Apa Yang Zalimnya Anwar Bila Pejabat Peguam Mahiaddin Diserbu Sprm




Dalam reaksinya terhadap serbuan SPRM terhadap firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS), Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yassin menyifatkannya sebagai salah guna kuasa.


“Ini salah guna kuasa sedangkan dia peguam yang pertahankan diri saya. Untuk tujuan apa SPRM pergi sana (buat serbuan)?


“Ini seolah-olah ada gambaran sesuatu nak dilakukan. Ini salah guna kuasa pihak tertentu,” katanya pada pentas akhir ceramah mega PRK Pelangai malam tadi.


Serentak itu, beliau menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim agar segera menghentikan “kezaliman” itu dan memfokuskan tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat.


“Anwar cukuplah. Jangan teruskan kezaliman ini. Berikan tumpuan menyelamatkan ekonomi negara dan beri bantuan supaya rakyat terbela,” katanya lagi.


Rosli Dahlan yang merupakan rakan kongsi RDS adalah penasihat utama Bersatu dan juga peguam yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Mahiaddin.


RDS mewakili Mahiaddin dalam kes saman fitnah bekas Perdana Menteri itu terhadap Anwar berkaitan isu pelupusan hutang Felda.


Laporan awal sebelum ini menyebut, seramai 12 pegawai SPRM menyerbu pejabat RDS di Publika, Kuala Lumpur untuk mendapatkan beberapa dokumen bagi tujuan siasatan yang pada awalnya tidak disebutkan.


Kemudian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan serbuan tersebut dan mengatakan ia adalah berkaitan siasatan yang ada hubungan dengan usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.


Tanpa menyebut namanya, Azam berkata, peguam tersebut merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.


Azam juga menafikan kehadiran pegawainya ke premis peguam tersebut “menyalahi mana-mana akta yang berkuatkuasa.”


“SPRM mematuhi semua peraturan serta menyedari privasi antara peguam tersebut dan klien-kliennya,” kata beliau lagi.


Secara berasingan, sumber lain yang rapat dengan SPRM menaklumkan, peguam itu disiasat kerana didakwa menerima sejumlah wang rasuah ketika dilantik membantu 1MDB mendapatkan semua sebahagian asetnya yang dicuri sebelum ini.


Beliau dikatakan dilantik mewakili 1MDB dalam urusan tersebut ketika Mahiaddin menjadi Perdana Menteri.


“Pegawai SPRM hadir di firma guaman RDS hanya untuk mendapatkan dokumen berhubung siasatan,” kata sumber itu.


Untuk rekod, pada 2021, Rosli telah menafikan ada menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion antara Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.


Berdasarkan semua rentetan di atas, adalah terbukti serbuan SPRM terhadap RDS semalam adalah untuk menyiasat berkaitan kes rasuah dalam usaha 1MDB mendapatkan semula asetnya yang dicuri dan penyelesaian dengan Goldman Sachs.


Ertinya, bukanlah serbuan SPRM itu atas isu-isu lain atau kes yang berkaitan dengan Mahiaddin dan Bersatu, jauh sekali melibatkan pertikaian antara Presiden Bersatu itu dengan Anwar.


Mungkin dalam hal ini, ada maklumat baru telah diperolehi oleh SPRM yang memerlukan mereka melakukan serbuan dengan segera, meskipun Rosli pernah menafikannya.


Jadi, di mana zalimnya Anwar dan SPRM dalam hal ini?


Apakah membanteras rasuah suatu kerja zalim?


Bahkan, menghalang siasatan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan seperti dilakukan Mahiaddin itulah sebenarnya suatu kezaliman. – ShahbudinHusin 07/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/apa-yang-zalimnya-anwar-bila-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Serbu Pejabat Peguam Muhyiddin

Sprm Serbu Pejabat Peguam Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 414 hits
SPRM pagi ini telah menyerbu firma peguam yang mewakili bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menurut sumber yang rapat dengan perkara itu Sumber itu mendakwa 12 pegawai daripada badan antirasuah itu melakukan serbuan ke pejabat firma guam...
Salah Guna Kuasa Kata Muhyiddin Berkait Serbuan Sprm Di Pejabat Peguam

Salah Guna Kuasa Kata Muhyiddin Berkait Serbuan Sprm Di Pejabat Peguam

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 301 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata serbuan SPRM di pejabat firma guaman yang mewakilinya menunjukkan seolah olah ada sesuatu yang hendak dilakukan PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata serbua...
Tiga Kilang Beras Di Kedah Diserbu Sprm

Tiga Kilang Beras Di Kedah Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 469 hits
HarapanDaily comKetirisan pengedaran beras terus dibongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu tiga lagi kilang di Kedah semalam Siasatan SPRM kali ini menjurus kepada penyelewengan pemberian subsidi kepada petani petani...
Sprm Didakwa Serbu Firma Milik Peguam Peribadi Muhyiddin Bersatu

Sprm Didakwa Serbu Firma Milik Peguam Peribadi Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 410 hits
MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN PETALING JAYA Peguam peribadi kepada Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Rosli Dahlan mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu firma guamannya pukul 10 30 pagi tadi Ka...
Anwar Making Malaysians Proud At The Global Stage

Anwar Making Malaysians Proud At The Global Stage

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 591 hits
Anwar Ibrahim s maiden speech at the United Nations General Assembly a braveheart in condemning violations and crimes against humanity and setting the stage for a more robust UN in global leadership I watched in awe at our prime minister wh...
Anwar Delivers Friday Sermon At New York Mosque

Anwar Delivers Friday Sermon At New York Mosque

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 347 hits
Anwar Ibrahim is the first foreign leader to be given the honour of delivering a sermon at the centre which is the first mosque opened in New York City NEW YORK Prime Minister Anwar Ibrahim today delivered the Friday prayer sermon at the Is...
Anwar Does Not Understand The Malay Mind

Anwar Does Not Understand The Malay Mind

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 463 hits
P Ramasamy says that while the prime minister does read the Malay mind whether he reads it correctly seems unclear P Ramasamy Malaysia Now Does Prime Minister Anwar Ibrahim understand the Malay mind Is he reading not reading or misreading t...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati