Apa Sebenarnya Yang Ibu Ibu Perlu Faham Mengenai Penyusuan Yang Eksklusif


Oleh : Imelda Balchin

Penyusuan yang Eksklusif (Exclusive breastfeeding)
Kerana ramai ibu masih lagi bertanya, saya letakkan di sini apakah saranan penyusuan bayi dan apakah maknanya 'Penyusuan yang Eksklusif'

 
Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara eksklusif sejak lahir sampai 6 BULAN.

Ini lah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, American Academy of Pediatrics (Academi Pakar Kanak-Kanak Amerika) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Sila lihat gambar 1, 2 dan 3.

Apakah Penyusuan yang Eksklusif?

Ini bermakna hanya bagi susu ibu selama 6 bulan.

Tidak boleh bagi air.
Tidak boleh bagi air bergula.
Tidak boleh bagi bubur.
Tidak boleh bagi nestum.
Tidak boleh bagi makanan langsung.
Tidak boleh tambah susu formula.
Tidak boleh tambah susu kambing.
Tidak boleh tambah susu lembu.
Tak boleh bagi minum jus.
Tak boleh bagi pisang.
Tak boleh bagi milo.
Jangan bagi minum air kunyit.
Jangan bagi makan produk mencerahkan kulit.
Jangan bagi makan ubat tinggi.
Jangan bagi pil minda mengarut-ngarut.
Tak payah jus sunnah.

Kenapa 'Eksklusif breastfeeding' (EBF)

Kajian menunjukkan jika
1) EBF selama 4 bulan jika dibandingkan dengan susu formula atau penyusuan tidak eksklusif, jangkitan kuman paru-paru dikurangkan 72%. Jika EBF 6 bulan, dikurang lagi sebanyak 4 kali ganda.

2) EBF selama 3 bulan mengurangkan jangkitan kuman di dalam telinga sebanyak 50%, tetapi EBF 6 bulan boleh mengelak jangkitan kerongkong dan telinga yang lebih serious

3) Penyusuan ibu saja mengurangkan kejadian Sudden Infant Death Syndrome sebanyak 45% tetapi EBF mengurangkan sebanyak 73%.

4) EBF selama 3-4 bulan mengurangkan asthma, eczema dan alahan kulit sebanyak 27%.

5) EBF 3 bulan mengurangkan risiko anak mendapat diabetes di masa depan sebanyak 30%.

6) EBF 6 bulan mengurangkan risiko leukaemia sebanyak 20%.

Ada banyak lagi kebaikan tapi saya tak larat nak senaraikan.

Kenapa 6 bulan EBF?

Selepas 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat dan makanan yang lain untuk melengkapkan keperluannya selain daripada susu ibu saja.

Susu ibu perlu diteruskan secara sambil-sambilan disamping memberi makanan untuk melengkapkan keperluan bayi yang membesar, tetapi tidak perlu lagi penyusuan secara eksklusif sahaja (iaitu susu ibu sahaja).

Berikan makanan yang lembut dan lumat sambil menyusu. Tukarkan menu setiap hari supaya bayi mendapat zat-zat daripada pelbagai sumber yang lain untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang. Tambah dengan penyusuan ibu mengikut selera anak yang membesar. Ada anak-anak yang ada selera makan yang baik, maka ibu boleh beransur-ansur mengurangkan penyusuan ibu untuk menggalakkan anak makan. Ada anak-anak yang cerewet sedikit maka teruskan penyusuan sambil menggalakkan anak mencuba makanan yang lain.

Pada umur 8-9 bulan ke atas bayi mula belajar menyuap diri sendiri dengan makanan kecil 'finger food' kerana mula memahirkan diri untuk memetik dan memegang dengan jari-jari nya. Ini juga membantu perkembangan bayi dari segi 'hand-eye-coordination'. Bayi juga belajar cara menguyah makanan dan dibiasakan dengan macam-macam rasa pemakanan. Ada yang mengatakan jika bayi mula makan lambat, selepas usia satu tahun, bayi itu mungkin akan lebih cerewet nak makan sebab tak biasa.

Ibu-ibu juga digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih, secara sambilan, jika boleh, tetapi TIDAK secara eksklusif. Paling kurang sekali teruskan menyusu sehingga satu tahun, jika anak-anak memakan makanan seimbang dengan cukup seperti yang disarankan oleh American Academy of Pediatrics. Susu lembu segar atau susu kambing segar (bukan yang mentah yaa) hanya boleh diberikan selepas usia satu tahun. Di negara barat mereka senang dapat susu lembu segar, sebab itulah mereka suka beri anak mereka susu lembu bila usia 1 tahun ke atas.

Saya tak pernah lagi lihat fatwa dari mufti di Malaysia yang menyatakan yang penyusuan secara eksklusif ialah wajib sampai 2 tahun. Yang disarankan hanyalah penyusuan ibu sehingga 2 tahun, tetapi bukan penyusuan secara eksklusif sampai 2 tahun. Ini boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kecil yang aktif kerana mereka memerlukan lebih lagi kalori dan zat-zat yang seimbang selepas 6 bulan.

Anak kecil 12-24 bulan memerlukan di antara 1000-1400 kcal sehari bergantung kepada kecergasan dan aktiviti nya. Kalori banyak ini bersamaan dengan 1500ml atau 8 cawan mug susu ibu sehari. Susu ibu sebanyak ini mengandungi hanya 15g protein dan 0.5mg calcium, tidak cukup untuk anak kecil yang aktif, dan tidak akan mendapat zat besi untuk membuat darah merah.

Keperluannya sehari ialah 1.5g protein untuk setiap 1kg berat badan, 700mg calcium dan 7mg zat besi serta zat-zat lain yang hanya boleh didapati dalam pemakanan yang seimbang.

Sebab ini lah tidak ada Pertubuhan Kesihatan yang menyarankan 'Penyusuan yang eksklusif' sampai 2 tahun, tetapi menggalakkan ibu-ibu meneruskan penyusuan secara sambilan sehingga 2 tahun.

PENGUMUMAN PENTING

Walaupun susu ibu lah yang terbaik, terdapat masalah yang menyebabkan perubahan terhadap 'Fed is Best'

Ini bermakna, pada 6 bulan pertama, hanya jika ibu-ibu mempunyai masalah menyusukan bayi, apa yang penting ialah JANGAN BIARKAN BAYI KEBULURAN dan berilah susu formula yang khas untuk bayi sebagai tambahan jika terpaksa (Jangan bagi makanan yang lain, hanya susu formula khas untuk bayi).

Ini pengetahuan yang mustahak demi kesihatan bayi, kerana sudah berlakunya kejadian yang tidak diingini dengan lebih kemasukan bayi ke hospital.

Walaupun terdapat ibu yang ada kesulitan yang menyebabkan ibu tidak boleh menyusu, ada yang merasa takut meminta bantuan atau berasa tertekan dan tidak memberikan bayi penyusuan yang lain. Ini kerana ramai ibu takut dikecam oleh masyarakat. Jangan lah sampai bayi pula sengsara.

Ketahuilah tanda-tanda bayi yang baru lahir yang tidak mendapat cukup susu ibu dan kelaparan:

1)Tidak habis menyusu selepas 30 minit, kemudian minta lagi susu ibu dengan lebih kerap daripada setiap 2 jam dan sentiasa menangis.

2)Bayi yang letih tidak bermaya dan tidur lama

3)Suhu badannya rendah, sawan, tangannya terketar, kulit warna kebiruan kerana kandungan gula dalam darah yang rendah (Hypoglycaemia)

4)Nappynya kering selama 6 jam atau sedikit saja kencingnya

5)Jaundice

Jika bayi anda menunjukkan perubahan ini, sila bawa ke hospital dengan segera.

Akhir sekali, berikan ibu pengetahuan ini dan bagi galakan, tapi jangan kecam ibu yang tidak boleh menyusukan bayinya sampai 2 tahun.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/apa-sebenarnya-yang-ibu-ibu-perlu-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Breastfeeding Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Bagi 6 Bulan Pertama

Breastfeeding Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Bagi 6 Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 596 hits
Penyusuan eksklusif bermaksud menyusukan anak dengan susu ibu SAHAJA sejak lahri hingga anak berumur 6 bulan Dalam tempoh 6 bulan Bayi tidak diberi minum lain
Salah Faham Kerangka Asas Cefr Di Kalangan Guru Ibu Bapa

Salah Faham Kerangka Asas Cefr Di Kalangan Guru Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 551 hits
CEFR tu apa I m going to start a series of Facebook entries to address CEFR CEFR aligned curriculum and anything related to the English language curriculum Tujuannya untuk menjelaskan pelbagai isu salah faham berkenaan Kurikulum B Inggeris ...
Breastfeeding Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Breastfeeding Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1431 hits
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun Hanya susu ibu
Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 382 hits
Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN Disiplinkan anak pada usia bayi adakah terlalu awal Jawapannya ...
Bulan Ramadan Pertama Bersama Suami Inka Christie Dibantu Ibu Untuk Persiapkan Sahur

Bulan Ramadan Pertama Bersama Suami Inka Christie Dibantu Ibu Untuk Persiapkan Sahur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 401 hits
Ramadan tahun ini terasa berbeda bagi Inka Christie Sejak menyandang status barunya sebagai seorang istri membuat Inka sibuk mempersiapkan hidangan sahur dan buka puasa untuk sang suami
Yenny Wahid Usul Konsep Smart City Diterapkan Di Ibu Kota Baru

Yenny Wahid Usul Konsep Smart City Diterapkan Di Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 232 hits
Yenny Wahid Usul Konsep Smart City Diterapkan di Ibu Kota Baru Tokoh perubahan 2018 versi media cetak nasional itu mengatakan perlu upaya komprehensif dan visioner agar ada sentra geopolitis baru selain Jakarta agar tercipta efek ekonomi da...
Gubernur Kalteng Usulkan 3 Daerah Jadi Ibu Kota Baru Ke Jokowi

Gubernur Kalteng Usulkan 3 Daerah Jadi Ibu Kota Baru Ke Jokowi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 265 hits
Gubernur Kalimantan Tengah Sugianto Sabran mengusulkan tiga daerah di wilayahnya kepada Presiden Joko Widodo atau Jokowi untuk dijadikan ibu kota baru Dia mengaku pernah ditanya Jokowi soal potensi Kota Palangka Raya sebagai pusat pemerinta...
Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 496 hits
Dengan Bismillah Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini Nak diingatkan s...
Vanessa Angel Menangis Ingat Almarhum Ibu Dan Puasa Di Penjara

Vanessa Angel Menangis Ingat Almarhum Ibu Dan Puasa Di Penjara

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 271 hits
Vanessa Angel Menangis Ingat Almarhum Ibu dan Puasa di Penjara Tidak hanya karena berpuasa di dalam penjara saja yang membuatnya sedih Setiap bulan Ramadan ia selalu teringat mendiang ibunya Selama ini ia mengaku selalu nyekar ke makam ibu ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia