Apa Salahnya Jika Dap Memerintah


malaysiakini.com
Arthur Chiong Sen Sern
Diterbitkan: Sep 26, 2022 10:02 AM
KATA ADUN l Saya sangat tertarik untuk memberikan pendapat saya mengenai kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan bahawa apa yang akan berlaku jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung nanti.

Dia berkata bahawa DAP akan memerintah jika Pakatan Harapan menang PRU-15. Saya ingin mempersoalkan kenyataan beliau, apa salahnya jika DAP memerintah negara kita?

Dalam arena politik, sudah pasti kita berbeda pendapat dan ideologi namun kenapa perlunya menyuntik kebencian dalam kalangan rakyat tentang imej salah sebuah parti sahaja? Adakah Saravanan cuba membawa politik perkauman?
M SaravananSeperti parti-parti politik yang sedia ada, DAP juga merupakan parti politik yang mempunyai aliran perjuangan masing-masing demi pembangunan negara kita.

Berapa lama lagi parti-parti komponen Barisan Nasional mahu menjadikan isu ini sebagai modal bagi meracuni fikiran pengundi kita? Ini abad ke-21 dan kita harus mempraktikkan politik matang.

Jika memang niatnya jujur ingin berjuang demi negara, buktikanlah melalui gerak kerja dan pelaksanaan manifesto kepada rakyat. Tetapi jangan berfitnah antara satu sama lain dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas langsung. Jadilah ahli politik yang berwibawa.

Untuk makluman Saravanan, Pakatan Harapan tidak serupa seperti Barisan Nasional. Umno merupakan parti dominan dan juga pembuat keputusan yang utama. Malah Pakatan Harapan mempunyai Majlis Presiden PH untuk mengambil segala keputusan dan perbincangan diadakan secara kerap. Bukan seperti Majlis Tertinggi Barisan Nasional, tiada perbincangan langsung.
Untuk lebih jelas, seluruh negara maklum akan isu perebutan kerusi DUN dan Parlimen antara beberapa pemimpin Umno dan juga MIC bagi PRU-15 nanti. Ukur baju di badan sendiri. Selesaikan konflik antara parti komponen dahulu sebelum memberikan kenyataan yang tidak wajar terhadap parti politik yang lain.

Sebagai wakil rakyat dan juga rakyat biasa, saya juga berhak untuk mempersoalkan kredibiliti Saravanan sebagai seorang menteri sumber manusia. Apakah sumbangannya untuk merangsangkan industri sumber manusia di Malaysia sehingga kini?

Ratusan graduan masih lagi menganggur dan hilang pekerjaan. Apakah tindakan/inisiatif yang diambil oleh Saravanan dalam mengekang isu-isu penting seperti ini selain menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadap parti politik yang lain?

Peluang kemenangan mana-mana gabungan parti dalam PRU-15 adalah di atas keputusan yang bakal diambil oleh rakyat Malaysia nanti. Jadi nasihat saya kepada Saravanan dan ahli-ahli politik yang lain, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dahulu dan rakyat sendiri akan menilai kelayakan anda untuk mewakili mereka dalam kerajaan nanti.

ARTHUR CHIONG SEN SERN adalah Adun Bukit Batu dan pengarah strategi majlis pimpinan PKR Johor.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/apa-salahnya-jika-dap-memerintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 273 hits
CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR INI CONTOH YA BUKAN BETUL BETUL SUMBER KAMSIAH HAIDER TIADA KAITAN PUN INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL MISALNYA LAH KALAU TERIMA SUMBER KAMSIAH HAIDER
What Type Of Malays Are Acceptable To You Zaid Asks Dap

What Type Of Malays Are Acceptable To You Zaid Asks Dap

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 351 hits
Zaid Ibrahim says to resolve issues surrounding racism leaders must speak correctly politely and based on facts PETALING JAYA Zaid Ibrahim has lauded Parti Sosialis Malaysia president Dr Michael Jeyakumar Devaraj for his balanced approach t...
Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 368 hits
UMNO tidak melihat hasrat DAP untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai satu ancaman Ini kerana semua parti tidak boleh lagi berselindung di sebalik kelemahan masing masing kerana semuanya pernah menjadi...
Dap Women Need Career Opportunities Not Female Only Universities

Dap Women Need Career Opportunities Not Female Only Universities

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 391 hits
The problem faced by most Malaysian women was entering the workforce after finishing higher education and not admission into public universities said Kluang MP Wong Shu Qi Wong who is also the DAP executive secretary for political education...
Salah Mahathir Ke Salah Dap

Salah Mahathir Ke Salah Dap

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 220 hits
4 hari lepas 1USD RM4 533 hari lepas 1USD RM4 54Hari ini 1USD RM4 55Nilai ringgit terus merosot berbanding USD Entah siapa yang salah ku tak tahu
Dap Outlines 9 Proposals For Budget 2023 In Memo To Govt

Dap Outlines 9 Proposals For Budget 2023 In Memo To Govt

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 330 hits
Describing Malaysia as being at a crucial juncture DAP today submitted a memorandum on Budget 2023 to the government The memorandum drew a particular focus on rebuilding small to medium enterprises resilience food security flood preparednes...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alchemy Of The Arc A Beginners Guide For Welding Custom Motorcycles

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri