Apa Salah Song Jihyo Rating Rendah Media Korea Mahu Produksi Running Man Bertanggungjawab
Mengapa kejatuhan “Running Man” dikaitkan dengan penyertaan Song Ji-hyo yang kurang menyerlah pada saban episod?
ARTIKEL BERKAITAN
"Bukan Kekuatan Dia.." - Disuruh Keluar 'Running Man', Peminat Pertahan Song Jihyo
Baru-baru ini, segelintir penonton Korea membanjiri pelakon wanita itu dengan kritikan dek kelakuan pasif ketika tayangan pada 25 Jun. Malah ada yang meminta Song Ji-hyo supaya mengundurkan diri dari “Running Man”.
Bukan hanya menjadi bualan penonton, media Korea turut mengambil berat mengenai isu yang dibangkitkan ini dan menulis artikel bagi mengupas apa yang sebenarnya dilalui mereka. Adakah ianya salah Song Ji-hyo atau pihak produksi sendiri?
Peluang menonjol berkurang
Sejak 2010, Song Ji-hyo menjadi ahli tetap yang disayangi ramai bukan kerana jenakanya. Digelar sebagai ‘ace’ yang tidak teragak-agak untuk berlawan secara fizikal bersama ahli lelaki, dia juga dikenali sebagai ‘Mong Ji-hyo’ kerana sering ‘blur’ termasuklah ‘tangan emas’ kerana tuah yang sentiasa berpihak padanya.
Masalah kini berpunca daripada peralihan ke format bual bicara dek memikirkan keadaan fizikal setiap ahli yang semakin memburuk selepas berlari ke sana sini. Jadi, peluang untuk Song Ji-hyo untuk menonjolkan kelebihannya berkurang.
Populariti global
Dua tahun lalu, kedudukan “Running Man” sedikit tergugat apabila Lee Kwang-soo yang popular dalam kalangan peminat antarabangsa memilih untuk meninggalkan program itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menstabilkan situasi kerana kekuatan ukhwah di antara setiap ahli.
Tapi kini, adakah dengan membuang Song Ji-hyo, “Running Man” akan kembali meraih pengiktirafan seperti dahulu? Penonton tidak boleh menyangkal bahawa wanita itu ialah pusat kepada populariti di peringkat Hallyu. Ini terbukti apabila Pertubuhan Korea Bagi Pertukaran Budaya Antarabangsa 2023 menempatkan Song Ji-hyo dalam kedudukan yang agak tinggi bagi pengaruhnya di Malaysia meskipun kurang aktif sebagai pelakon.
Bahkan para penonton ketika perjumpaan peminat Manila, Filipina juga secara sepakat menjerit nama Song Ji-hyo berulang kali apabila ditanya siapa ahli kegemaran mereka dalam “Running Man”.
“Running Man” yang kini berlegar-legar antara rating 3% ke 4% sepatutnya berterima kasih memandangkan pencapaian itu sebenarnya turut bergantung kepada sokongan dari luar negara.
Tanggungjawab pihak produksi
Pihak “Running Man” sendiri sepatutnya mengambil masa untuk muhasabah diri melihat rekod rating yang kian menurun. Sejak dahulu, program itu disukai ramai kerana elemen kerjasama antara ahli sebagai satu pasukan dan bukannya dek tetamu. Sebenarnya, keutuhan ahli adalah rahsia kepada hayat yang panjang dalam dunia hiburan. Kalau lah keserasian antara ahli tak dapat diselamatkan kerana format berbeza, bukankah ia salah staf produksi dan bukannya kerana personaliti Song Ji-hyo?
Sesungguhnya, pengunduran diri pelakon wanita itu sebenarnya bukanlah jawapan terbaik untuk menyelamatkan “Running Man”.
Korang pula bagaimana?
*pendapat ini diambil dari media Korea dan mungkin selari/tidak selari dengan pandangan KimchiDaily
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/apa-salah-song-jihyo-rating-rendah-media-korea-mahu-produksi-running-man-bertanggungjawab/