Apa Yang Menarik Di Kedah


Apa Yang Menarik Di Kedah? | Cik en adalah half kedah sebabnya abah cik en berasal daripada kedah dan cik en sendiri pernah bersekolah di sana dalam 2 tahun macamtu. Kalau nak dibandingkan Kedah dulu dan Kedah sekarang, cik en rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Cik en sendiri yang selalu ke Kedah jarang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Biasalah, apabila ianya tempat biasa, kita tak teringin pun nak explore kan? Penghujung tahun lepas, cik en diberi peluang untuk explore north kedah dan sangat menarik rupanya Kedah ini. So jom tengok Apa Yang Menarik Di Kedah?

Mungkin ada juga orang Kedah sendiri tak sempat nak explore jadi korang pun jadilah teruja macam cik en dalam membaca entri ini. Hahahhaha. Apa pun, korang boleh tambah tempat menarik yang lain kalau cik en tak listkan dalam entri ini. Untuk panduan pembaca cik en nanti
Tempat Menarik Di Kedah?
1. Muzium Padi Alor Setar


Muzium Padi Alor Setar ini dipanggil juga Muzium Padi Gunung Keriang sebabnya berhampiran dengan Gunung Keriang. Kalau hendak diceritakan masa cik en bersekolah disana, muzium ini masih belum wujud lagi. Tapak dia itu pun masih sawah padi. So ini lawatan cik en yang pertama ke sini dan sangat menarik kalau nak bawa keluarga terutama kanak kanak. Muzium ini ada 3 aras semuanya. 

Aras Pertama : Sejarah penanaman padi di Kedah. Aras ini boleh belajar membanting dan menumbuk padi. Selain itu boleh kenal ikan ikan yang hidup bersama dengan padi atau waktu waktu tertentu selepas menuai padiAras Kedua : Ada 6 galeri yang mempamerkan lukisan aktiviti pertanian daripada zaman purba hingga kini.Aras Ketiga : Yang ini korang kena menaiki sebanyak 59 anak tangga. Sampai diatas korang akan melihat gambaran seluruh kawasan sawah padi dan ianya berpusing dan korang boleh duduk di kerusi dan memerhati mengelilingi mural yang dikatakan terbesar dan tercantik di Malaysia
Bayaran MasukDewasa : RM 5.00 seorangKanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang
Waktu LawatanDibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
TutupHari Raya AidilfitriHari Raya Aidiladha
AlamatMuzium Padi Alor SetarLot 798 Jalan Gunung Keriang,Mukim Gunung Keriang,06570 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-735 1315Faks : 04-730 5516
2. Pulau Payar


Bila masuk point yang ini, cik en suka sangat sebabnya aktiviti di Pulau Payar ini adalah antara aktiviti yang cik en paling suka. Aktiviti snorkling semestinya aktiviti yang menjadi kegilaan cik en dari dulu lagi. Trip Ke Pulau Payar ini dikelolakan oleh 3D Diving Centre 

Pulau Payar ini boleh melalui Kuala Kedah, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Kalau sebelum ini, kebanyakan orang ke Pulau Langkawi dulu tapi sekarang korang dah boleh pergi melalui Kuala Kedah sahaja. Jadi dah boleh masuk dalam list itinery korang walaupun hanya travel ke Alor Setar.

Bayaran Masuk RM180 perpax
Waktu LawatanDibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Alamat
3D Diving Centre
3D Kampung Pengantin. 
Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan, 
06250 Alor Setar, Kedah
Facebook : LetsGo Travel
Instagram : LetsGo Travel
3. Menara Alor Setar


Siapa tak tahu mercu tanda bagi Bandar Alor Setar. Jika sebelum ini korang nampak mural di Muzium Padi, di menara ini, korag boleh nampak permandangan bandar dan jelapang bagi di sekitar Alor Setar. Ikutkan, cik en boleh nampak kampung cik en tapi kena pakai teropong.

Bayaran Masuk Dewasa : RM 6.00Kanak Kanak : RM 3.00
Waktu LawatanDibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 10.30 malam
Alamat
Menara Alor SetarDarul Aman Highway, Bandar Setar05000 Alor Setar Kedah04-7202234/2075

4. Muzium Kota Kuala Kedah


Muzium ini ditubuhkan di tapak sejarah yang sangat penting dalam abad ke 16 sehingga 18 Masihi. Dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu Kedah. Disini ada 60 koleksi artifak areologi, seramik dan batu bata asal kota. Terdapat galeri yang dibahagikan kepada 6 segmen iaitu, penerangan, sejarah, fungsi Kota Kuala Kedah, Zaman British, Zaman Jepun dan Zaman selepas merdeka.

Disini terdapat Pintu Gerbang Kacapuri yang dikatakan mempunyai seni bina India dan menjadikan ianya tarikan utama pengunjung ke muzium ini

Bayaran MasukPercuma
Waktu LawatanDibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
TutupHari Raya AidilfitriHari Raya Aidiladha
AlamatMuzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia
Kampung Seberang Kota
06600 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-741 2152Faks : 04-741 9297
5. Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman


Rumah Merdeka atau dipanggil RM ini adalah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sebelum diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003. Ianya dibaik pulih dan masih mengekalkan susunatur rumah asal tapi dalam bentuk pameran.

Terdapat 3 bahagian :


Tingkat Bawah - Terdapat ruang tetamu, ruang makan tetamu, bilik tetamu, ruang makan keluarga serta ruang rehat yang terletak di bahagian luar mengadap Sungai Anak BukitTingkat Atas - Terdapat bilik tidur Tuanku, bilik bacaaan/muzik, bilik solat/ bilik tidur dan ditengah tengah terdapat pameran barangan hobi kepunyaan Tunku Bahagian Luar - Dipamerkan bot yang pernah digunakan oleh Tunku. terdapat dusun kecil yang masih ada sehingga kini sepeti pokok ciku, mangga, buluh cina, tebu serta kekabu. 

Bayaran MasukPercuma
Waktu LawatanDibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)
Tutup
ISNINHari Raya AidilfitriHari Raya Aidiladha
AlamatRumah Merdeka
Jalan Tunku Abdul Rahman Putra
05100 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-720 4212Faks : 04-772 2301
6. Medan Diraja Alor Setar


Medan Diraja Alor Setar ini terletak di tengah tengah bandar Alor Setar. Disini ada 4 tempat menarik  berdekatan yang boleh dikunjungi iaitu


Masjid Zahir - Dikenali sebagai Masjid Zahrah dan merupakan Masjid Negeri Kedah. Masjid ini merupakan Masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin dan dikenali dengan ciri kubah hitam- satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan liam rukun IslamBalai Besar - Balai Besar ini dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735 dan berfungsi untuk updacara rasmi raja raja dan kerajaan Balai Nobat - Balai ini menempatkan alat alat muzik Nobat DiRaja yang dimainkankan pada upacara diraja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian. Alat muzik tersebut adalah 3 rebana besar, 2 rebana kecil, 1 gong dan 1 serunai. Galeri Seni - Galeri ini menghimpunkan koleksi hasil seni anak tempatan kedah iaitu golongan pelukis veteren dan muda. 
7. Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad


Rumah ini merupakan rumah papan biasa dan terletaknya barangan Tun Mahathir Mohamad.

Bayaran MasukPercuma
Waktu LawatanDibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)
Tutup
ISNIN
JUMAATHari Raya AidilfitriHari Raya Aidiladha
Alamat
Rumah Kelahiran Tun Mahathir MohamadNo 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pengawai,
Jalan Seberang perak, Taman Persisiran Tanjung Chali
05000 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-720 4205

8. Pekan Rabu


Ini port cik en masa tinggal di Kedah dulu. Tempat paling meriah pada masa itu. Konsep Pekan Rabu ini macam One Stop Centre. Dalan Pekan Rabu ini ada 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan sepert makanan, pakaian tradisional, tukang jahit, kraftangan, buku, kitab dan produk IKS.

Bayaran MasukPercuma
Waktu PerniagaanDibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Alamat
Pekan RabuJalan Sultan Badlishah, Alor Malai
05000 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 017-778 2767
Tempat Makan Menarik di Kedah
1. Keriang Hill Resort


Keriang Hill Resort berhampiran dengan Muzium Padi dan semestinya berhampiran dengan Gunung Keriang. Keriang Hill Resort ini mempunyai resort tapi agak terhad. Disini juga selalu ada majlis perkahwinan kerana mempunyai dewan yang mampu menampung tetamu yang ramai. Selain itu, ramai yang datang ke sini waktu tengah hari kerana menyediakan buffet lunch.

AlamatKeriang Hill Resort
Mukim Gunung
06570 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-7305 232
Website : www.kerianghill.com.my
Email : [email protected]
2. Restoran Jeragan Alor Setar


Restoran ini terletak bersebelahan Sungai Kedah dan boleh menampung 300 pengunjung pada setiap masa.

Waktu PerniagaanDibuka setiap hari bermula 4.00 petang hingga 12.00 pagi kecuali ISNIN
Alamat
Restoran Jeragan Alor SetarNo 1, Persiaran Jeragan
Lebuhraya Lencong Barat, Ampang Jajar
05050 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 019-528 7917
3. Haji Jamil Gulai Ikan Termenung


Siapa peminat gulai ikan temenung? Datang ke Kedah jangan lupa pekena gulai ikan termenung. Ditempat cik en dipanggil Ikan Termenung Kari, tapi di Kedah di panggil Gulai Ikan Termenung. Tempat paling terkenal untuk menikmati adalah di kawasan Kuala Kedah dan cik en nak korang ke Haji Jamil gulai Ikan Termenung untuk merasai keenakan gulai dorang ini.

Restoran ini terletak di batas paip, Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan Kilang Bernas. Sajian utama di sini semestinya gulai kari ikan termenung yang dimakan bersama nasi putih

Waktu PerniagaanDibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali JUMAAT
Alamat
Haji Jamil Gulai Ikan TermenungKm 8, Jalan Batas Paip
Teluk Kechai, Kuala Kedah
Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 019-475 4206


4. Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant


Siapa orang Alor Setar atau pernah ke Alor Setar menikmati makanan di Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant? Tak pernah? rugi sangat aihhhh sebabnya tempat ini makanan dia sedap sedap belaka. Hidangan makanan disini berkonsepkan Authentic Thai dan Chinese Cuisine dimasak dengan ramuan tradisional dan rahsia. Mereka tak gunakan sebarang bahan perasa tambahan tetapi membuat mengabungkan sendiri bahan semulajadi yang dibuat secara homemade. Datang sini korang kena rasa Daging Harimau Menangis. Rasa macam terliur pulak cik en saat menaip entri ini. Hahahha

Selain di Alor Setar Kedah, ada satu lagi cawangan di Subang Jaya Selangor. Beruntung la orang Selangor. Cik en orang Perak ini kena ke Utara la kalau nak merasa lagi menu mereka.

Alamat
Aloq Staq Bamboo Garden RestaurantNo 83A, Jalan Kampong Perak (bersebelahan Masjid Zahir)
05100 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel : 04-730 2796
5. Restoran Seri Segi Menara Alor Setar


Sesiapa teringin nak menikmati makanan sambil melihat permandangan Bandar Alor Setar, korang boleh menikmatinya di  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar. Restoran yang boleh berputar ini akan menjanjikan permandangan yang indah dan jangan risau, pusingan tersebut sangat perlahan sampai korang tak perasan  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar ini berpusing

Alamat Restoran Seri Segi Menara Alor SetarLot 99, Lebuhraya Aman051000 Alor Setar Kedah Darul Aman04-736 3427Web :  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar
Penginapan di Urban Inn Alor Setar
Trip travel ini adalah kerjasama diantara rakan media, travel agensi dan Tourism Malaysia Wilayah Utara. Dan sepanjang trip 3 hari 2 malam ini, kami menginap di Urban Inn Alor Setar. Hotel ini beroperasi pada 8 November 2019 dan mempunyai 85 bilik dengan harga berpatutan.

