Apa Yang Kamu Bimbang Sangat Najib Periksa Sendiri Barangan Sita


Kasthuri Jeevendran Peguam, Tan Sri Shafee Abdullah (kanan) yang mewakili Datuk Seri Najib Razak hadir pada pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran memeriksa barang-barang yang didakwa dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dirampas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 
KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menyoal beberapa pasukan pendakwa berhubung bantahan mereka dengan permohonan Datuk Seri Najib Razak mahu memeriksa secara fizikal barangan sita yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu telah memohon perintah mahkamah untuk memeriksa sendiri barangan sitaan yang antaranya jam tangan, beg tangan serta wang tunai termasuk matawang asing dirampas di kediaman keluarganya.

Selain Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya Nooryana Najwa turut memfailkan permohonan pemeriksaan fizikal pada 19 Julai tahun lalu berhubung sitaan yang sama.

Masing-masing memohon untuk memeriksa barangan dirampas bagi membantu pasukan peguam menyediakan pembelaan terhadap saman pelucuthakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Barangan itu termasuk beg tangan bernilai RM3.9 juta jam tangan bernilai RM6.1 juta.

Mohamed Zaini mendengar terlebih dahulu hujah peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa kebanyakan barangan disita itu sebenarnya adalah hadiah dari pelbagai pihak termasuk negara asing seperti Arab Saudi.

“Antara yang kami mohon periksa adalah 260 beg tangan, 41 jam tangan yang sebenarnya ada kotak serta labelnya. Itu sebenarnya akan menyenangkan anak guam saya untuk periksa dan mengenalpasti barangan itu adalah hadiah atau sebaliknya.

“Permohonan kebenaran  memeriksa barangan secara fizikal oleh anak guam saya sebenarnya sangat penting bagi kes ini,” katanya di hadapan Mohamed Zaini hari ini.

Mohamed Zaini kemudian meminta apakah bantahan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwaraya dengan permohonan itu.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini kemudiannya kelihatan tidak begitu berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi menolak permohonan oleh Najib itu sehingga beliau bertanya tiga kali kepada Timbalan Pendakwa Raya, Fatnin Yusof.

Fatnin: Seandainya dibenarkan melakukan pemeriksaan seperti yang di mohon maka ini merupakan kes pertama di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang dibenarkan melakukan sedemikian.

Ini sekaligus akan membuka pintu kepada kes AMLA lain selepas ini. Kita tidak mahu menetapkan satu precedent (kes pendahulu) untuk kes Amla lain. Sebelum ini, tidak ada kes AMLA yang beri kebenaraan periksa secara fizikal barangan rampasan Yang Arif.

Mohamed Zaini: Baiklah tetapi saya hendak tahu apakah isu utama yang membimbangkan kamu sehingga mahu membantah permohonan?

Fatnin: Isu keselamatan yang mana masalah timbul apabila barang-barang yang disimpan di dalam bilik kebal di Bank Negara Malaysia (BNM) itu diperiksa malah untuk menjalankan pemeriksaan di BNM adalah mustahil kerana keperluan untuk menjaga keselamatan di bilik kebal.

Mohamed Zaini: Tetapi saya rasa kita tidak akan isu keselamatan kerana anda boleh gunakan polis untuk mengawal bilik tersebut ketika pemeriksaan, lagipun yang memeriksa ini bukanlah pengganas.
Saya hendak cuba fahamkan apa yang merisaukan kamu?

Fatnin: Kita juga akan akan berhadapan dengan masalah logistik seperti kemerosotan nilai apabila barang-barang sitaan itu dikeluarkan dari bilik kebal itu.

Ketika itu boleh kedengaran segelintir dalam bilik bicara gelak seketika malah Mohamed Zaini kelihatan tersenyum dengan hujah tersebut.

Kata Mohamed Zaini beliau sendiri pernah menangani kes besar rampasan dadah 200 kilogram (kg) di mana dadah itu akan dibawa berulang alik ke mahkamah tanpa ada apa-apa isu.

Mohamed Zaini: Saya juga boleh buat andaian bahawa pemeriksaan itu juga bukanlah dilakukan dalam bilik kebal sebaliknya di sebuah bilik khas bukan begitu? Juga dikawal rapi.

Jika anda cakap tentang kemerosotan, saya ingin beri anda satu contoh kes saya yang mana 200 kg dadah pernah dibawa ulang alik. Pada saya sekiranya barangan yang hendak diperiksa secara fizikal itu adalah kaca, mungkinlah fragile tapi kita sedang bercakap tentang beg tangan, jam dan wang tunai.
Sebahagian pasukan anggota polis yang bertugas membawa barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB ke dalam trak polis di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZIDaripada segi keselamatan pula, kamu juga boleh mohon hadkan pemohon sahaja yang masuk juga dengan kawalan rapi. Saya masih cuba fahamkan keselamatan yang kamu sebutkan ini.
Fatnin: Kita boleh buat rakaman video dan persembahkan kepada pemohon Yang Arif.

Mohamed Zaini: Rakaman video? Tetapi itu boleh dipersoal kelak. Kamu sendiri tahu bagaimana sekarang ini barangan yang dijual atas talian (online), gambarnya lain yang sampai kepada kita itu lain.

Lagi pun saya juga difahamkan ketika rampasan barangan itu, pemohon tidak ada di premis. Pemohon tidak ditunjukan barang-barang tersebut secara fizikal. Adakah ini adil buat mereka?

Menurut peguambela, rata-ratanya adalah hadiah dan bukan seperti yang didakwa. Sama ada saya terima atau tidak jawapan pemohon tentang barangan itu kelak, itu soal lain.

Yang saya sedang persoalkan di sini, dalam mahkamah saya, pengadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Semua orang perlu diberikan peluang. Mungkin ada pasukan pendakwa lain boleh bantu beri hujah bantahan ini.

Muhammad Shafee kemudian bangkit memberitahu beliau pernah berdepan kes seperti itu sebelum ini di mana mahkamah telah memberikan kebenaran kepada pemohon untuk barangan berbentuk emas untuk diperiksa.

Malah jelasnya, sebenarnya BNM ada menyediakan tempat yang dipanggil sebagai Sasana Kijang di mana pemeriksaan boleh dilakukan dengan selamat.

“Sememangnya BNM dikawal ketat, pemeriksaan juga dilakukan dengan kawalan semua pihak malah dalam kes saya sebelum orang luar juga boleh hadir ketika pemeriksaan itu dilakukan.
“Saya tidak faham, tidak mungkinlah kami yang memohon kemudian bertindak mencuri pula barangan dalam bilik kebal itu,” ujarnya.
Orang ramai mengambil kesempatan untuk merakam kenderaan trak anggota polis yang membawa barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang di rampas untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZISelepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohamed Zaini kemudian menetapkan 3 Februari bagi memutuskan sama ada beliau akan membenarkan permhonan Najib, Rosmah serta Nooryana atau sebaliknya.

Sebelum ini, notis dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkepentingan hadir ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan dan memberikan alasan mengapa harta terbabit tidak sepatutnya dilucut hak kepada kerajaan. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/apa-yang-kamu-bimbang-sangat-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Najib Keluarga Periksa Barang Dirampas Sprm

Mahkamah Benarkan Najib Keluarga Periksa Barang Dirampas Sprm

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 195 hits
Diterbitkan Hari ini 11 50 tengahariBERITAMahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak dan keluarganya untuk memeriksa barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa berka...
Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 322 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the court today that the RM42 million from SRC International Sdn Bhd which found its way into his personal accounts was put there by fugitive financier Low Taek Jho to disguise the latter s ...
Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR 23 JAN Seorang pakar dari Australia yang dilantik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menganalisis tandatangan di 13 dokumen SRC International Sdn Bhd yang dipertikaikan dijangka dibuat pada minggu 10 Februari ini...
Menkes Kirim Tim Periksa Pekerja Kereta Cepat Yang Diduga Terkena Virus Corona

Menkes Kirim Tim Periksa Pekerja Kereta Cepat Yang Diduga Terkena Virus Corona

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 218 hits
Isolasi yang dilakukan terhadap korban berdasarkan standar opersional prosedur Sejauh ini pihaknya juga sudah melakukan pengecekan di lapangan Namun belum ada tanda tanda apakah memang HG terjangkit virus corona atau tidak
Kpk Periksa 3 Staf Dpp Pdip Terkait Kasus Suap Wahyu Setiawan

Kpk Periksa 3 Staf Dpp Pdip Terkait Kasus Suap Wahyu Setiawan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 190 hits
Mereka juga akan diperiksa sebagai saksi untuk tersangka Saeful Bahri
Pembobolan Rekening Wartawan Senior Polisi Bakal Periksa Commonwealth Bank

Pembobolan Rekening Wartawan Senior Polisi Bakal Periksa Commonwealth Bank

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 208 hits
Kata Yusri hari ini polisi tengah memeriksa manajemen satelindo Nantinya dari hasil pemeriksaan akan dilakukan gelar perkara
Dalami Kasus Kapal Tenggelam Polda Riau Periksa 10 Tki Ilegal

Dalami Kasus Kapal Tenggelam Polda Riau Periksa 10 Tki Ilegal

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 195 hits
Tenaga Kerja Indonesia ilegal yang hendak menyeberang menuju Malaysia diperiksa tim Polda Riau Dari 20 penumpang kapal jenis pompong itu terdapat 18 TKI Ilegal dan 2 kru kapal Sembilan orang TKI dilaporkan hilang dalam insiden tenggelamnya ...
Kasus Pembobolan Rekening Ilham Bintang Polisi Periksa Pihak Provider

Kasus Pembobolan Rekening Ilham Bintang Polisi Periksa Pihak Provider

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 185 hits
Yusri mengaku pemeriksaan ini hanya untuk klasifikasi atas laporan tersebut
Periksa Pejabat Itjen Kpk Selidiki Dugaan Korupsi Di Kemenkum Ham

Periksa Pejabat Itjen Kpk Selidiki Dugaan Korupsi Di Kemenkum Ham

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 178 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi tengah menyelidiki adanya dugaan korupsi di Kementerian Hukum dan HAM Dalam proses penyelidikan ini KPK memeriksa Inspektur Wilayah III Inspektorat Jenderal Kemenkum HAM Ahmad Rifai
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun