Apa Sebenarnya Freemasonry Bolehkah Fakta Ini Dipercayai



Saya merujuk laporan media baru-baru ini tentang serangan yang dirancang oleh suspek pengganas ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru.
Saya tidak terkejut kerana Freemasonry di Malaysia telah disalah tafsir terlalu lama sebagai sebuah organisasi rahsia Zionis dan anti-Islam yang cuba mewujudkan ketuanan global.
Izinkan saya berkongsi fakta mengenai Freemasonry yang merupakan salah satu daripada persaudaraan tertua dan terbesar di dunia dengan keahlian sekitar lima hingga enam juta Mason.
Freemasonry sebenarnya merupakan satu persaudaraan yang bersifat aman dan amal serta tidak berlandaskan keagamaan, etnik atau politik.
Freemasonry, yang melampaui batasan etnik, agama, sosial dan pendidikan, mempromosikan pembangunan moral dan rohani antara manusia bawah naungan Tuhan.
“Persaudaraan tanpa sempadan” yang mulia ini adalah paling relevan dalam dunia kini yang tidak menentu serta terancam oleh perselisihan sektarian dan etnik untuk mempromosikan keamanan sejagat, pemahaman dan perpaduan.
Tiga prinsip utama Freemasonry ialah persaudaraan atau “brotherly love” (bersifat toleransi dan ramah antara satu sama lain); kebajikan atau “relief”(melakukan kerja amal dalam kalangan ahli serta komuniti secara umumnya); dan kebenaran atau “truth” (menuntut kebenaran dalam semua perkara, mengamalkan integriti dalam tindakan harian, dan mematuhi standard moral yang tinggi).
Berkenaan dengan kebajikan, para Mason di Malaysia telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit kepada pelbagai pertubuhan amal dan orang persendirian yang bersifat berbilang kaum dan agama.
Sesetengah pihak telah memberi gambaran yang salah tentang Freemasonry sama ada disebabkan oleh kejahilan atau dalam mengejar agenda tersendiri.
Saya ingin memperbetulkan beberapa tanggapan yang tidak adil serta tidak tepat mengenai Freemasonry.
Pertama, Freemasonry bukanlah sebuah pertubuhan rahsia; ia adalah pertubuhan dengan beberapa rahsia tertentu yang berkaitan dengan frasa, genggaman dan tanda-tanda – yang melaluinya para Mason mengenal pasti antara satu sama lain serta memaparkan tahap pencapaian masing-masing dalam pengetahuan Masonik.
Lebih penting lagi, peraturan perlembagaan, matlamat, prinsip, tempat pertemuan, dan keanggotaan pertubuhan masonik diketahui oleh pihak berkuasa.

Malah, pertubuhan masonik tempatan telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Kedua, Freemasonry bukan suatu agama atau badan keagamaan dengan hala tuju tertentu untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
Juga tidak terdapat Tuhan “Masonik”. Malahan, sebarang perbincangan agama adalah dilarang keras dalam mesyuarat masonik.
Freemasonry juga tidak mempromosikan kepercayaan agama tertentu. Para Mason bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
Ketiga, Freemasonry bukanlah suatu gerakan Zionis dan juga tidak mengancam keamanan nasional Malaysia.
Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Hussein Onn menyatakan dalam Dewan Rakyat pada bulan Oktober 1978 berdasarkan kajian terperinci oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara bahawa tidak ada bukti untuk membuktikan apa-apa hubungan antara Freemasonry dan Zionisme.
Beliau juga menegaskan bahawa “tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa Freemasonry adalah suatu ancaman kepada negara “sama ada sebagai ancaman sosial atau sebagai ancaman keselamatan.”
Keempat, Freemasonry tidak menyembah syaitan; tidak ada sebarang upacara pemujaan syaitan dalam mesyuarat masonik.
Selain itu, apa-apa yang diperjuangkan oleh Freemasonry adalah antitesis ajaran syaitan yakni kejuaraan kebaikan menentang kejahatan, keadilan menentang ketidakadilan, dan cinta persaudaraan menentang intoleransi dan kebencian.
Kelima dan akhirnya, Freemasonry bukan merupakan suatu perintah dunia rahsia yang cuba menegakkan ketuanan global.
Tiada terdapat satu badan tunggal atau berpusat yang memerintah Freemasonry sedunia.
Tambahan pula, para Mason dilarang keras membincangkan hal-hal politik semasa mesyuarat masonik.
Bagaimanapun, para Mason dinasihati untuk menjadi warganegara teladan dengan menunjukkan kesetiaan kepada negara dan tegas mematuhi undang-undangnya.
Ringkasnya, Freemasonry bukanlah sebuah organisasi politik mahupun agama.
Freemasonry ialah organisasi sosial dan persaudaraan yang mempromosikan persaudaraan, keamanan, kebebasan beragama, integriti, standard moral yang tinggi, dan kewarganegaraan yang baik.
DR RANJIT SINGH MALHI
Kuala Lumpur
 
Sumber: www.malaysiakini.com
The post Apa sebenarnya Freemasonry?…Bolehkah Fakta Ini Dipercayai? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/apa-sebenarnya-freemasonry-bolehkah-fakta-ini-dipercayai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Fakta Benarkah Tak Ada Kebakaran Hutan Tiga Tahun Terakhir Seperti Kata Jokowi

Cek Fakta Benarkah Tak Ada Kebakaran Hutan Tiga Tahun Terakhir Seperti Kata Jokowi

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 310 hits
Ternyata berdasarkan penelusuran merdeka com menurut catatan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan sepanjang Januari hingga 1 Juli 2017 luas kebakaran hutan di Indonesia mencapai 20 000 hektare Sementara pada 2016 luas hutan yang terba...
Video The Real Najib Razak Tumpu Fakta Bukan Serang Peribadi Najib Beritahu Pemimpin Ph

Video The Real Najib Razak Tumpu Fakta Bukan Serang Peribadi Najib Beritahu Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 475 hits
Sewaktu beliau tiba Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan watak bersahaja berseorangan dengan berbaju serta berseluar slack putih imej yang tidak mungkin dibayangkan beberapa tahun lepas sewaktu beliau berpakaian formal dengan diiringi peng...
Menanti Fakta Fakta Persidangan Kasus Hoaks Ratna Sarumpaet

Menanti Fakta Fakta Persidangan Kasus Hoaks Ratna Sarumpaet

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 315 hits
Ratna Sarumpaet tengah menunggu persidangan atas kasus penyebaran berita bohong atau hoaks Psikolog Politik Universitas Indonesia Hamdi Muluk menilai kasus Ratna harus diusut tuntas guna melihat unsur konspirasi kubu Prabowo Sandiaga
Menikahlah Kalau Sudah Benar Benar Siap 5 Fakta Tidak Menyenangkan Soal Pernikahan Dini Ini Akan Membuka Mata

Menikahlah Kalau Sudah Benar Benar Siap 5 Fakta Tidak Menyenangkan Soal Pernikahan Dini Ini Akan Membuka Mata

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 272 hits
Perempuan berhak berpendidikan tinggi dan juga mengembangkan diri sebelum menikah Fakta ini menunjukkan sebaiknya kamu jangangegabahnikah
Politik Tipu Diam Ini 20 Fakta

Politik Tipu Diam Ini 20 Fakta

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 444 hits
Politik tipu dan berdiam atas kejahatan MARI kita lihat 20 fakta yang mungkin ada kita sudah lupa berkenaan penipuan dan akhlak memegang rahsia Berlaku di seluruh dunia dari dahulu lagi Anda ada fikiran boleh fikir sendiri 1 Teringat dulu m...
Fakta Tentang Panggilan Suster Dan Perawat

Fakta Tentang Panggilan Suster Dan Perawat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 652 hits
Senyumperawat com Sebutan suster biasa disematkan kepada perawat perempuan Di dalam dunia kesehatan istilah ini sudah menjadi paradigma umum bahwasanya setiap perawat perempuan pasti dipanggil dengan sebutan suster Baik di RS pemerintah mau...
Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 417 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Isma minta Mujahid Tabung Haji perjelas bayaran RM22 900 BANGI Ikatan Muslimin Malaysia kesal kerana fakta mengenai pembatalan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan dan mana mana individu yang menjadi pengi...
Urban Renewal Not A Dirty Term

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

May 18 2025

Rossa Aku Baik Saja Chord