AlamatHotel Urban Inn
Ampang Business center
Kompleks Perniagaan Ampang
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05050 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
04-771 9331

Selain itu, Kedah juga dalam mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan di negeri Kedah. 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba mungkin boleh masukkan dalam wishlist travel korang lepas ini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/05/apa-yang-menarik-di-kedah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Halaqah Ilmu Kedah 2020 Masa Musim Pkp Spi Kedah Mendahului

Halaqah Ilmu Kedah 2020 Masa Musim Pkp Spi Kedah Mendahului

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 503 hits
Antara program pembelajaran yang berlaku dengan sangat cantik dan tersusun sepanjang musim PKP ini adalah pembelajaran yang dilaksanakan oleh Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah iaitu Halaqah Ilmu Proram Halaqah Ilmu KEDAH 2020 ini adalah ...
Kedah Hotels Appeal For Support Despite New Hotel Guidelines

Kedah Hotels Appeal For Support Despite New Hotel Guidelines

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 318 hits
Despite the new federal hotel guidelines Kedah hotels are appealing for support to help them survive following the movement control order which has been for businesses starting today Eugene Dass chairperson of the Malaysian Association of H...
Sultan Muhammad Jiwa Ii Kedah Pembangun Hukum Ketatanegaraan Kedah

Sultan Muhammad Jiwa Ii Kedah Pembangun Hukum Ketatanegaraan Kedah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 298 hits
oleh nbsp Tun Suzana Tun Hj OthmanTidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kehebatan Sultan Muhammad Jiwa adalah sebaris dengan Sultan sultan Melaka dan Sultan Iskandar Muda Aceh yang membangunkan empayar meluas serta undang undang ketata ne...
Pkpb Kedah Tangguh Pelaksanaan S Gor Secara Berperingkat

Pkpb Kedah Tangguh Pelaksanaan S Gor Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 363 hits
MALAYSIAKINIKedah akan menangguhkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat manakala Selangor tidak membenarkan semua industri kembali beroperasi pada 4 Mei ini Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri akan men...
Kedah Tangguh Pkpb

Kedah Tangguh Pkpb

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 379 hits
ALOR SETAR Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata penangguhan itu sehingga Mesyuarat J...
Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 1003 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada Selasa ini Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kera...
Sabah Sarawak Kedah Tidak Longgarkan Pkp

Sabah Sarawak Kedah Tidak Longgarkan Pkp

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 314 hits
Sabah Sarawak dan Kedah tidak akan melonggarkan perintah kawalan pergerakan esok Sabah negeri terbaharu yang tidak akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru...
Pas Kedah Siap Sedia Ketuai Kerajaan Negeri

Pas Kedah Siap Sedia Ketuai Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 338 hits
USTAZ HAJI AHMAD YAHAYAKEPINCANGAN dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan Kedah sukar dikawal lagi dan terus memperlihatkan kelemahan gabungan itu dalam mengurus tadbir negeri Kedah Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam Dr R...
Kedah Kelantan Setuju Laksana Pkpb Dengan Syarat

Kedah Kelantan Setuju Laksana Pkpb Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 327 hits
Sepanjang bulan Ramadan premis makanan orang Islam di Kedah boleh beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam untuk perkhidmatan bawa pulang pandu lalu dan penghantaran saja ALOR SETAR Kedah dan Kelantan bersetuju melaksanakan perintah kawalan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip