Apa Yang Berlaku Di Himpunan Hari Wanita


MALAYSIAKINI
  KINIGUIDE | Penyertaan peserta LGBT di sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur semalam mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan menjadikan sambutan itu untuk mempertahankan hak LGBT adalah salah guna kuasa ruang demokrasi.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyindirnya seperti ‘perarakan yang menghairankan haiwan’.

Apakah isu yang dibawa lebih 300 yang berarak semalam? Apa yang telah dibuat peserta LGBT dan apa gesaan mereka?

Tentang perarakan

Perarakan dibuat sempena Hari Wanita Sedunia yang bertemakan "Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan".
Ia mempunyai lima tuntutan:

• Menamatkan semua keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual.
• Menghapuskan perkahwinan kanak-kanak.
• Memastikan hak dan kebebasan wanita untuk membuat pilihan atas tubuh badan dan nyawa mereka sendiri.
• Memastikan gaji minimum RM1,800.
• Menghapuskan sikap patriarki dan membina demokrasi tulen di semua peringkat masyarakat.
Sepanjang perarakan, tuntutan-tuntutan ini terpapar di sepanduk yang dibawa dan dilaungkan berulang kali.

Apakah golongan LGBT turut menyertainya?

Di kalangan kira-kira 300 yang hadir, ada yang dilihat membawa bendera pelangi - simbol popular LGBT.

Ada juga yang membawa sepanduk menuntut layanan saksama terhadap LGBT, antaranya berbunyi "We exist" (kami ada) dan "People of qualiti do not fear equality" (Orang yang bagus tidak takutkan kesamarataan).

Benarkah ada laungan 'hidup LGBT'?

Benar. Laungan seperti "Jangan kacau LGBT" dan "Hidup LGBT" didengar ketika perarakan berlangsung.

Bagaimanapun kebanyakan laungan lebih bertumpu kepada tuntutan utama sambutan - menghapuskan keganasan terhadap wanita, rogol, gangguan seksual, perkahwinan kanak-kanak dan sikap patriarki.
Ada tuntutan 'hak LGBT' ketika perarakan?

Ucapan oleh seorang yang mengatakan dirinya wanita transgender membangkitkan pembunuhan transgender yang berlaku baru-baru ini dan menggesa keganasan dan diskriminasi berdasarkan gender ditamatkan.

Dia juga berkata golongan transgender mempunyai hak sebagai warga yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Dia berulang kali menafikan mereka menuntut sebarang hak atau layanan istimewa.

Ada juga yang berucap menggesa pengharaman perkahwinan kanak-kanak dan membangkitkan hak wanita Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU), mahasiswi, pelarian dan pembantu rumah.

Benarkah dakwaan pihak yang mengatakan Sister in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) penganjurnya?

Salah. Menurut laman web rasmi program, ia dianjurkan oleh "gabungan longgar merangkumi pelbagai pihak termasuk kolektif, NGO dan individu".

SIS dan WAO juga memberitahu Malaysiakini bahawa tiada anggotanya yang berada dalam jawatankuasa penganjur.

Bagaimanapun mereka berkata menyokong penuh perarakan itu.
Bagaimana laporan yang mengatakan perarakan tiada permit polis?

Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan penganjur perlu memaklumkan kepada polis sepuluh hari sebelum acara diadakan, tetapi tidak menyebut soal permit.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, jawatankuasa penganjur berkata ia telah memberitahu polis Dang Wangi pada 25 Februari, sepuluh hari sebelum perarakan diadakan.

Mereka berkata tidak menerima "bantahan atau komunikasi lanjut" daripada polis sebelum acara itu.

Sepanjang perarakan yang berlangsung dua setengah jam, sekurang-kurangnya sebuah kereta polis dan beberapa polis pengiring dilihat memantau peserta dan keadaan trafik.

Bagaimana penganjur berdepan bantahan?

Penganjur mengecam tindakan mereka yang hanya memberi tumpuan kepada peserta LGBT dalam perarakan itu.

"Ia seperti mencetuskan rasa benci terhadap segmen masyarakat yang sudah pun berdepan risiko dan pelbagai bentuk diskriminasi.

"Demokrasi yang sihat terletak kepada penyertaan penuh dan sama rata oleh semua peringkat masyarakat," katanya.

Penganjur turut menyalahkan media serta pihak yang menjadikan isu itu untuk kepentingan politik mereka.

*KiniGuide ini disediakan oleh ANNABELLE LEE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/apa-yang-berlaku-di-himpunan-hari-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 830 hits
PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa membidas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu lesbian gay biseksual dan transgender Beliau berkata ruang tunjuk perasaan sempena Ha...
Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 428 hits
Astro Awani Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pi...
Himpunan Hari Wanita Tiada Permit Muhyiddin Macam Bn Peguam

Himpunan Hari Wanita Tiada Permit Muhyiddin Macam Bn Peguam

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 461 hits
MALAYSIAKINI Penasihat kumpulan Lawyers for Liberty N Surendran terperanjat dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang berkata himpunan sambutan Hari Wanita Sedunia berlangsung tanpa permit Surendran menjelaskan tidak wujud...
Peguam Gesa Henti Siasat Penganjur Himpunan Hari Wanita

Peguam Gesa Henti Siasat Penganjur Himpunan Hari Wanita

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 348 hits
MALAYSIAKINI Peguam Syahredzan Johan menggesa polis menghentikan siasatan terhadap penganjur Himpunan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung Sabtu lalu Dalam kenyataan medianya hari ini Syahredzan yang juga merupakan setiausaha politik Lim Ki...
9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 386 hits
9 laporan polis desak siasat agenda LGBT Hari Wanita Sedunia Dikemas kini 10 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 10 Mar 2
Ulasan Terhadap Tuntutan Di Perarakan Hari Wanita

Ulasan Terhadap Tuntutan Di Perarakan Hari Wanita

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 387 hits
Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu lebih 300 orang berhimpun dan berarak di ibu kota Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Wanita Perarakan yang bertemakan Hentikan Keganasan Hormati Perempuan dianjurkan oleh para aktivis wanita be...
Informasi Hari Wanita Di Turki Diselubungi Gas M Sia Ok Walaupun Hina Islam

Informasi Hari Wanita Di Turki Diselubungi Gas M Sia Ok Walaupun Hina Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 432 hits
POLIS antirusuhan Turki menyekat laluan yang digunakan kumpulan penunjuk perasaan ketika perarakan sambutan Hari Wanita di Istiklal Avenue Istanbul di Turki kelmarin ISTANBUL Turki Polis Istanbul menembak gas pemedih mata ke arah ribuan wan...
Hari Wanita Muslimat Rai Wanita Rumah Panjang Sarawak

Hari Wanita Muslimat Rai Wanita Rumah Panjang Sarawak

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 381 hits
BINTULU Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia yang dirai 8 Mac setiap tahun menerusi program ziarah khas ke beberapa rumah panjang di sini semalam Kunjungan mesra delegasi Muslim...
Ucapan Hari Wanita Sedunia Sharnaaz Ahmad Berbalas Posting Dengan Isteri Dalam Instagram

Ucapan Hari Wanita Sedunia Sharnaaz Ahmad Berbalas Posting Dengan Isteri Dalam Instagram

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 743 hits
Kronologi kisah rumah tangga Sharnaaz Ahmad sejak akhir akhir ini sering menjadi spekulasi Selepas kelahiran Jebat Jayden hubungan antara Sharnaaz Ahmad dan Noornabila seakan menjadi tandatanya netizen Muat naik di Instagram Sharnaaz juga s...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur