Apa Tafsiran Tun M Ukur Marah Rakyat


PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengukur keseluruhan ‘kemarahan’ rakyat hanya melalui jumlah 40,000 yang menandatangani petisyen bagi menuntut Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu disifatkan hilang pertimbangan logik apabila beliau tidak pula menghiraukan tuntutan rakyat bagi mengharamkan Dong Zong yang mana 317,000 menandatangani petisyen berhubung perkara itu ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah, katanya, Dr. Mahathir juga langsung tidak mempedulikan kemarahan lebih 314,000 rakyat yang menandatangani petisyen bagi menuntut beliau melucutkan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Senator.

“Saya nak tanya kepada Dr. Mahathir, sama ada dia tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan ‘marah’ dan bagaimana caranya nak ukur ‘kemarahan’ itu.

“Tidakkah amat jauh bezanya antara lebih 300,000 rakyat menandatangani petisyen bagi menuntut beliau mengharamkan Dong Zong dan melucutkan jawatan Waytha Moorty berbanding hanya 40,000 rakyat menandatangani petisyen bagi menuntut Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir bersama Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat menyerahkan Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong.

Sewaktu bercakap dalam sidang akbbar selepas penyerahan itu, Dr. Mahathir mendakwa perisytiharan Proklamasi Darurat sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Melayu.

Menurut beliau, orang Melayu mula meluahkan perasaan marah di laman media sosial kerana mendakwa mereka mula menderita akibat pelaksanaan Proklamasi Darurat.

Kamarul Zaman berkata, sejumlah 40,000 rakyat menandatangani petisyen bagi menuntut Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat itu tidaklah boleh ditafsirkan secara terus sebagai ‘kemarahan’ rakyat kepada Raja-Raja.

Katanya, ini apabila Dr. Mahathir sendiri langsung tidak menghiraukan ‘kemarahan’ rakyat ketika beliau menerajui kepemimpinan negara selama tempoh 22 bulan. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/apa-tafsiran-tun-m-ukur-marah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Dan Rakyat Marah Tidak Seperti Biasa

Melayu Dan Rakyat Marah Tidak Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 424 hits
Pandangan dan nasihat awal seorang Negarawan perlu diambilkira ISTANA wajar terpelihara kekal dihormati dan tidak tercemar dengan salahlaku orang politik yang sedang terdesak Tuanku wajar mengetahui situasi fikiran rakyat sekarang Mahathir ...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 381 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Tak Pandai Jaga Rakyat Baik Melingkup

Tak Pandai Jaga Rakyat Baik Melingkup

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 255 hits
Isu judi arak aurat Adib RUU355 tu semua tidak melibatkan semua orang Tapi bila harga barang naik harga ayam naik semua orang terkesan Menteri PN gagal kawal harga barangan Jika berterusan ana yakin rakyat akan menolak PN pada PRU15
Apa Langkah Kerajaan Pn Untuk Selamatkan Ekonomi Dan Rakyat Najib

Apa Langkah Kerajaan Pn Untuk Selamatkan Ekonomi Dan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 18 April Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempersoalkan apa langkah yang kerajaan Perikatan Nasional akan ambil sekarang untuk menyelamat ekonomi dan Rakyat Beliau bertanya demikian berikutan pada 11 ...
Saarani Asmuni Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Kampung Ulu Chepor

Saarani Asmuni Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Kampung Ulu Chepor

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 397 hits
April 19 2021Menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Perak Dato Saarani Mohamad di Masjid Rahmaniah Kampung Ulu Chepor Alhamdulillah pada tahun ini para jemaah di masjid ini dapat beribadah dengan lebih sempurna setelah ba...
Bwi Galakkan Literasi Wakaf Uang Demi Kesejahteraan Rakyat

Bwi Galakkan Literasi Wakaf Uang Demi Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 238 hits
Badan Wakaf Indonesia menggalakkan literasi wakaf uang yang hingga kini belum banyak dikenal masyarakat Indonesia Padahal salah satu upaya membangun kesejahteraan rakyat ini telah dilakukan sejak 2002 lalu
Bantahan Rakyat Boleh Lengkapi Perjuangan Sekolah 1 Aliran

Bantahan Rakyat Boleh Lengkapi Perjuangan Sekolah 1 Aliran

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 309 hits
Bantah bina SJKC baru sampai berjaya NAMPAKNYA rakyat sudah mula bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem pendidikan vernakular yang semakin melampau di negara kita Lihatlah bagaimana sekolah vernakular Cina dibina oleh ...
Najib Jawab Shahidan Pelabur Tak Masuk Bukan Sebab Kerajaan Dibantai Tapi Pelabur Tak Suka Kerajaan Tak Dipilih Rakyat

Najib Jawab Shahidan Pelabur Tak Masuk Bukan Sebab Kerajaan Dibantai Tapi Pelabur Tak Suka Kerajaan Tak Dipilih Rakyat

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 391 hits
Tak semestinya pelabur asing tak masuk hanya sebab kerajaan dibantai Pelaburan asing tetap konsisten tinggi malah paling tinggi dalam sejarah serta antara paling tinggi di ASEAN pada masa kerajaan BN dibantai oleh pembangkang tiap tiap hari...
Rakyat Sudah Tanya Bila Pas Mahu Selesaikan Kos Sara Hidup

Rakyat Sudah Tanya Bila Pas Mahu Selesaikan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 365 hits
MALAYSIA DATELINEPas yang kini berada di dalam kerajaan Perikatan Nasional dituntut untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup sebagaimana dijanjikan dalam pilihan raya lalu AJK AMANAH Nasional Faiz Fadzil berkata rakyat sudah tertanya tany...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess