Apabila Datangnya Hari Qiamat Segalanya Akan Hancur Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini Sahaja
Lepas sang kaka la ditiup habis semua hidupan ciptaan ALLAH hancur, kemudian malaikat ma ut ca but nya wa satu persatu malaikat yang ada dan last skali ca but nya wanya sendiri. Memang kosong ibarat kertas putih terus alam ni tapi ada 7 ciptaan ALLAH ni yang tak akan han cur…
Sebagai seorang Islam menjadi kewajiban pada kita untuk percaya akan hari qiamat. Pasti masa mendengarnya, yang terbayang adalah kehancuran seluruh alam dunia berikut isinya. Dalam Al Quran pun dijelaskan bahawa keadaan manusia pada masa itu seperti anai-anai yang bertebaran dan apa yang ada pada masa itu semuanya sudah dalam keadaan ma ti. Namun ternyata terdapat beberapa perkara yang tidak hancur apabila hari qia mat.
Anda tidak salah baca, memang saat terompet sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil, dengan kuasa Allah dan beserta ketetapanNya, beberapa perkara berikut ini akan ada mesti yang lain telah tiada.
1. Syurga Dan Neraka
Allah telah menjelaskan dengan terang bahawa saat hari qiamat tiba, neraka dan syurga tidaklah hancur. Keadaan ini diabadikan dalam surat Hud ayat 106-108.
“Adapun orang-orang yang cela ka, maka (tempatnya) di neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) sebagai karunia yang tiada putus-putusnya ” (QS Hud 106-108 )
Secara ringkas bahawa Allah memberi jaminan bahawa neraka dan syurga kekal meski yang lain telah binasa. Itu merupakan hak Allah dalam menetapkan setu.
2. Arasy Allah SWT
Hal yang tidak akan hancur lain adalah Arsy yang mempunyai makna singgahsana Allah SWT. Jaminan Allah terhadap keabadian Arsy terukir indah dalam Al Quran surat Az Zumar 74-75 yang berbunyi:
“Dan mereka berkata” Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (Syurga) kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang -orang yang beramal “dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam ” ( QS Az Zumar 74-75)
Masih banyak lagi hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang kekalnya Arsy dan Arsy bukan termasuk dari salah satu makhluk yang diciptakan selama kurun 6 hari serta tidak pula dibelah maupun dipecah.
3. Kerusi Allah SWT
Tak hanya mempunyai singgasana, Allah pun mempunyai kerusi. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW “Tidaklah langit yang tujuh dibanding kerusi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang” (HR Ibnu Hiban)
Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa yang tidak hancur apabila hari qiamat adalah kerusi Allah salah satunya. Wallahu ‘Alam daripada apa wujud dari kerusi Allah tersebut.
4. Lauhul Mahfuzh
Catatan manusia selama hidupnya tercatat jelas dalam Lauh Mahfuzh. Ternyata Lauh Mahfudz termasuk dalam beberapa hal yang tidak akan musnah apabila hari qiamat. Lauh Mahfuz secara ringkas merupakan kitab tempat Allah menuliskan segala yang ada di alam semesta ini.
“Tidak seorang pun yang ada di langit dan di bumi, melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (QS An Naml 75)
5. Qalam Atau Pena
Pena disini bukanlah pena yang kita lihat dan sering digunakan. Namun pena yang tidak akan hancur saat qiamat adalah pena Allah atau Qalam. Para ulama mengatakan bahawa Qalam merupakan makhluk pertama yang Allah ciptakan. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah Al Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya: Tulislah! Kemudian Al Qalam berkata” Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis? Kemudian Allah berfirman “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datang hari qiamat (HR Abu Dawud) .
6. Tulang Ekor Manusia
Saat tu buh manusia han cur di hari qiamat tersebut, salah satu bahagian tu buh manusia iaitu tulang ekor justru terlihat sebaliknya. Ini bukanlah sebuah karangan ataupun khayalan kerana sesuai dengan hadis Rasulullah yang berbunyi “Tiada bahagian dari tu buh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang iaitu tulang ekor. Darinya manusia dirakit kembali pada hari qiamat ” (HR Bukhari).
7. Roh
Meski roh merupakan urusan yang Allah sahaja yang tahu, namun sifat roh telah diterangkan oleh Allah sebagai salah satu yang tidak hancur meskipun terjadi qiamat. Roh yang terdapat dalam diri manusia jika sudah waktunya mening gal du nia maka akan dica but dan dikembalikan semula ketika hari kebangkitan. Para ulama pun bersepakat tentang abadinya roh manusia.
Memang jelas bahawa beriman kepada hari qiamat merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini. Hal yang berkaitan dengan qiamat pun meski kita sedari dengan landasan Al Quran dan Sunnah Rasul.
The post Apabila Datangnya Hari Qiamat, Segalanya Akan Hancur Kecuali 7 Ciptaan Allah ini Sahaja appeared first on dePalmaSP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/apabila-datangnya-hari-qiamat-segalanya-akan-hancur-kecuali-7-ciptaan-allah-ini-sahaja/