setakat itu sahaja, beliau dan gengnya telah mengadakan himpunan pasca kongres di Kuala Lumpur. Tidak perlu diulas apa yang berlaku dalam himpunan dinamakan "Makan Malam Kemakmuran 2020" itu dan juga apa yang ditembak balik kepada apa yang berlaku di Melaka.

Tegasnya, doa untuk mendamaikan Azmin dengan Anwar serta memakmurkan Keadilan tidak dimakbulkan?

Inilah menyebabkan orang ramai khasnya menyokong perjuangan reformasi sedih dan berlinang air mata. Jika terlalu banyak berdoa walaupun disuruh, tetapi timbul juga rasa kecewa dan hampa. Ia sia-sia apabila yang diharapkan itu istidrajnya dapat disaksikan di hadapan mata. Pendoa tidak akan peduli apakah mereka menjadi fasik, bersikap begitu, kerana selama mana mereka harus berdoa atau melakukan sesuatu ritual yang sia-sia?

Pertemuan sandiwara.
Sebelum kongres bermula, Azmin dan Anwar bertemu mencari titik damai dan formula bagaimana untuk mengelakkan berlaku apa yang sudah berlaku itu. Mereka tidak mahu api sengketa itu mercik dalam kongres. Keduanya telah tampil di kerusi berdekatan di parlimen dua hari sebelum kongres.

Semua orang melihatnya (termasuk saya selaku pemerhati) merasa damai melihat keadaan itu. Luluh hati melihat kedua wajah itu bersama. Tetapi apa terjadi selepas itu ia tidak seperti yang digambarkan itu. Pertemuan itu sebagai pemukau kepada umum sahaja, realitinya tidak begitu. Ia tidak berjaya dikekalkan sampai ke Melaka. Ini menyebabkan orang menganggap kedua-duanya bersandiwara, memainkan wayang kulit di kelir siang hari.

Sebenarnya jika kedua pihak bijak dan ikhlas, kongres di Melaka itu boleh dijadikan wadah mempersatukan kedua-dua puak. Ia boleh dijadikan moment perdamaian. Ia boleh dijadikan ruang untuk masing-masing menyarungkan semula keris perang ke sarung selepas berbulan masing-masing mengasahnya dengan cemburu dan dendam. Bom kebencian yang dibuat juga boleh dimusnahkan. Manakala sejarah klasik Melaka yang tragis itu sepatutnya dijadikan ibrah bukannya untuk diamalkan.

Watak-watak antogonis si Kitol dan Raja Mendaliair yang cukup mengesankan itu sepatutnya dikuburkan tanpa disebut ulang lagi dengan niat dan hajat yang terpesong.

Apabila ia gagal, saya fikir orang ramai sudah malas untuk berdoa bahkan sudah muak membicarakan perihal PKR amnya dan Anwar khususnya. Ramai penjenguk blog ini menghubungi saya secara peribadi menyatakan kekesalan mereka kepada apa yang berlaku. Apa diharapkan ialah penyelesaian dan titik konkrit berhubung pergaduhan antara Azmin dengan Anwar itu. Ada juga yang menzahirkan rasa rajuk untuk meninggalkan kloni politik.

Kenapa mereka bergaduh, semuanya ialah kerana ingin mengejar kedudukan, jawatan sebagai Perdana Menteri. Celaka betul jawatan ini ia menjadi rebutan sehingga menghancurkan segala impian dan cita-cita melangit nan terpasang sejak berdekad lalu. Cis.

Apa yang berlaku itu sesuatu yang bukan pelik kerana apa-apa pergaduhan, sengketa, perang, bakar membakar, bunuh membunuh berlaku hanya kerana inginkan kuasa. Kepinginan jadi juara dan bernafsu jadi raja hatta tidak memiliki salasilah itu pun. Ia berlaku tanpa mengira kepada sesiapa. Sebab itu saya bermadah, "sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan mereka." 

Semua dan belaka orang bersumpah dan berjanji termasuk Azmin untuk menobatkan Anwar sebagai perdana menteri. Malahan itulah modal untuk menggilap cahaya politik diri. Semua orang berjanji untuk mentakhtakannya disitu bertolak daripada kelayakan dan menyaksikan pengorbanan besar beliau untuk menegakkan perjuangan membela rakyat. Tetapi ternyata sumpah dan janji tidak kekal dan boleh berubah. Siapa pun mereka, mereka tetap politician, dan siapa pun kita tetap marhain pengikut yang taat dan jujur.

Semuanya berubah dan berpaling tadah. Azmin sudah hilang dan hanyut dalam sumpah dan janjinya. Kesetiaanya kepada Anwar bagaikan setianya Jebat kepada Tuah selama ini berkecai hanya kerana hasutan, hanya apabila memiliki sedia kuasa yang dipuja. Mereka bukan sahabat lagi tetapi seteru memanjangkan permusuhan. Apa yang berlaku tidak pernah terpeta dalam minda kita marhaen ini.

Pergaduhan dan rebut merebut kuasa antara Azmin dan Anwar jarang dianalisa umum kenapa ia berlaku dan boleh berpanjangan. Ia tentu ada sebab musabab atau faktor penolaknya. Kita tahu kuasa, jawatan PM diingini oleh sesiapa hatta Mohamad Sabu, apabila ia diberi dan dijanjikan begitu. Kuasa bagi orang politik seperti ikan tawar kepada si belang dan si tompok.

Tetapi apakah faktor perangsang disebalik itu. Di sinilah saya mengira ia adalah kerana penghasut. Peranan penghasut dan oportunis yang mahu mengambil kesempatan, inilah yang menghuruhara keadaan dan akhirnya memalangkan nasib sang pahlawan. Merekalah menjadi punca memporak perandakan situasi.

Yang menjadi faktor penolak juga para penasihat masing-masing. Sirah mengajarkan kita baiknya seseorang raja itu kerana baik penasihatnya. Jahat seseorang raja itu kerana menerima nasihat dari penasihat jahat.

Apabila mereka yang menjadi penasihat, baik kepada Anwar dan Azmin tidak lagi menjadi penasihat yang jujur dan ikhlas maka termusnah orang dinasihati itu. Biasanya dalam apa-apa juga game yang melibatkan pertarungan dua manusia, penasihat atau jurulatihlah yang berlebih-lebihan dan obses kerana menanti laba.

Tanpa disedari oleh sang tokoh, mereka bertarung bermati-matian di atas kerana mencari kebenaran dan keadilan tetapi para penasihat oportunis dibawah bermain judi, mempertarungkan perlawanan mereka. Cis. Jadi selain mengenali hati budi dan perangai semulajadi Anwar dan Azmin kenali dan selidiki juga niat dan peranan para penasihat mereka berdua. Mereka lah si Kitol dan Raja Mendaliar kepada Anwar dan Azmin. Siapa?

Formula tidak diendahkan.
Dari sisi lain, tidak susah untuk mendiagnosiskan kenapa perkara ini berlaku, perang adikabang ini. Pokok pangkalnya ia terletak kepada Anwar dan Azmin. Ia berputik dan berkembang dari rasa saling curiga mencurigai di antara satu sama lain.

Anwar curiga kepada Azmin khasnya selepas kemenangan, menjadi kerajaan. Begitu juga dengan Azmin terhadap Anwar. Apabila kedua pihak tidak ada saling percaya mempercayai dan meletakkan ghanimah di hadapan itulah akan terjadi. Sejarah kekalahan tentera Muslim dalam perang Badar kita hanya tahu bercerita mengenainya tetapi tidak sedia menghadamnya. Bercerita dan bacalah al Quran beribu kali kalau tidak realisasikan apa dituntutnya ia hanya diperolehi pahala baca tetapi bukan pahlaa hakikinya.

Ingin saya flashback sedikit kenapa ini berlaku dan bermula bila. Ia berlaku kerana ada sebab musabab yang sedikit sahaja. Semuanya bermula daripada pemilihan dalam PKR tahun lepas. Azmin jadi marah apabila Rafizi Ramli menentangnya sebagai timbalan presiden PKR. Azmin berpersepsi tindakan Rafizi itu kerana disuruh oleh Anwar. Manakala Anwar pula dikatakan curigai Azmin apabila Azmin dilihat lebih membuntuti Dr Mahathir daripada akur dan dengar suara parti dan kehendak rakyat.

Bayangan awal.
Awal-awal saya sudah bayangkan jika pertembungan di antara Rafizi dengan Azmin berlaku dan jika tidak disekat, ia membahayakan PKR dan menyukar jalan Anwar ke Putrajaya. Pembentukan pasukan atau kem oleh Rafizi untuk menentang pasukan Azmin dilihat disitulah bermulanya segala-galanya. Perhimpunan mengisytiharkan calon-calon kumpulan Rafizi di hotel terletak di Jalan Ampang saya sudah menaruh kebimbangan akan berlaku perpecahan besar berpanjangan.

Dalam diam saya usaha untuk mengelakkan kemungkinan bakal berlaku dan cuba mengendurkan keadaanya. Langkah saya ambil, pertama menasihati Azmin untuk tidak meneruskan niat untuk merebut jawatan presiden. Alhamdulilah akhirnya Azmin setuju apabila beliau membatalkan niatnya, walaupun tanpa alasan diberi tahu, tetapi ia mengenangkan.

Apabila Azmin sedia melupakan hajat untuk merebut jawatan presiden, menentang Anwar, saya mencadangkan Anwar memanggil Azmin dan Rafizi untuk damaikan mereka dan bubar ketumbukan perang yang ditubuh oleh kedua-duanya. Beliau harus larang Rafizi daripada terus menggempur Azmin, menasihati Rafizi terus kekal berada di belakang Azmin. Pelan itu sebaik-baik pelan berdamai.

Malangnya cadangan kecil dari kejauhan itu tidak sedia diakuri mungkin kerana Anwar dan Rafizi sendiri confident mereka akan menang. Walaupun mungkin menang (tetapi ternyata tidak), PKR tetap akan berpecah kalau keduanya bertempur kerana ia telah mewujudkan pasukan masing-masing. Itulah kesilapan dan kegagalan. Dalam sebuah peperangan kecederaan dan kehilangan nyawa akan berlaku di kedua-dua pasukan, kalaupun tidak mati tetapi pasti ada yang terluka.

Dalam dunia politik pula kekalahan boleh dimanipulasikan sebagai kemenangan dan sebaliknya. Orang politik persis bobon dan ular tedung yang tidak mengaku kalah dalam pertarungan, melainkan mati.

Sahih berpecah.
Berbalik kepada natijah diterima ekoran kedegilan mencari perdamaian itu, PKR kini sudah sahih berpecah dua. Walaupun Anwar mendakwa kongres di Melaka itu mendapat sokongan dan dihadiri 80% perwakilan dan pemerhati bermakna 20% sahaja yang engkar, tetapi ia menunjukkan PKR tidak solid. Walaupun nisbahnya kecil ia ada keretakan yang bakal membelah PKR.

Kongres itu boleh dianggap berjaya seratus peratus kalau tidak ada himpunan susulan di Kuala Lumpur.

Masa depan PKR.
Mengenai nasib dan masa depan PKR ini ia sudah menjadi sangat kritikal. Apabila Azmin dan gengnya mengadakan himpunan pasca kongres di Renaissance untuk membalas dan membilas apa yang dilemparkan ke atasnya di Melaka, ia menjadi perang yang mula menggunakan senjata nuklear.
Ia bukan lagi pakai senapang patah atau pun jerangkap samar.

Apabila peperangan menggunakan bom kimia ia sangat bahaya. Bahayanya bukan sahaja kepada tentera di medan tempur tetapi rakyat dan orang ramai serta alam sekitar juga.

Dilaporkan semalam, cara beberapa pemuka geng Azmin bercakap menunjukkan kemarahan maksima mereka kepada Anwar dan gengnya. Mereka yang tampil bercakap seperti Zuraida Kamaruddin bukan lagi mencari titik damai, tetapi mengajak kepada peperangan lebih besar. Rasa tidak puas dizahirkan sangat luar biasa sampai mendedahkan sifat tercelah, munafik Anwar. Zuraida walaupun seorang kaum ibu tetapi berbicara lagak seperti duda berjiwa remaja.

Boleh dikatakan semua pemimpin yang berada dalam pimpinan tertinggi yang berpihak kepada Azmin hadir. Tian Chua, Haniza Talha, Amirudin Shari, Sivarasa Rasiah, Rashid Hasnon dan Jaafar Kamaruddin. Jaaffar Kamaruddin seakan sudah bertindak sebagai Setiausaha Agung kem Azmin.

Apabila majlis itu diadakan di hotel dimana tempat kongres pertama Keadilan diadakan ia memberi gambaran mahu mengembalikan nostalgia. Walaupun dalam penubuhan Keadilan, Azmin tidak berada dalam senarai, tetapi dengan "merampas" venue itu ia membawa satu mesej jelas. Apakah ia akan membawa kepada penubuhan parti baharu?

Sebelum ini saya sudah membaca demikian, tetapi menubuh parti baharu bukan sesuatu yang praktikal. Azmin lebih elok membawa diri dan gengnya bersama mana-mana parti. Dua sahaja pilihan menyertai Bersatu atau Pam (Pas). Saya ada membuat naratif ini dalam buku saya, Penjara Bukan Pusara berhubung nasib dan masa depan politik Azmin.

Dengan apa yang berlaku Anwar dan kumpulannya perlu membuat persediaan menghadapi apa sahaja kemungkinan. Melihat kepada cara kedua pihak membakar kemenyan dan mengasapkan dupa, persilatan tidak dapat dielakkan lagi. Pendekar masing-masing kaki sudah menggeletar jejari sudah mengeletik.

Ia mungkin boleh membawa kepada penubuhan parti baru. Harus diingat dalam menghadapi kemungkinan ini, Azmin tidak berbuat sampai ke maksima hari ini, memulaukan kongres jika beliau tidak ada jaminan. Juga jangan hairan dengan sikap dan tindakan orang terdesak dan kecewa. Mereka boleh melakukan apa-apa sahaja hatta "membunuh" diri. Apakah akhirnya untuk memusnahkan PKR Azmin akan mengheretnya kepada ROS? Sejarah berlaku dalam Umno tidak boleh diabaikan.
Dalam kemelut ini saya tidak sedap hati dengan kerenah dan cara Dr Mahathir Mohamad berpolitik. Apabila beliau berkata tidak akan mencampuri urusan dalaman PKR, itu memberi makna beliau ada sesuatu motif tidak baik. Sekiranya Dr Mahathir jujur dan ikhlas beliau tidak membuat kenyataan begitu yang boleh ditafsirkan dengan berbagai makna. Beliau lebih baik membungkam diri kerana orang sudah tahu bila beliau bercakap ia akan diterjemahkan dengan pelbagai bentuk ikan yang terkilas di air. Seorang kanak-kanak kecil dan poyo jadi berani apabila dia dibela dan di belakangnya ada orang tuanya. Walaupun orang tuanya tidak turun ke gelanggang tetapi semangat itu menjadi mereka berani, kerana ada jampi serampah dari jauh dihantar orang tua melalui angin dan udara.

Azmin tentu ada pemberi semangat itu yang senantiasa mengasap dupakannya. Satu perkara atau dalil jelas, kenapa sampai kini polis masih belum memuktamadkan berhubung siasatan ke atas video lucah Haziq? Sudah beberapa kali polis mengeluarkan kenyataan ia akan dituntaskan segera, tetapi sampai sekarang status video itu seperti Jho Low yang hendak diseret ke Malaysia, tetapi belum nampak batang hidung dan terbau perfumenya lagi?

Kita harus faham kenapa ia jadi lembab dan lebam?

Akhirulkalam dalam melihat kemelut dan perang adikberadik dalam PKR ini ia tidak mudah tamat selagi sikap bertarik tali diteruskan. Apa yang terjadi ia meletihkan rakyat di luar sana dan akhirnya suasana ini menjadikan mereka mual dengan politik. Jadi sebelum orang di luar mengambil sikap imigran kepada mana-mana negeri (parti), atau beruzlah dari peperangan elok Anwar khasnya, berani mengambil keputusan.

Sampah dalam mata jangan dibiarkan kerana ia menganggu penglihatan. Mata yang cerah dan terang diperlukan untuk melalui perjalanan ke Putrajaya yang masih jauh pada jaraknya tetapi sudah terpendam dalam mata. Sebaik-baik tindakan, PKR perlu menunjukkan ia sebuah organisasi awam yang berkarisma dan bermaruah mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa yang dicap sebagai pengkhianat.

Atau jika Anwar tidak berkeupayaan, eloklah beliau sendiri yang angkat bendera putih. [wm.kl.10:13 am 12/09/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/apabila-doa-sudah-habis-tetapi-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan Perkara Ini Sementara Anda Masih Berdua Bila Dah Ada Baby Tinggal Mimpi Jelah

Lakukan Perkara Ini Sementara Anda Masih Berdua Bila Dah Ada Baby Tinggal Mimpi Jelah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 363 hits
Akhirnya anda merancang untuk mendapatkan anak Tahniah Jangan risau Anda akan menjadi ibu bapa yang baik Namun begitu sebelum bermulanya perjalanan ini tidak salah jika anda ingin mengajak teman hidup anda untuk mempersiapkan diri dari segi...
Masih Ramai Tidak Tahu Pesakit Kritikal Boleh Tuntut Rm8 000 Dari Kerajaan

Masih Ramai Tidak Tahu Pesakit Kritikal Boleh Tuntut Rm8 000 Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 381 hits
Mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai mySalam yang merupakan salah satu inisiatif yang berkaitan dengan skim perlindungan kesihatan Ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 Terutamanya...
Bikin Heboh Media Sosial Tradisi Kawin Tangkap Di Sumba Jadi Sorotan Warganet Kok Masih Ada Ya

Bikin Heboh Media Sosial Tradisi Kawin Tangkap Di Sumba Jadi Sorotan Warganet Kok Masih Ada Ya

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 469 hits
Kalau ada tradisi lain yang lebih layak dan pantas untuk dipertahankan mending tinggalin aja deh yang seperti ini
Stokis Dms360 Masih Aktif

Stokis Dms360 Masih Aktif

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum alhamdulillah diberikan kesempatan dari Ilahi untuk saya menulis entri buat kalian semua hari ini Maaf sangat sangat dari saya kerana semakin kurang info mengenai DMS dan tips kecantikan atau penjagaan badan Sungguh kami sem...
Berusia 70 Tahun Tapi Masih Dara

Berusia 70 Tahun Tapi Masih Dara

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 356 hits
Nenek ini BERUSIA 70 tahun ini ia masih perawan walaupun usianya 70 tahun Pam Shaw 70 tahun wanita bekas penari kabaret dengan nama panggung The Sexational pam mengatakan bahawa dirinya masih perawan kerana percaya dengan perkahwinan dan ti...
Jokowi Sentil Perbankan Yang Masih Minta Jaminan Untuk Kur

Jokowi Sentil Perbankan Yang Masih Minta Jaminan Untuk Kur

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 136 hits
Jokowi mendapat laporan bahwa masih banyak perbankan khususnya bank bank Badan Usaha Milik Negara yang masih meminta syarat jaminan bagi penerima KUR karena khawatir pinjamannya macet
Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 519 hits
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di...
Disebut Penjajah Karena Wajah Bulenya Tamara Bleszynski Sering Di Bully Waktu Masih Anak Anak

Disebut Penjajah Karena Wajah Bulenya Tamara Bleszynski Sering Di Bully Waktu Masih Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 259 hits
Memiliki darah campuran Tamara bahkan disuruh balik ke negaranya karena punya fisik yang berbeda dengan anak anak pada umumnya
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation