Apa Tawaran Baru Dan Rekonsiliasi Kepada Umno


Pada awal pembentukan kerajaan baharu selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu, Barisan Nasional (BN) dan UMNO hanya membuat pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, ketika itu tidak timbul langsung BN dan UMNO menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai parti.
“BN ketika itu membuat pendirian hanya menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, bukan menyokong PN sebagai parti.
“Pengumuman Muhyiddin selaku Perdana Menteri pada 9 Mac lalu, tidak ada langsung gabungan PN.
“Yang kita tahu, Ahli Parlimen BN dan Pas memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas dasar untuk menyelamatkan kemelut politik yang dilakukan sendiri oleh kerajaan PH,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.
Beliau menjelaskan, selepas Kabinet dibentuk dan kerajaan berjalan beberapa bulan, baru ada gerakan untuk menamakan kerajaan PN.
Katanya, yang mencadangkan nama itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa Ahli Parlimennya.
“Mereka bekerja keras untuk merealisasikan PN untuk menyelamatkan kepentingan mereka sendiri, termasuk menggunakan pengaruh sebagai kerajaan mengheret Pas untuk menyertai PN.
“Bagaimanapun, usul untuk membentuk PN dibawa ke mesyuarat MT UMNO dan ditolak sebulat suara, tetapi pendirian UMNO masih kekal dengan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, bukan kepada PN sebagai sebuah parti.
“Ramai bertanya, kenapa perlu daftarkan PN sebagai parti. PH yang didaftarkan sebagai parti kalah teruk dalam setiap pilihan raya kecil yang disertainya walaupun mereka kerajaan, dan ini bermaksud daftar atau tidak bukan satu jalan penyelesaian untuk sebuah gabungan,” ujarnya.
Kata Razlan, Pakatan Rakyat (PR) pernah memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak tanpa ada gabungan sebuah parti.
Yang rakyat tahu, kata beliau, ia adalah formula Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mahu menunjukkan parti mereka juga setaraf dengan parti komponen lain walaupun paling kecil dalam komponen PH.
“Inilah yang cuba dibuat oleh PN. Ramai akar umbi UMNO jelas melihat permainan PPBM di setiap bahagian, ada yang bergantung harap dengan kekuatan UMNO, ada juga berharap dengan kekuatan Pas dan ada bahagian yang tidak mempunyai kekuatan atau cawangan, namun itu bukan isu utama.
“Isu utama ialah PPBM harus ada sifat ikhlas dalam membentuk kerjasama dengan UMNO,” tegasnya.
Beliau menegaskan, UMNO adalah parti berstruktur dan setiap perkara, permasalahan serta pendapat dalam parti selalunya ada saluran untuk bermusyawarah dan berbincang untuk mendapatkan keputusan.
“Ini cara UMNO sejak penubuhan, bukan satu atau dua orang yang berpengaruh membuat keputusan seperti PPBM.
“UMNO juga parti yang sentiasa memegang dan menunaikan janji. Kerana itu bila janji tidak dikota oleh PPBM seperti apa yang berlaku di PRN Sabah, UMNO marah.
“Atas dasar itu, UMNO membuat ketetapan untuk mengkaji semula ikatan politik dengan komponen PN agar UMNO tidak lagi diperkotak-katik atau terdapat agenda “tersembunyi” yang bakal merugikan UMNO untuk jangka panjang,” katanya.
Mengenai sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Razlan berkata, soal itu tidak perlu dipertikaikan kerana UMNO sudah membuat ketetapan “No Anwar No DAP dan No Tun M.
“Yang menjadi keutamaan sekarang adalah apa tawaran baru dan rekonsiliasi dari Muhyiddin kepada UMNO jika ingin meneruskan ikatan politik dan meneruskan kerajaan sedia ada.
“UMNO juga ada hati, perasaan dan maruah. Tahap kesabaran juga ada hadnya. Biar berkawan ikhlas dan berpolitik bermaruah,” katanya. MG
UMNO antara marah dan kecewa

The post Apa tawaran baru dan rekonsiliasi kepada UMNO? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/18/apa-tawaran-baru-dan-rekonsiliasi-kepada-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Minta Umno Perinci Syarat Baru Kerjasama Secara Bertulis Kata Ahmad Maslan

Muhyiddin Minta Umno Perinci Syarat Baru Kerjasama Secara Bertulis Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 359 hits
October 16 2020 2 43 PMSetiausaha Agung Umno berkata beliau menangguhkan penghantaran surat kepada perdana menteri sehingga selesai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Selasa depan PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassi...
Syarat Baru Umno Umno Pm Bersatu Tpm

Syarat Baru Umno Umno Pm Bersatu Tpm

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 328 hits
Kalau tak setuju keluar aje dari Perikatan Nasional Takde masalah kita jadi pembangkang hingga PRU15 kata Lokman Noor Adam October 14 2020 Antara syarat yang diharap akan diletakkan Umno kepada Bersatu adalah perdana menteri hendaklah dari ...
Rakyat Menantikan Tawaran Baru Muafakat Nasional

Rakyat Menantikan Tawaran Baru Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 240 hits
Sejurus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang Dipertua Agong di Istana Negara maka kembali berkecamuklah politik Malaysia Anwar bertekad mahu muncul sebagai Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 795 hits
malaysiadateline com Siapa yang Umno lebih percaya Bos atau Muhyiddin Terbukti Umno tidak boleh percaya kepada Muhyiddin selepas diberikan peluang untuk membentuk kerajaan bersama Umno kata orang kanan Anwar Kegagalan kerajaan Tan Sri Muhyi...
Dulu Kata Lebai Pas Nak Sucikan Umno Kini Khadam Dap Akui Dap Akan Sucikan Umno

Dulu Kata Lebai Pas Nak Sucikan Umno Kini Khadam Dap Akui Dap Akan Sucikan Umno

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 327 hits
Dulu kata lebai PAS nak sucikan UMNO Kini Khadam DAP akui DAP akan sucikan UMNOMR AMANAH parti yang tak ada prinsip jual agama untuk kepentingan politik Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk ...
Umno Jangan Talam Dua Muka

Umno Jangan Talam Dua Muka

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 256 hits
Jika sokong Muhyiddin sokong sepenuh hati jika ada masalah dalaman bincang sampai menang cepat atau lambat Berlapang dada dan tunggu PRU15 untuk bentuk kerajaan jika yakin ada kekuatan Apabila UMNO secara terbuka juga akan sokong Anwar inil...
Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 305 hits
Ku Li Umno tolak disogok Pas pula macam mana Oleh October 16 2020IpohmaliBila baca surat Ku Li yang dia menolak jawatan dari PM Tebuk Atap sebagai Pengerusi Petronas yang elaunnya ratusan ribu RM sebulan Sedangkan Ku Li jauh lebih layak mem...
Umno Bersatu Mulakan Rundingan

Umno Bersatu Mulakan Rundingan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 282 hits
JIKA Selasa lalu hubungan UMNO dan Bersatu dilihat akan retak dan menanti belah selepas UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional Bagaimanapun keretakan itu mungkin akan diperbaiki s...
Umno S And Ppbm S Mad Mutually Assured Destruction

Umno S And Ppbm S Mad Mutually Assured Destruction

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 229 hits
Even Mahathir knows a new coalition cannot work If Umno moves over to Pakatan Harapan DAP is out If PAN is in then PAS is out The Chinese will never support Umno and the Malays will never support DAP Hence both DAP and Umno in the same bed ...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki