Apa Yang Menarik Di Menara Alor Setar Kedah


 
Bila Seri Wangi bercuti di Kedah dan singgah di Alor Setar, tidak sah kata orang kalau tidak jejak kaki ke Menara Alor Setar. Seri Wangi sebelum PKP memang selalu jalan makan angin dengan suami berdua ke Kedah tapi biasanya banyak habiskan masa berjumpa dengan kawan-kawan lama dan tidak ada masa nak cuci-cuci mata tengok keindahan bandar Alor Setar. Kali ni Seri Wangi ikut rombongan Cik Kiah... haaaaa.... sebenarnya ikut Famtrip jadi masa nilah kami semua berpeluang panjat menara Alor Setar. 
Menara Alor Setar lebih kurang sama jer dengan Menara KL dan Seri Wangi pun dah banyak kali naik ke atas dan bergambar dalam kotak kaca, tu Menara KL kan.. kita nak rasa pulak naik Menara Alor Setar, nak tengok keindahan kotaraya Alor Setar dari atas kayangan. Terutamanya paling rare berselfie dalam kotak kaca kalau berani dan tidak gayat.


Okay sebelum tu Seri Wangi nak cite sikit pasal Menara Alor Setar, Kedah, tentu tak sama ketinggian dia dengan Menara Kuala Lumpur. Begitu jugak kita boleh nikmati hidangan enak di restoran berputar iaitu Star Sky Restaurant. 

MENARA ALOR SETAR KEDAH


Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.
Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.





Lawatan ke Menara Alor Setar

Seri Wangi tau tentu ada yang dah rindu nak melawat Menara Alor Setar, almaklumlah sejak PKP semua terperap kat rumah, terutamanya orang-orang Kedah, tentu happy bila Menara Alor dah mula dibuka untuk orang ramai. Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP. 
Menara Alor Setar kini dibuka semula  untuk orang ramai bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021. Paling happening pelawat boleh merasai sendiri pengalaman masuk ke Kotak Kaca - 'Star View' itupun kalau korang berani dan tidak gayat masuk melihat pamandangan di bawah kotak kaca  Seri Wangi okay jer haaaa... berselfie sakan dengan pelbagai gaya, rugi kalau korang dah naik Menara Alor Setar tapi tak berani nak jejak kaki ke 'Star View' 





Dah puas amik gambar bagai kat Kotak Kaca tu, bolehlah pelawat melihat pemandangan indah Bandaraya Alor Setar dari atas  di Observation Deck, aras 105 meter. Memang best sangat kalau datang dengan family tentu meriah dapat bergambar kenang kenangan dan melihat betapa cantiknya bandaraya Alor Setar. Apatah lagi macam Seri Wangi ni first time naik Menara Alor Setar. 





Kalau rasa lapar bolehlah jalan-jalan cari makan dan lihat kedai dan restoran di situ. Seri Wangi dan kawan-kawan makan di restoran berputar - Star Sky Restaurant yang bestnya sambil makan tu, dapat melihat pemandangan yang indah dari atas, berselfie tu jangan ceritalah, memang tak lengkap hidup ni rasanya.. haaaa. Apatah lagi menu-menu hidangan memang sedap-sedap belaka, Seri Wangi sangat suka dapat merasa masakan kampung, alhamdulillah... perut pun dah kenyang, barulah nampak muka ada senyum. 

=








TIKET LAWATAN MENARA ALOR STAR
Seri Wangi ada berita baik nak bagitau kepada semua bahawa Menara Alor Setar  kini mengadakan promosi lawatan mulai pada Isnin sehingga Ahad. 

✅‘SUPER DEAL’ bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021.
✅Harga promosi pada hari Isnin sehingga Khamis adalah seperti berikut:
a. RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak–kanak) untuk lawatan ke Observation Deck.b. RM20.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak) ke Star View.
✅Harga promosi pada hari Jumaat sehingga Ahad adalah seperti berikut :
a. RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Observation Deck.b. RM24.00 (dewasa) dan RM14.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Star View.
✅RM20.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak) ke Star View.
✅  Tiket percuma ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah sahaja.
✅Pengunjung perlu menunjukkan pengenalan diri yang sah ketika pembelian tiket dibuat.
✅   Lawatan ke Menara Alor Setar tertakluk kepada kapasiti yang dibenarkan serta kekosongan slot lawatan yang ada.
✅Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Alor Setar.
✅ Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis awal.




Untuk maklumat tempahan dan lawatan layari
Website www.menaraalorsetar.com.my

Facebookhttps://www.facebook.com/menaraalorsetarofficial/

Instagramhttps://instagram.com/menaraalorsetarofficial




#MenaraAlorSetar  #cuticutimalaysia  #tourismKedah  #TourismMalaysia  #StarView  #StarSkyRestaurant  #traveltripkedah2021  #travelblogger  #bloggermalaysia  #Influencermalaysia














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2021/11/apa-yang-menarik-di-menara-alor-setar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Rawatan Resdung Tanpa Asap Safespabeauty Di Alor Setar Kedah

Pengalaman Rawatan Resdung Tanpa Asap Safespabeauty Di Alor Setar Kedah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali terakhir admin buat rawatan resdung 10 tahun yang lalu Kini muka admin rasa gatai merenyam tak tau nak habaq Muka rasa benda dok merayap rayap atas muka kira dah tahap kronik dan ditambah pula dengan...
Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake Di Gatto Cafe Alor Setar

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake Di Gatto Cafe Alor Setar

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 391 hits
Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar Minggu lepas dekat timeline facebook busyra ada orang share minuman menarik di Gatto Cafe apa lagi terus ke sana sebab nak rasa sendiri sedap ke tak Nama Gatto memang tak asing l...
Rawatan Ghurah Resdung Cikjidah Jalan Langgar Alor Setar

Rawatan Ghurah Resdung Cikjidah Jalan Langgar Alor Setar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini admin nak berkongsi buat rawatan resdung di Alor Setar Kedah Rawatan resdung ini iaitu ghurah resdung Anak admin selalu berhingus tanpa sebab Bila bercakap seolah olah macam hidung tersumbat Admi...
Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau Di Alor Setar Unik Sangat

Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau Di Alor Setar Unik Sangat

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 544 hits
Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar unik sangat siapa suka kerabu maggi baik mengaku cepat busyra memang tekak thai tak kisah la mana mana kedai yang singgah kalau ada menu kerabu maggi confirm akan cuba benda wajib then akan compa...
Abc Paling Sedap Di Alor Setar

Abc Paling Sedap Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 262 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Cuti sekolah ni balik kampung memang seronok terutama anak anak Bila balik kampung di alor Setar ini secara automatik lidah pun tiba tiba nak makan macam macam Salah satunya ABC iaitu ais batu campur Kat ...
Polis Tahan 19 Individu Guna Jual Darjah Kebesaran Kedah Tak Diiktiraf

Polis Tahan 19 Individu Guna Jual Darjah Kebesaran Kedah Tak Diiktiraf

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 246 hits
Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan mendapati sindiket tersebut mula aktif sejak 2015 dengan menggunakan modus operandi mendekati individu yang dikenal pasti sebagai golongan elit dan ahli perniagaan ALOR SETAR Polis mena...
Wujud Kartel Bolot Projek Glc Di Kedah Mb

Wujud Kartel Bolot Projek Glc Di Kedah Mb

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 183 hits
Menurutnya kegiatan dilakukan oleh tauke tauke besar ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa berlaku kegiatan kartel projek oleh pihak tertentu yang membolot tender yang dikeluarkan syarikat berkaitan keraj...
Cartels Monopolising Glc Projects In Kedah Mb

Cartels Monopolising Glc Projects In Kedah Mb

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 221 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor claims there are cartels monopolising project tenders issued by the state government linked companies He said the state government was scrutinising the matter and looking for ways to tackle the pro...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm