Biarlah Jkom Macam Makan Gaji Buta Hadi Awang Dulu Pun Makan Gaji Buta Jugak






 KALAULAH LOKMAN ADAM JADI KP JKOM…


Apabila dua hari lalu saya menulis mengenai Jkom yang langsung tidak berfungsi dan membayar gaji kepada Ketua Pengarahnya tak ubah macam menadah air dengan raket badminton, ada beberapa orang bertanya - siapa yang layak mengetuai agensi itu?


Sebagai syarat tak bertulis, oleh kerana PKR yang mengetuai kerajaan, maka orang yang mengetuai Jkom sebaiknya mestilah daripada PKR juga.


Ini tentunya lebih berupaya memastikan Jkom berperanan dengan lebih baik dalam mempertahankan kerajaan, terutama untuk melindungi Perdana Menteri daripada pelbagai “tembakan” musuh.


Ketika UMNO mengetuai kerajaan dulu, ketua agensi tersebut (sebelum ini dikenali sebagai Jasa), semua Ketua Pengarahnya adalah daripada UMNO.


Lantikan pertama di bawah kerajaan madani sebelum ini iaitu Dr Agus Yusof untuk mengetuai Jkom memang suatu kesilapan besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Tidak pasti siapa yang mencadangkan nama Dr Agus kepada Perdana Menteri, tetapi jika ia pilihan Anwar sendiri, bermakna itulah kesilapan beliau.


Sebagai bekas pensyarah, fambahan lagi tidak diketahui parti mana yang dianggotainya,  terbukti beliau tiada keupayaan untuk bertempur di gelanggang politik untuk mempertahan dan membela kerajaan dan Perdana Menteri.


Akhirnya dengan pelbagai serangan yang menimpa, Anwar dan kerajaan jadi terkapai-kapai tanpa pembelaan sehingga tercetus skandal A&W yang menyebabkan Dr Agus meletakkan jawatannya.


Selepas Dr Agus, kerajaan seterusnya melantik Khairuddin Othman, bekas Adun Pas yang berhijrah ke PKR sebagai penggantinya.


Memang Khairuddin orang PKR dan lantikannya telah memenuhi syarat tak bertulis yang sepatutnya, tetapi satu kekurangan Khairudidn ialah beliau bukan aktivis politik yang kelibatnya selalu memegang senjata di medan perang.


Jkom adalah agensi untuk berperang dan ketuanya mestilah seorang yang sedia dan tahu untuk berperang.


Khairuddin sama sekali tiada ciri-ciri tersebut dan melihat kedudukan Jkom yang seolah-olah tak wujud di sebalik Anwar dihentam kiri dan kanan ketika ini, sekali lagi perlantikan beliau juga merupakan suatu kesilapan.


Memang Khairuddin patut ditamatkan kalau kerajaan mahu melihat Jkom benar-benar berperanan.


Tetapi, apa yang malang ialah dalam senarai barisan kepimpinan PKR ketika ini, tiada aktivis politik yang sesuai untuk dilantik bagi menerajui Jkom.


Jika Johari Abdul tidak dilantik sebagai Speaker Parlimen, sebenarnya beliaulah paling layak untuk menerajui Jkom kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok peperangan lantaran pernah bersama BTN sebelum ini.


Dalam keadaan sekarang, membiarkan Khairuddin terus kekal di kerusi Ketua Pengarah Jkom, ia bermakna kerajaan terus menggunakan raket badminton sebagai cara untuk menadah air - suatu perbuatan paling membazir dalam dunia.


Habis, siapa paling layak mengetuai Jkom?


Oleh kerana dalam PKR tiada yang layak dan rakan kongsi utama kerajaan sekarang ialah UMNO, daripada membiarkan Jkom terus tidak berfungsi, adalah lebih baik diberikan jawatan Ketua Pengarah Jkom kepada pemimpin UMNO untuk menerajuinya.


Pemimpin UMNO yang paling disebut-sebut daripada segi kelayakan dan kemampuannya, bahkan ada mereka yang dekat dengan Anwar sendiri turut setuju, ia tidak lain ialah Lokman Noor Adam, Ahli MT dan Pengarah Komunikasi UMNO ketika ini.


Dalam berperanan membela Anwar, Lokman bukan saja lebih ke depan berbanding Ketua Pengarah Jkom, bahkan lebih rajin daripada Pengarah Komunikasi dan ahli MPP PKR sendiri.


Bayangkan jika Jkom berada kendaliannya?


Cuma, Lokman ada dosa besar kepada Anwar dan keluarganya ketika berlaku isu Liwat 2 sebelum ini yang mungkin masih berbekas dan sukar dilupakan sehingga sekarang.


Kalau sesiapa yang telah menonton atau tertonton video-video lama Lokman dalam kes Liwat 2, memang tidak dinafikan ada kata-katanya terhadap Anwar dan keluarganya bukan saja tepat menikam hati, malah boleh dikata tertusuk sampai ke tulang hitam.


Tapi semuanya itulah politik, segala-galanya adalah episod yang sudah berlalu dan tidak perlu diimbau lagi.


Cuma, satu pesanan buat Lokman, kalau terjumpa Anwar di mana-mana majlis selepas ini, sebutlah kata maaf berulang kali sambil cium tangannya erat-erat.


Yang selalu terlihat selama ini, beliau cuma tunduk bila bersalam dengan Anwar tapi tak pernah ternampak ada mencium tangan Perdana Menteri.


Mudah-mudahan…berkat selalu cium tangan Anwar, terlorong rezeki jawatan Ketua Pengarah Jkom buatnya. - ShahbudinHusin 13Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/13/kalaulah-lokman-adam-jadi-kp-jkom.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/biarlah-jkom-macam-makan-gaji-buta-hadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Makan Gaji Kau Bukan Tauke Lain Kalau Yang Punya Lori Sendiri Soh Belajar Dulu Malas

Kau Makan Gaji Kau Bukan Tauke Lain Kalau Yang Punya Lori Sendiri Soh Belajar Dulu Malas

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 216 hits
Ada yang minta aku ulas sikit pasal posting ni yang aku sendiri pun tak tahu dari mana asalnya Sebenarnya aku nak ulas sebab aku penulis post ni Ya la Apa maksud dia tauke tersenyum pekerja tak dapat apa Kalau dia post tu sebagai pemandu lo...
Suami Bagitahu Nak Kahwin Lagi Sebelum Dia Kahwin Saya Buat Macam Ni Dulu

Suami Bagitahu Nak Kahwin Lagi Sebelum Dia Kahwin Saya Buat Macam Ni Dulu

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 268 hits
Semua isteri akan marah apabila suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi Ada sesetengah isteri akan merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan suami Ikuti kisah ini Assalamualaikum min Harap hide nama saya Nak bertanya pendapat deng...
Video Pedas Anggota Dpr Keras Ke Pak Bas Ganti Makan Siang Gratis Sentil Potongan Gaji Tapera

Video Pedas Anggota Dpr Keras Ke Pak Bas Ganti Makan Siang Gratis Sentil Potongan Gaji Tapera

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 239 hits
Dedi mengusulkan lebih baik membangun atau merenovasi sekolah yang rusak dibandingkan memberi makan siang gratis
Saya Dan Aedy Kawan Tak Rapat Macam Dulu Amelia Henderson Putus Cinta

Saya Dan Aedy Kawan Tak Rapat Macam Dulu Amelia Henderson Putus Cinta

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 192 hits
Saya dan Aedy kawan ujar aktres Amelia Henderson Pelakon kacukan India dan Scotland Amelia Henderson tampil bersuara dan memaklumkan hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf kini sudah tidak menjalinkan hubungan cinta Saya dan Aedy kawan Pemili...
Keh Keh Macamana Gang Ulamak Hangpa Nak Biar Hadi Awang Jadi Apa

Keh Keh Macamana Gang Ulamak Hangpa Nak Biar Hadi Awang Jadi Apa

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 180 hits
Masalahnya geng ustad mau ka depa dua ni Nusi tu kalau lekat kes yang Istana Selangor repot pakai terlucut lah Kat Teganu pulak kes tanah dijual kat persatuan bini sendiri dengan harga murah berkali ganda dari harga pasaran 30 juta dijual h...
Makan Curry Seafood Laksa Di Secret Recipe

Makan Curry Seafood Laksa Di Secret Recipe

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum WBT SETELAH beberapa minggu tak berkesempatan menziarahi pusara Allahyarhamah ibu tersayang pagi ni Sk datang ditemani Iman Dapat jugak hadiahkan Surat Yassin dan doa buat ibu Kali terakhir Sk ke sini hari khamis petang dala...
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

More Bullying Complaints At Mrsms Coming In Says Asyraf

Poland Will Get A Chunk Of Ukraine