Apa Sikap Tidak Acuh Atau Rasa Angkuh Yang Membuatkan Kita Menganiayai Orang Lain




Jika kita dapat melihat diri kita di dalam diri orang lain serta ‘pernah duduk bersama mereka yang patah hati’, kita pasti memahami serta menghormati antara satu sama lain dengan lebih baik

By

 Prema Devaraj

 May 2021





Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

Di seluruh dunia, pandemik Covid berterusan. Kita melihat dengan penuh ketakutan bagaimana keadaan Covid sudah tidak terbendung di India. Kehilangan nyawa serta penderitaan azab rakyatnya sungguh dahsyat.

Apakah kita sebagai sebuah negara sudah melakukan semuanya dengan mencukupi bagi mengelakkan keadaan seperti itu terjadi di sini? Wujud kebimbangan dengan kes yang meningkat, keberkesanan pemberian vaksin Covid serta adakah rakyat mematuhi (atau tidak) sekatan, termasuklah dalam melintas sempadan serta perjumpaan besar-besaran.

Peristiwa melibatkan sikap ‘antara dua darjat’ cukup tidak membantu. Kedua-dua negara, Norway dan Thailand, sudah pun mendenda perdana menteri mereka kerana melanggar kawalan sekatan Covid. Jelas kita memerlukan sikap yang sama di sini.

Namun, rasa perikemanusiaan juga diperlukan oleh mereka yang membuat undang-undang serta mereka yang menjalankan kawalan bagi memastikan langkah berkadaran serta denda yang dikenakan tidak mengakibatkan rakyat jatuh miskin.

Walaupun Covid sudah memporak-peranda seluruh dunia, namun ada beberapa perkara yang berlaku di Malaysia yang bukan disebabkan olehnya. Beberapa perkara ini sungguh memalukan kita sebagai sebuah negara.

Hal baru-baru ini melibatkan ‘pemeriksaan mengejut haid’ merupakan sebuah penyalahgunaan serta pelanggaran privasi kanak-kanak yang tidak boleh dijustifikasi sama sekali.

Tindakan ini tidak mempedulikan langsung autonomi seorang kanak-kanak perempuan terhadap tubuh serta privasinya. Fikirkan sejenak apakah mesej daripada tindakan sebegini kepada kanak-kanak tentang apa yang boleh dilakukan orang dewasa terhadap mereka serta kesan psikologikal akibat dari perkara yang memalukan ini. Ianya seakan-akan mengejek kerajaan kita yang menandatangani Konvensyen Hak terhadap Kanak-Kanak PBB.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kementerian Pendidikan perlu tampil ke hadapan dengan garis panduan yang jelas bagi semua sekolah, membersihkan sekolah serta guru yang dikatakan terlibat serta menghentikan terus perlakuan ini secepat mungkin.

Ianya sesuatu yang ironik saatnya pelbagai undang-undang digubal bagi mengelakkan pemangsa seksual dari memudaratkan anak kita, dengan memastikan hukuman yang lebih keras, memperkenalkan penyenaraian pesalah seksual serta melancarkan talian bantuan bagi kanak-kanak. Namun, pada masa yang sama, kita membenarkan penganiayaan untuk berlaku di institusi pendidikan.

Sebelum kemarahan kita reda, muncul tuduhan tentang seorang guru yang melakukan ‘lawak rogol’ pula muncul. Pelajar remaja yang membawa perkara ini pula kemudiannya menerima ancaman rogol dari rakan sekelas laki-laki: “Kalau aku dapat kau, aku akan cincang atau rogol kau dan hantar ke Thailand,” inilah yang dikatakan rakaman audio yang dihantar kepada pelajar remaja tersebut.

Timbalan ketua polis, yang membuat siasatan terhadap kedua-dua perkara, dilaporkan menyebut bahawa laporan kedua itu mungkin adalah berkenaan “gurauan dari rakan sekelas, yang pelajar itu tidak dapat terima”.

Sejak itu, rakan sekelasnya itu sudah meminta maaf, pihak polis menegaskan bahawa mereka mengambil hal ini secara serius, Kementerian Dalam Negeri pula menyiasat media kerana dikatakan membuat laporan salah terhadap komen timbalan ketua polis serta remaja itu pula terpaksa berhadapan dengan komen-komen lucah dari akaun Facebook.

Keseluruhan peristiwa ini adalah contoh bagaimana ‘budaya rogol’ itu wujud, misalnya mengambil ringan serangan seksual; memperleceh, memberi alasan serta menormalisasi ancaman serangan seksual; serta mengakibatkan mangsa untuk menyalahkan diri sendiri.

Apa peluang yang ada bagi mengelakkan serangan seksual (belum lagi masuk tentang keadilan serta membawa keadilan kepada mangsa serangan seksual) saatnya masyarakat berterusan menyokong ‘budaya rogol’.

Siapa yang akan memastikan mereka yang terlibat dengan budaya rogol ini akan dipertanggungjawabkan? Siapa yang akan melindungi mereka yang bersuara terhadap keganasan seksual atau lawak tidak wajar serta komen-komen melibatkan keganasan seksual?

Mesej yang tegas perlu datang dari pemimpin di seluruh negara – ahli politik, pemimpin komuniti serta lain-lain. Mereka perlu menonjolkan diri serta menolak keganasan seksual serta budaya rogol dengan tidak menyalahkan pakaian mangsa atau pun bertanya adakah mangsa menutup aurat atau tidak.

Kita juga memerlukan pemimpin lelaki untuk menampilkan diri dan memainkan peranan bagi menunjukkan seperti apakah menghormati wanita itu sebagai mereka yang setara. Adakah ianya sesuatu yang berlebih-lebihan untuk dilakukan?

Pada waktu yang sama, muncul sebuah kes melibatkan pasangan warga asing, Simon Momoh. Beliau sudah pun menjalani hukuman jel simbolik selama satu hari serta membayar denda sebanyak RM12,000 bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di mana beliau sudah pun mengaku bersalah. Beliau kemudiannya ditahan oleh pihak imigresen selama hampir 40 hari. Ketika ditahan, visa pasangannya dibatalkan serta perintah penghantaran pulang dikeluarkan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini membuat keputusan bahawa arahan ketua pengarah Jabatan Imigresen adalah salah serta secara prosedurnya tidak dibenarkan serta mengarahkan Simon agar segera dibebaskan berdasarkan perintah habeas corpus.

Keseluruhan episod ini membongkar penyalahgunaan kuasa serta prosedur oleh pihak berkuasa imigresen yang bukan sahaja melibatkan Simon semata-mata tetapi juga semua warga asing yang ditahan serta menanti untuk deportasi seperti yang dilaporkan media. Siapa yang akan memastikan pihak imigresen untuk bertanggungjawab?

Kemudiannya kita juga berdepan dengan keadaan melibatkan anggota polis. Bertahun lamanya, rakyat sudah membuat aduan berkenaan salah laku polis serta berulang kali menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya bebas salah laku dan aduan polis (IPCMC). Namun, jika ketua polis sendiri yang mengadu wujudnya kartel polis, bagaimana rakyat pula akan merespon?
Cerita di belakang tabir terus dimainkan media di mana wujudnya dakwaan campurtangan politik melibatkan pelantikan ketua polis yang baharu.

Sementara itu, dakwaan terhadap keganasan pihak polis juga berterusan. Kurang dari seminggu yang lalu, A Ganapathy, 40, didakwa memberitahu kepada keluarganya bahawa beliau dipukul dengan teruk menggunakan hos getah oleh pihak polis ketika di dalam tahanan, mengakibatkan beliau maut akibat kecederaan dialaminya selepas dimasukkan selama sebulan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang. Bagaimana kita dapat memastikan perkara ini dapat disiasat?

Menyiasat dakwaan keganasan atau salah laku polis merupakan pertarungan yang sukar, jika melihat kepada inkues yang dijalankan baru-baru ini terhadap seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dalam tahanan. Mohd Fadzrin Zaidi 29, ditemui meninggal dunia pada 22 November 2019 di dalam selnya di ibu pejabat Polis Seberang Perai Selatan.

Mengikut peguam yang mewakili arwah Fadzrin, koroner sudah menangguhkan inkues sebanyak empat kali serta menahan dokumen penting dari dikeluarkan.

Akhirnya, menerusi permohonan penilaian semula jenayah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, mahkamah memerintahkan pihak koroner untuk mendedahkan semua dokumen serta bahan yang relevan kepada inkues. Mengapa ianya begitu sukar untuk mendapatkan kebenaran dari perkara yang sudah berlaku? Apa yang dapat rakyat simpulkan dari hal sebegini?

Terdapat sebuah lagi contoh penggunaan kuasa secara sewenang-wenangnya yang dapat kita lihat apabila sebuah keluarga melakukan protes di luar Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan campurtangan dari mereka. Bersama dengan keluarga ini adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang menanggapi keadaan ini sebagai sesuatu yang tidak adil kerana bank melakukan lelongan terhadap rumah kos rendah mereka ini.

Walaupun keadaan ini akhirnya diselesaikan dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan di antara bank dan keluarga, namun kita perlu mempersoalkan pihak bank – apakah proses yang sepatutnya dijalankan sebelum memutuskan bagi melelong sesebuah kediaman serta apakah kawal imbang yang dilakukan bagi memastikan rundingan serta makluman berkenaan dengan nilai yang tertunggak dengan peminjam dapat dibincangkan.

Keputusan bagi melelong kediaman dengan hanya menandatangani sekeping kertas, mempunyai akibat yang cukup mengesankan bagi mereka yang hidup mati mereka bergantung kepada kediaman itu. Dengan kuasa yang luas, datang tanggungjawab yang besar dan keperluan bagi bank, pada musim Covid yang sebegini, adalah bagi memastikan golongan rentan dibantu dan tidak dipinggirkan oleh prosedur birokratik serta garis panduan yang keras.
Ada juga kebimbangan lain yang perlu kita risaukan – penangkapan aktivis-artis Fahmi Reza oleh kerana senarai lagu Spotifynya yang berunsurkan “Ini Dengki Ke?” serta siasatan terhadap kartunis politikal Zunar, akibat kartun yang dilihat ‘mengapak’ cuti Thaipusam di Kedah.

Tindakan sebegini membongkar bagaimana ruang kebebasan berekspresi sedang dibungkam, termasuklah kurangnya kefahaman tentang satira politik.

Namun, tindakan membunuh diri oleh Shahzad Ahmed, 30, seorang pekerja migran akibat dari keterdesakannya kerana tidak menerima gajinya selama lima bulan, cukup mengejutkan. Berapa ramai agaknya yang berada di dalam situasi yang sama serta tidak berdaya untuk menyuarakannya.

Contoh-contoh sebegini dan banyak lagi cukup membuatkan kita patut malu sebagai sebuah negara. Mengapa? Kerana sepatutnya dalam keadaan sekarang, kita patut lebih tahu. Apakah sikap acuh atau rasa angkuh atau pun ‘besar kepala’ atau betapa istimewanya kita yang sekaligus membenarkan kita untuk menganiayai orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang rentan? Mengapa kita begitu semberono serta bersikap cuai sesama insan?

Saatnya kita mengharungi pandemik ini sebagai seorang individu serta sebagai sebuah negara, saatnya kita cuba mencari jalan yang benar untuk maju ke hadapan bagi diri dan negara kita, kita perlu melihat diri kita di dalam diri orang lain, tidak kira jika orang lain itu berbeza kepercayaan, berbeza kelompok etnik, berbeza status kerakyatan, berbeza gender atau berbeza latarbelakang sosio ekonomi.

Dua petikan ini muncul ke dalam fikiran saya:

Compassion becomes real when we recognise our shared humanity. (Ihsan menjadi nyata saatnya kita memperakui kemanusiaan bersama.) – Pema Chondron

I am not interested if you have stood with the great, I am interested if you have sat with the broken. (Aku tidak kisah jika kalian sudah berdiri bersama dengan yang agung, aku lebih tertarik jika kalian sudah duduk bersama mereka yang patah hati.) – Sue Fitzmaurice

Jika kita dapat melakukan kesemua ini – melihat diri kita di dalam diri orang lain serta “duduk bersama mereka yang patah hati” – kita akan memahami keadaan di antara satu sama lain dengan lebih baik, melayan di antara satu sama lain dengan penuh hormat, menjadi lebih bertanggungjawab di dalam menggunakan kuasa serta membuat keputusan dan barangkali, bersama di dalam perjuangan bagi meruntuhkan semua undang-undang serta sistem yang tidak adil sekarang. 

Prema Devaraj
Editor bersama, Surat berita Aliran Mei 2021

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/apa-sikap-tidak-acuh-atau-rasa-angkuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Izara Aishah Rasa Bersalah Kongsi Perkara Lain Selain Palestin Di Media Sosial

Izara Aishah Rasa Bersalah Kongsi Perkara Lain Selain Palestin Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 269 hits
Kemelut yang melanda Palestin menjadikan rakyat Malaysia lebih peka apabila masing masing menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saudara saudara di sana Bukan hanya omong kosong para selebriti dan juga infleuncer ataupun pub...
Rayuan Samada Kau Menyamun Atau Tidak Tiada Kaitan Dengan Orang Lain

Rayuan Samada Kau Menyamun Atau Tidak Tiada Kaitan Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 238 hits
Kalau kau Tak menyamun tidak ada satu pun bukti boleh buat kau sangkut Dibebaskan alhamdulillah
Mewah Rasa Coklat Ferrero Cookies Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain

Mewah Rasa Coklat Ferrero Cookies Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 397 hits
Mewah dengan coklat dan kekacang pastinya biskut ini akan menjadi pilihan untuk hari raya nanti Bukan itu je jika mama buat biskut ala Ferrero ni mesti anak anak akan berulang ambil dalam botol Rasa biskut ini yang lemak butter dan disalut ...
Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 335 hits
Assalamualaikum Masih ada lagi stigma bahawa covid 19 tiada dan ia hanyalah agenda kerajaan untuk mengawal manusia Walaupun apapun yang kamu fikirkan sedarlah bahawa covid 19 sudah ada dalam komuniti kita bukan seperti di awal kemunculan co...
Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Puteri Mandi

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Puteri Mandi

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 373 hits
Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol memang tidak dapat dipisahkan dengan orang Terengganu Mereka menikmatinya untuk sarapan pagi Gulai ikan tongkol ni kalau memasaknya perlu ada rempah khas untuk menjadikan ia lebih enak Dalam episod hari in...
Kadang Kadang Saya Rasa Neelofa Ni Jenis Lapar Perhatian Sengaja Cari Masalah

Kadang Kadang Saya Rasa Neelofa Ni Jenis Lapar Perhatian Sengaja Cari Masalah

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 220 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dakwaan merentas negeri ke Nilai 3 Negeri Sembilan Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal Shahrulezad Mohameddin yang menasihati usaha...
Colek Kerang Masam Manis Pedas Cukup Rasa Menu Thai Paling Sempoi

Colek Kerang Masam Manis Pedas Cukup Rasa Menu Thai Paling Sempoi

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 475 hits
Juadah kerabu antara yang menjadi pilihan ramai Menu simple tetapi kaya dengan pelbagai rasa yang sedap Masam manis pedas semua cukup rasa Dalam pelbagai pilihan menu kerabu ada satu menu kerabu yang paling digemari iaitu kerabu kerang atau...
Kini Jadi Single Mom Rachel Vennya Tulis Pesan Haru Untuk Anak Anaknya Ungkap Rasa Syukur

Kini Jadi Single Mom Rachel Vennya Tulis Pesan Haru Untuk Anak Anaknya Ungkap Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 381 hits
Dulu dirinya juga hanya dibesarkan oleh sang ibu Rachel berharap bisa menciptakan kenangan masa kecil yang baik untuk anak anaknya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding