Apa Yang Perlu Anda Tahu Perihal Trump Umum Perang Tamat Tadi















1. Serangan Iran ke Pangkalan Al-Udeid, Qatar Datang Dengan Notis Awal?


Iran melancarkan serangan ke arah pangkalan udara AS di Qatar, Al-Udeid. Beria IGRC keluar statement garang.


Tapi Reaksi Trump? Mengejutkan.


“Tiada kerosakan berlaku. Terima kasih kepada Iran kerana beri notis awal.” - Trump. 


Kenyataan ini luar biasa. Dalam sejarah hubungan AS-Iran, belum pernah Presiden Amerika ucap "terima kasih" kepada Iran kerana... menyerang.


Tapi di sebalik ayat pelik itu, jelaslah satu benda..


Serangan ini sebenarnya dirancang untuk tidak mencetuskan escalation, an act of de-escalation macam aku tulis semalam.


Sebab laporan menunjukkan:


1. AS dan Qatar memang diberi notis awal
2. Pangkalan telah dikosongkan lebih awal


Maka pendeknya: Tiada kerosakan
 
Ini bukan serangan rawak. Ini scripted.


Jadi kalau kita baca “Thank You for the Heads-Up” = Thank you jaga air muka masing masing.


Sebab Iranian memang wajib bertindak balas terhadap serangan AS ke fasiliti nuklear, demi jaga maruah. Tapi Iran juga tak mahu mencetuskan perang besar.


Solusinya: Serang lokasi simbolik Tapi maklumkan awal. Elak korban, elak kerosakan


Trump tahu permainan ni.


Ucapan “thank you” tu sebenarnya satu bentuk pengakuan diplomatik bahawa kedua-dua pihak sedang jaga skrip.


“You hit us. We pretend to be angry. Then we all walk off stage.”


Next.. 


2. Trump Umum Gencatan Senjata & Tamatnya "12 Day War"


Beberapa jam selepas insiden Al-Udeid, Trump muncul dan isytihar: Misi terakhir akan selesai dalam masa 6 jam


Iran akan mula ceasefire, 12 jam kemudian, Israel ikut. Selepas 24 jam kalau dua dua tak menyerang maka Perang Iran Israel-USA tamat rasmi.


The end. Mudah.


Trump beri nama rasmi:
“THE 12 DAY WAR”


Katanya perang ni boleh musnahkan seluruh Timur Tengah, tapi tak jadi. Dan “takkan jadi.” Dia puji keberanian dan kebijaksanaan kedua-dua negara.


Penutup penuh gaya:  “God bless Israel, Iran, the Middle East, the USA… and GOD BLESS THE PEACE.”


Semua kena BLESS lah. Yang tak kena BLESS cuma GAZA.


TAPI nanti dulu sebab..


3. Iran: “Tak Terima Apa-Apa Cadangan Gencatan”


Yang nak  sujud syukur tu, kena tahu muncul laporan CNN petik pegawai Iran:


 “Kami belum terima sebarang cadangan gencatan senjata.”


Tapi dalam masa sama, sumber lain dari Iran pula sahkan gencatan sudah dipersetujui, dijangka bermula jam 3.30 pagi waktu Jerusalem.


Ah pening. 


4. Laporan Tambahan: Serangan Balas Iran ke Aset AS Mungkin Masih Menyusul


Amwaj Media pula melaporkan bahawa: Serangan balas Iran terhadap tentera AS mungkin berlaku dalam beberapa jam lagi.


Maknanya: kita mungkin belum keluar dari zon bahaya sepenuhnya.


Kesimpulan: Perang Tamat, Tapi Semua Masih Tunggu Lampu Pentas Padam Betul-Betul


Trump umum tamat perang


Iran bagi mixed signals


Serangan ‘beretika’ macam rehearsal


Tapi ada petandanya..


Pasaran dunia nampaknya dah retrace dan tenang macam tahu ini bukan perang sebenar.


Jadi, kita di mana sekarang?
Tengah tengok penutup drama..
Atau baru intro musim kedua?


K nak siap anak. Wife dah bising.


Bye.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/apa-yang-perlu-anda-tahu-perihal-trump.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 259 hits
TEHRAN Iran akan mengadakan upacara pengebumian yang digambarkan sebagai bersejarah di Tehran pada Sabtu bagi 60 korban perang 12 hari dengan Israel termasuk komander tertinggi tentera dan saintis nuklear Majlis penghormatan akhir dijadualk...
Perang Iran Israel Si Penjudi Trump Mulakan Perang Kami Akan Tamatkannya

Perang Iran Israel Si Penjudi Trump Mulakan Perang Kami Akan Tamatkannya

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 338 hits
K PRAGALATHIran menyatakan bahawa serangan Amerika Syarikat ke atas tapak nuklearnya telah meluaskan skop sasaran sah bagi angkatan tenteranya dan menyifatkan Presiden AS Donald Trump sebagai seorang penjudi kerana menyertai kempen ketenter...
Trump Umum Iran Israel Setuju Gencatan Senjata Berperingkat Bermula Selasa

Trump Umum Iran Israel Setuju Gencatan Senjata Berperingkat Bermula Selasa

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 344 hits
WASHINGTON 24 Jun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran dan Israel telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat bermula Selasa yang dijangka membawa kepada penamatan rasmi konflik dua hal...
Hiburan The Last Meal Tentera As Makan Steak Amp Lobster Petanda Perang Dunia Ketiga Semakin Hampir

Hiburan The Last Meal Tentera As Makan Steak Amp Lobster Petanda Perang Dunia Ketiga Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 971 hits
Askar askar Amerika Syarikat kini giat memuat naik video menikmati hidangan mewah steak dan lobster di dewan makan tentera mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa sajian istimewa ini mungkin menandakan penempatan mereka ke medan perang semaki...
Kapal Perang Radar China Di Teluk Parsi

Kapal Perang Radar China Di Teluk Parsi

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 325 hits
Bassir Ahmad HassanDua biji kapal radar dan elektronik China di Teluk Parsi ni adalah GAME CHANGER pada Iran Radar dan elektronik nya yang powerful boleh kesan dan track apa sahaja yang dalam linkungan dua tiga ribu km dan boleh bagi target...
Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Consumer Group Urges End To Fare Bargaining In E Hailing Calls For Minimum Fare Regulation The Vibes 31 12 2025

Drama Susuk Rupawan

Euro Menetapkan Paras Kemenangan

Afieq Shazwan Oh Tuhan Chord

Hari 2 Belajar Tidak Tergesa Dalam Hidup

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan