Apa Saya Kata Dua Tahun Lalu Tmj Ulas Coronavirus


BERITA

Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membuat beberapa hantaran di media sosial yang kelihatan seakan mengkritik cara Putrajaya menangani isu coronavirus di Malaysia.

Hantaran pertama memberi maklum balas terhadap pengguna Twitter yang mengadu mengenai perdana menteri tidak cekap dan menggesa Tunku Ismail untuk beruat sesuatu.

"Apa yang saya kata dua tahun lalu? Satu demi satu isu. Ekonomi, agama, ketegangan kaum, dasar yang tidak stabil dan tidak konsisten, kos sara hidup meningkat dan sekarang penjagaan kesihatan.

"Dulu apabila bersuara, digesa oleh rakyat jangan masuk campur hal pentadbiran kerajaan dan politik. Sekarang?" Titah baginda pada ciapan di Twitter.

Pada kicauan keduanya di Twitter, Tunku Ismail menggesa kerajaan mendengar suara rakyat dan tidak menunggu sehingga keadaan bertambah buruk.

"Tak akan nak tunggu kritikal baru nak bertindak. Paling kurang tolonglah buat satu perkara yang betul. Hanya satu. Dengar suara Rakyat," titah baginda.HRH Crown Prince of Johor@HRHJohorIITak akan nak tunggu Critical baru nak bertindak. At least try to do 1 correct thing. Only 1. Dengar suara Rakyat
3,8809:24 PM - Jan 26, 2020Twitter Ads info and privacy4,888 people are talking about thisPada hantaran baginda di Facebook pula Tunku Ismail bertitah akan melakukan apa saja yang termampu demi rakyat.

"Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H).

"Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah SWT berkati kita semua," titah baginda yang menjelaskan akan berbuat demikian kerana ramai pihak yang memintanya bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus Wuhan itu.
Tunku mahkota juga mengingatkan walaupun sanggup dicaci dan dimaki untuk membela rakyat, namun "dua tahun lalu" baginda "telah disuruh berdiam diri."

"Ramai yang meminta saya untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di negara kita.

"Dua tahun yang lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan.

"Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara.

"Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini," titah baginda lagi.

Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dimaksudkan baginda dengan "dua tahun lalu" itu.

Sebelum pilihan raya umum 2018, Tunku Ismail pernah bertitah seolah tidak menyokong perubahan kerajaan dan mengeluarkan kenyataan yang dilihat menentang Dr Mahathir Mohamad.

Selepas PRU14, baginda juga bergeser dengan Putrajaya apabila pentadbiran itu bercakap menentang langkah Johor untuk menukar status Pulau Kukup daripada taman negara ke tanah kesultanan.
Tunku Ismail juga merupakan pengkritik rancangan kerajaan untuk memeterai Statut Rom yang mengesahkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dengan mengatakan langkah tersebut akan menjejaskan kedaulatan Malaysia.

Teguran terbaru baginda tercetus di tengah-tengah kritikan orang ramai mengenai keputusan kerajaan untuk tidak menyekat pelancong China daripada masuk ke negara ini di tengah-tengah penularan wabak coronavirus di Wuhan.

Petisyen dalam talian mendesak kerajaan untuk menghalang pelancong China telah mengumpul lebih 300,000 penyokong.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan sekatan itu tidak perlu kerana Beijing telah membuat 'penutupan' di kawasan yang terjejas.

Beliau juga memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mengatakan bahawa virus itu belum lagi menjadi darurat kesihatan awam. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/apa-saya-kata-dua-tahun-lalu-tmj-ulas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 621 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu Gombak semalam Kejadian disedari oleh...
Otak Anak Ligat Jika Diberi Main Puzzle Seawal Dua Tahun Perkembangannya Pun Bagus

Otak Anak Ligat Jika Diberi Main Puzzle Seawal Dua Tahun Perkembangannya Pun Bagus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 483 hits
Masih teragak agak nak beli mainan apa yang sesuai untuk perkembangan anak ibu bapa boleh pilih aktiviti puzzle dan pentingnya beli ikut kesesuaian umur Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh bagi anak mainan puzzle ini mengik...
Boleh Membaca Buku Di Usia Dua Tahun Haryz Menjadi Ahli Temuda Persatuan Iq Tinggi Global

Boleh Membaca Buku Di Usia Dua Tahun Haryz Menjadi Ahli Temuda Persatuan Iq Tinggi Global

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 391 hits
Ketika si kecil Haryz sudah mampu mengucapkan kata kata pertamanya pada usia tujuh bulan ibunya Anira tahu dia akan menjadi istimewa Malah ketika berumur dua tahun pemilik nama penuh Muhammad Haryz Nadzim itu boleh membaca buku Sekarang kan...
Dua Beranak Bertemu Selepas 35 Tahun

Dua Beranak Bertemu Selepas 35 Tahun

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 254 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi HARI ini menjadi hari bersejarah buat dua beranak apabila dipertemukan semula selepas 35 tahun berpisah Abu Hasan Razali 60 disatukan dengan seorang daripada dua anaknya iaitu Khairunnisah 35 Menurut Abu Hasan da...
Coronavirus Xi Jinping Kata China Dalam Keadaan Serius

Coronavirus Xi Jinping Kata China Dalam Keadaan Serius

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 343 hits
REUTERS Presiden China Xi Jinping menyifatkan China berdepan keadaan serius susulan peningkatan kematian akibat wabak coronavirus menyuramkan sambutan tahun baru Cina yang bermula semalam Dengan lebih 1 400 orang dijangkiti di seluruh dunia...
Apa Yang Saya Jangkakan Dua Tahun Lalu Telah Terjadi Pada Hari Ini Tunku Ismail

Apa Yang Saya Jangkakan Dua Tahun Lalu Telah Terjadi Pada Hari Ini Tunku Ismail

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 229 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR Setelah agak lama tidak mengulas isu semasa hari ini Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik hantaran mengenai koronavirus virus dari China yang turut melibatka...
Budak 2 Tahun Kudung Dua Tangan Lepas Main Paku Di Rumah

Budak 2 Tahun Kudung Dua Tangan Lepas Main Paku Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 925 hits
Seorang kanak kanak hilang kedua dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain di rumahnya Lapor Sin Chew Daily seperti dipetik Asia One kejadian berlaku pada 13 Januari di wilayah Liaoning China Pada hari kejadian Jun Jun ...
What Did I Tell You Two Years Ago Tmj On Gov T And Coronavirus

What Did I Tell You Two Years Ago Tmj On Gov T And Coronavirus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 301 hits
Johor Regent Tunku Ismail Sultan Ibrahim has made a series of social media postings that appear to be criticising Putrajaya s handling of the new coronavirus issue in the country The first posting was in response to a Twitter user complaini...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner