Apa Salahnya Alamak Raya Lagi


 

Tahun ini lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ meletup sehingga menembusi beberapa negara di rantau Asia. Dahsyatlah. Memang setiap tahun ada sahaja lagu raya baharu dihasilkan dan dinyanyikan oleh ramai penyanyi tapi selalunya meletup atau tak meletup kira nasiblah. Ada yang makan tahun baru popular dan dapat diterima masyarakat, ada pula lagu dan liriknya baik tetapi terus tenggelam.
Kejayaan lagu raya sukar diramal. Formula untuk meletupkan lagu raya ini barangkali ‘sedih-sedih’ tetapi banyak juga tak menjadi. Zaman ini orang dah tak mahu meleret-leret, jadi kalau boleh intro atau solo pun jangan panjang-panjang, tapi itupun belum menjanjikan lagu raya itu naik.
Bagaikan satu keajaiban, lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ menjadi. Lagu nyanyian trio De Fam ini berjaya menempatkan diri bersama barisan lagu raya yang akan dikenang zaman. Kalau tak mampu bertahan seperti lagu-lagu lain pun, ia harus diakui berjaya menjadi fenomena pada tahun ini. Ini memang bonus raya untuk mereka. Azira Shafinaz, Sophia Liana, dan Cik Manggis yang menganggotai De Fam barangkali tak menyangka lagu ini akan jadi sebesar itu tapi dah rezeki, maka menjadilah. Rezeki misteri Tuhan. Ini tahun De Fam pula dapat!
Bila meletup pasti akan mendapat perhatian. Yang jadi masalah apabila lagu dikatakan tak bagus, perkataan ‘Alamak’ dikatakan berbaur negatif, dan didakwa tidak membawa maksud ‘hari raya yang sebenarnya’. Gambaran raya di dalam ‘Alamak Raya Lagi!’ ini dikatakan kosong dan melakar raya sekadar hiburan sahaja sedangkan maksud hari raya itu ‘amat besar’. Sosok-sosok berpengaruh turut mengkritik lagu tersebut sebagai entah apa-apa.
Namun ‘Alamak Raya Lagi!’ punyalah meletup hinggakan ramai yang membuat video sendiri gunakan lagu ini siap menari lagi. Minah di Jepun, di India pun buat video menari lagu ini. Ini betul-betul gempak!
Kita tolak ke tepi tarian-tarian itu, ayuh kita tinjau di mana salahnya lagu ini sampaikan ada pihak jadi rimas dan bengang. ‘Alamak Raya Lagi!’ menurut De Fam mengambil kisah betapa kalutnya rakyat ketika berlakunya peristiwa raya terkejut beberapa tahun yang lalu. Itu asas kisah lagu tersebut tetapi ia boleh pergi lebih luas lagi sebab ia juga menggambarkan cara hidup generasi kini.
Lihat rangkap pertama yang menggambarkan kita yang kini hidup di era internet leka dan ralit dengan bermacam hal tetapi semua hal tersebut hanya berlaku pada skrin gajet. Dalam kelekaan di alam maya itu kita tak sedar masa bergerak dan Ramadan pun sampai. Tetapi kita balik semula ke alam maya sebab kita mahu maklumat yang pantas lalu kita gugel bagaimana nak baca niat puasa kerana Google menjawab lebih cepat daripada manusia di hadapan kita, di alam nyata:
Sebulan sebelum Raya
Baru tahu esok puasa
Terlupa niat Google cepat
Masa berlalu begitu cepat
Sedar-sedar malam 24
Nak beli tiket dah tak sempat
Nak sewa kereta dah terlambat
Begitulah keadaan hari ini yang mereka gambarkan. Gajet merampas ketelitian kita pada alam nyata. Gambaran jalan kampung yang melekat dan melekit itupun memang betul. Generasi hari ini ada yang berasa geli dengan jalan berbecak sebab kampung sudah menjadi asing. Mereka hanya mengikut ibu dan ayah beraya kerana orang tua mereka masih ada pertalian manakala orang muda sudah berasa jauh. Suatu hari nanti apabila generasi ini sudah berkeluarga, anak-anak mereka tidak akan berasa apa-apa lagi pada kampung sebab tiada siapa pun yang mereka kenal. Sebenarnya perkara ini bukan pelik, ia memang sentiasa berlaku dan akan terus berlaku.
Dulu kalau raya Kuala Lumpur akan sunyi-sepi seperti dilanggar garuda. Lebih separuh orang Kuala Lumpur adalah perantau yang ada kampung halaman. Kini mereka sudah beranak-pinak. Orang di kampung sudah tiada. Anak-anak telah berkeluarga dan sepanjang hidup mereka sentiasa di Kuala Lumpur. Maka kita lihat hari ini apabila hari raya, Kuala Lumpur tidak sesepi dahulu. Jika sepi pun hanya dua tiga hari sahaja, kemudian ia kembali sesak. Taman perumahan, kondominium di pinggir ibu kota sudah menjadi kampung halaman buat generasi hari ini.
Kemudian ada disebut wifi dalam rangkap berikutnya. Ya, wifi sudah menjadi barang keperluan pada zaman ini. Internet hari ini sudah menjadi dadah kehidupan. Inilah realiti sekarang yang dirakamkan dalam lagu ‘Alamak Raya Lagi!’. Ini mengingatkan saya kepada lagu raya klasik 1950-an ciptaan Ismail Marzuki berjudul Selamat Hari Lebaran yang menyebut judi, mabuk brandi, dan korupsi pada senikatanya.
Apa punya gila lagu raya ada benda-benda negatif begini? Tetapi Ismail berikan gambaran sebenar bagaimana orang kota pasca merdeka di Indonesia (rasanya sama juga di Malaysia) menyambut raya. Cuma, apabila lagu tersebut dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi kemudiannya, seperti Gita Gutawa dan Sharifah Aini, rangkap tersebut dibuang. Menjaga sensitiviti pihak-pihak lain agaknya. Dalam lagu jangan disebut tapi di dunia nyata ia berlaku malah barangkali lebih teruk daripada yang digambarkan.
Mungkin sebab dalam lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ ini ada makian kasar terhadap wifi yang perlahan ‘macam ba..’ yang hanya disebut sekerat, mungkin bermaksud ‘babi’ maka itu sebab lagu ini membuatkan sesetengah pihak berasa panas.
Untuk saya, lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ cuba mengajak pendengar bergembira dengan ragam kita yang kelam-kabut menyambut raya mengejut. Sejujurnya memang kita semua huru-hara pada waktu itu, kan? Juga pada ketika lainnya, bukan tahun itu sahaja, dek kerana kesibukan dengan urusan kerja dan persaingan hidup, kita juga kelam-kabut membuat persiapan raya. Itu sahaja. Rukun hari raya iaitu lemang dan ketupat tetap ada di dalam liriknya sama seperti lagu-lagu lama.
Generasi sudah berubah. Lagu-lagu raya yang sedih meleweh, syahdu mendayu, intro dan solo yang panjang barangkali mereka sudah tak mahu lagi. Itupun satu hal juga. Seperti yang pernah saya tulis, mengapa lagu raya kerap sedih-sedih? Kita kata generasi hari ini lembik, tak macam kita dulu tetapi lagu raya zaman ini sudah kembali cergas dan meriah meninggalkan kita yang mengaku kuat tetapi lagu, drama, filem yang kita minat semuanya kisah cengeng.
Hendak tak hendak saya kena akur, inilah lagu raya zaman ini. Memang lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ ini bukan selera saya tetapi serahkanlah baton kepada generasi bawah yang menggemarinya. Ini roda hidup. Seperti saya waktu kanak-kanak dahulu menggemari biskut raya moden, alih-alih hari ini mencari dodol, putu kacang, dan bahulu. Padahal waktu budak-budak dahulu melihat wajik pun saya geli. Saya lebih suka makan biskut mazola. Suatu masa nanti mereka barangkali akan jadi seperti kita juga agaknya.
Benar, pengertian hari raya itu terlalu besar. Bukan setakat menukil tentang lemang, rendang, dan ketupat saja. Itu lagu raya yang menggambarkan latar budaya kita di nusantara ini. Ada lagu raya mengupas makna yang lebih bersifat sejagat seperti Salam Dunia oleh M Nasir. Makna raya kalau digali dalam-dalam ia menjadi makin besar. Lagu seperti ‘Alamak Raya Lagi!’ ini hanyalah satu cebisan yang sangat kecil dari pengertian raya yang luas, sama juga seperti lagu-lagu raya lain. Bagi saya De Fam melalui lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ tidak berniat untuk menghuraikan makna raya seluasnya maka tak usahlah kita mengharapkan sesuatu yang besar pada lagu itu.
Usahlah kita beria-ia hendak menghempapkan pengertian yang berat tentang hari raya ke atas lagu ini. Tak adillah. Rilekslah! Lagu raya sedih-sedih, lemang ketupat, balik kampung itupun hanya cebisan kecil daripada pengertian luas hari raya itu. Ia pun bukan gambaran hakikat sebenar Aidilfitri tapi seolah sudah dipatenkan bahawa itulah makna raya yang hakiki. Yang lain, bukan. Alah! Janganlah begitu. Ayuh! Kita layan ajalah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/apa-salahnya-alamak-raya-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Buat Konsert Di Kl Tak Lama Lagi Oneus Sertai Trend Lagu Alamak Raya Lagi

Bakal Buat Konsert Di Kl Tak Lama Lagi Oneus Sertai Trend Lagu Alamak Raya Lagi

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 126 hits
Peminat tempatan pastinya mengetahui bahawa ONEUS bakal melakukan penampilan sulung di Malaysia tak lama lagi Artikel Berkaitan 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR La Dolce Vita in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Soul Joy Entertainment anjuran bersama S...
Lirik Lagu Alamak Raya Lagi Kumpulan De Fam

Lirik Lagu Alamak Raya Lagi Kumpulan De Fam

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 263 hits
Alamak alamak alamakSebulan sebelum RayaBaru tahu esok puasaTerlupa niat Google cepatMasa berlalu begitu cepatSedar sedar malam 24Nak beli tiket dah tak sempatNak sewa kereta dah terlambatAlamak alamak alamakAlamak Raya lagiKuih raya tak ja...
De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 185 hits
THE Raya vibe is alive and strong all the way in Nippon A loveable and all too cute video of three young Japanese girls miming to popular Hari Raya tune Alamak Raya Lagi has netizens in awe of the trio s brilliantly on point performance The...
Ustazah Tegur Trend Alamak Raya Berlumba Tunjuk Gedik Siapa Paling Jadi

Ustazah Tegur Trend Alamak Raya Berlumba Tunjuk Gedik Siapa Paling Jadi

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 117 hits
SUASANA raya bagaikan tidak lengkap sekiranya ahli keluarga dan sanak saudara yang berkumpul tidak melakukan aktiviti bersama sama Seiring perubahan zaman aktiviti yang dilakukan masyarakat tanpa mengira batas usia adalah mengikut trend ter...
Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 1365 hits
Dengan Bismillah Marshmallow Elle Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini Nak diingatkan s...
Hari Raya Harga Ayam Tidak Melambung Warga Net Puas Hati

Hari Raya Harga Ayam Tidak Melambung Warga Net Puas Hati

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 1424 hits
Dakwaan harga ayam meningkat secara mendadak menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dibidas pempengaruh media sosial Najib Bakar Hasil perkongsian tangkap layar oleh pengguna maya di Facebooknya membuktikan harga ayam masih di ba...
How Malaysian Is Duit Raya

How Malaysian Is Duit Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 250 hits
Hari Raya Aidilfitri gifts cash or otherwise are a common tradition in many Muslim communities worldwide PETALING JAYA With Hari Raya Aidilfitri being celebrated now children have begun to debate who will collect the most duit raya this yea...
Beli Tudung Raya Kanak Kanak Terkini Di Butik Online Tudung Si Comel

Beli Tudung Raya Kanak Kanak Terkini Di Butik Online Tudung Si Comel

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 215 hits
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Beli Tudung Raya Kanak kanak di Butik Online Tudung Si Comel Salam Ramadhan Selamat berpuasa buat semua yang singgah atau tersesat ke blog ni huhuhu Moga Allah beri kesihatan yang baik...
Op Selamat Ke 22 Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Menurun

Op Selamat Ke 22 Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Menurun

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 175 hits
PETALING JAYA Polis Diraja Malaysia merekodkan kematian akibat kemalangan jalan raya menurun pada hari keempat Op Selamat ke 22 semalam Sepanjang tempoh itu sebanyak 16 kes direkodkan di seluruh negara Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids