Rakyat Menantikan Tawaran Baru Muafakat Nasional



Sejurus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang Dipertua Agong di Istana Negara maka kembali berkecamuklah politik Malaysia. Anwar bertekad mahu muncul sebagai Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi PM setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Tetapi sebaik beliau melangkah keluar, tiada perakuan dari Istana yang kuasa pentadbiran telah bertukar tangan. Sebaliknya Istana menyarankan agar Anwar akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Namun Anwar terus berkeras. Dalam sidang akhbarnya selepas keluar dari Istana beliau bertegas menyatakan yang Muhyiddin tidak lagi PM. Lalu terus hingarlah pentas politik dalam negara, sedang wabak Covid19 yang melanda negara dan dunia tidak berkesudahan

Apa pun kerajaan Perikatan Nasional yang ada terus kekal, Muhyiddin dan kabinetnya terus menjalankan tugas sehinggalah sesuatu yang lebih meyakinkan terbit dari tuntutan Anwar itu

Dalam pada itu hubungan tiga parti teras yang membentuk kerajaan iaitu Bersatu, Umno dan PAS pula kelihatan goyang, ditambah dengan serangan dan pelbagai tohmahan, berita palsu dan adu-domba yang berligar di alam maya.
Kiranya usaha untuk memperteguhkan kembali hubungan tiga parti utama ini gagal, ternyata akan semakin kukuhlah tuntutan Anwar, dan tidak mustahil dalam waktu terdekat terkabullah cita-cita Anwar sekian lama untuk menjadi PM dan yang lebih puaka, kembalilah DAP mendominasi kuasa di Putrajaya
 Kita yakin dan percaya kemelut politik ini tidak akan berpanjangan. Ketiga-tiga parti walaupun punya matlamat dan pendekatan berbeza, rata-rata ketiga-tiga sedar bahawa terbentuknya kerajaan PN adalah lantaran tuntuan untuk menyelamatkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam.
22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan menginsafkan ramai bahawa beberapa perkara pokok perlu diubah dan tidak diizinkan kembali muncul
 Jelasnya ketiga-tiga pihak enggan menerima kehadiran DAP, tidak akan memberi laluan pada Anwar mahupun Tun Dr Mahathir

Kerajaan PN terbina atas perkara pokok ini, bagi rakyat yang mendukung dan bersama PN mengizinkan salah satu atau ketiga-tiga kembali bermakna mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang telah mereka berikan

Ketika Muafakat Nasional, iaitu kesatuan politik bersejarah antara PAS dan Umno terbina, Bersatu masih bersama PH. Segala perbezaan dan persengketaan politik dua musuh sejak Merdeka ini terlerai dan dilupakan melalui langkah berani ini demi mengejar cita-cita membina kekuatan kesatuan politik Melayu Islam di tanahair

Kedua parti mengakui bahawa kiranya kedua kekuatannya disatukan, MN berupaya memenangi majoriti kerusi di Parlimen, cukup membentuk kerajaan Persekutuan dalam PRU ke 15 kelak. Maka bergeraklah kedua parti yang asalnya bermusuh membina ukhuwah dan perpaduan yang sekian lama dirindui

Terbukti cita-cita MN bukan sekadar tercatat atas kertas dan hasil kajian semata-mata tetapi ia diterjemahkan di medan terbuka. Beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan telah memenangkan calon-calon MN menewaskan calon-calon PH atau tajaan mereka, ini membuktikan yang inisiatif kedua pihak cukup efektif.
Dalam dua PRK yang dimaksudkan iaitu di DUN Semenyih dan Parlimen Tg Piai, calon MN malah menewaskan calon PH dari Bersatu. PKR dan DAP juga tewas berhadapan MN.
Tanpa diduga, dalam kesungguhan PAS dan Umno membina kekuatan bersama melalui MN bagi menghadapi PRU 15, kerajaan PH roboh apabila PM Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan

Dalam kelompongan kuasa, apabila Bersatu bertindak keluar dari PH, tawaran dibuat agar PAS dan Umno bersama Bersatu dan parti-parti rakan yang lain termasuk dari Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan baru di Putrajaya atas runtuhan kerajaan PH itu

Melihat kepada pentingnya urusan kerajaan terus berjalan, dan melihat peluang jalan pintas untuk menyelamatkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya, maka PAS dan Umno melalui MN bersetuju menyertai kerajaan dan terbentuklah kerajaan baru PN. Atas persetujuan bersama PAS dan Umno masuk menyertai kerajaan

Hari ini kerajaan ini dicabar, dan masadepannya menjadi tidak menentu. Apakah ia dapat diselamatkan, atau keluarga besar PN ini akan berkecai, bercerai-berai dan akhirnya muncul kembali Anwar serta sekutunya DAP dan lain-lain untuk merangkul kuasa di Putrajaya dan memuaskan nafsu mereka
Lantas semua pihak perlu kembali waras serta matang dan menyemak kembali kepentingan dan matlamat perjuangan kita, jangan sampai menang sorak kampung tergadai, jangan sampai ayam dikepok mati kelaparan itik di air mati kehausan.
Jika agenda memperkasakan Agama, bangsa dan negara kekal dan terus menjadi keutamaan kita maka berusahalah mempertahankannya kerana itu kemahuan mereka yang menyokong kita di luar sana

Jika ego, agenda peribadi yang mahu kita kejar, maka tiada beza kita dengan PH yang telah kita runtuhkan itu. Apatah lagi jika ada yang ghairah mengejarnya sehingga rela bersekongkol pula dengan puaka yang dimusuhi perjuangan ini maka layaklah kita menjadi pengkhianat kepada perjuangan keramat ini. Pantang Melayu khianat pada perjuangan

Kita masing-masing punya kelebihan dan kekuatan yang perlu kita pergunakan bersama untuk mengejar cita-cita dan menghadapi musuh yang sama. Gembelinglah bersama kelebihan dan kekuatan itu kerana ia tidak sekali-kali dapat menjana hasil jika ikatannya terlerai atau kita berpecah-pecah kerana termakan perangkap dan adu-domba musuh

Realitinya Umno dan PAS punya kekuatan akar-umbi yang luar biasa. Bersatu perlu menyumbang ke arah menambah-baik lagi kekuatan yang sedia ada. Segala ketidakpuasan hati perlu dirunding dan dibawa berbincang secara cermat dan tuntas bukannya dibawa secara terbuka sehingga mengguris hati mana-mana pihak

Tugas mencetuskan perpaduan ummah ini bukannya sesuatu yang mudah tetapi ia berjaya dipelopori Rasulullah saw dizamannya dan kita juga mampu menjejakinya jika kita ikhlas, komited dan meletakkan Agama, bangsa dan negara sebagai fokus utama.
MN hari ini dianggotai bersama PAS, Umno dan Bersatu. Marilah bersama kita memupuk dan memelihara Piagam MN yang disepakati pada tanggal 14 September 2019 itu.
Bersatu perlu menerima piagam ini dan bersama kita berjuang menegakkan agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk sebagaimana terkandung dalam piagam keramat itu
Rakyat di luar menantikan pembinaan sebuah Malaysia yang menggariskan tawaran baharu iaitu meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
PH, Anwar dan DAP telah gagal. Kini giliran kita, dengan syarat kita bersedia berunding dan bermuafakat sebagaimana saranan Yang Dipertuan Agong. Muafakat membawa berkat insyallah.

ROSLAN SMS

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/rakyat-menantikan-tawaran-baru-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Platform Terbaik Peneraju Muafakat Suara Ummah Rakyat Pemuda Umno Pas Selangor

Muafakat Nasional Platform Terbaik Peneraju Muafakat Suara Ummah Rakyat Pemuda Umno Pas Selangor

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 305 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyokong penuh usaha dalam memperteguh muafakat dan memperkukuhkan perpaduan menerusi pendaftaran Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malay...
Umno Pas Setuju Daftar Muafakat Nasional

Umno Pas Setuju Daftar Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 416 hits
Kepimpinan UMNO dan PAS telah bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Dalam satu kenyataan bersama hari ini kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama untuk terus me...
Apa Tawaran Baru Dan Rekonsiliasi Kepada Umno

Apa Tawaran Baru Dan Rekonsiliasi Kepada Umno

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 203 hits
Pada awal pembentukan kerajaan baharu selepas Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu Barisan Nasional dan UMNO hanya membuat pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Ra...
Kiranya Sah Bersatu Tak Join Muafakat Nasional Kan

Kiranya Sah Bersatu Tak Join Muafakat Nasional Kan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 207 hits
Annuar Musa melalui menyatakan MN komited nak daftar dengan ROS Secara sedar tak sedar Annuar Musa bagi hint dimana Bersatu tidak bersama MN Kalau bersama semestinya akan ada tandatangan daripada setiausaha agung bersatu Malaysia kini mempu...
Umno Pas Agree To Register Muafakat Nasional With Ros

Umno Pas Agree To Register Muafakat Nasional With Ros

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 263 hits
Umno and PAS have agreed to officially register Muafakat Nasional with the Registrar of Societies In a joint statement the parties secretaries general Annuar Musa and Takiyuddin Hassan said the leadership of MN is also committed to strength...
Baru Saja Pulang Dari China Luhut Dan Terawan Bawa Oleh Oleh Ini Buat Rakyat Indonesia

Baru Saja Pulang Dari China Luhut Dan Terawan Bawa Oleh Oleh Ini Buat Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 329 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Pandjaitan bersama Menteri Kesehatan Terawan Agus Putranto di sela lawatannya ke Yunan China 9 10 Oktober bertemu dengan pimpinan perusahaan produsen vaksin Covid 19 yaitu Cansino G...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 336 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Limits Of Race Religion In The Ultimate Demise Of Muafakat Nasional

Limits Of Race Religion In The Ultimate Demise Of Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 191 hits
ADUN SPEAKS Two important meetings have been postponed due to the fear of the spread of Covid 19 the meetings between PAS and Umno and the Umno supreme council This is an acceptable reason However having the meetings or not is not going to ...
Pas Jelas Dan Tenang Dalam Pendirian Perkukuhkan Muafakat Nasional Dan Pertahankan Pn

Pas Jelas Dan Tenang Dalam Pendirian Perkukuhkan Muafakat Nasional Dan Pertahankan Pn

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 274 hits
Ketika situasi politik negara dilihat tidak menentu dengan pelbagai perkembangan berlaku dari semasa ke semasa PAS memberi gambaran mereka kini kekal tenang Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata buat masa ini pendirian PAS teta...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri