Apa Rahsia Negara Qatar Menjadi Sangat Kaya Dan Berjaya


Sejak tiga dekad yang lalu, Qatar berubah menjadi antara salah sebuah negara dengan ekonomi terkaya di dunia. Qatar mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1971 dan ketika itu, ia merupakan antara ekonomi termiskin di timur tengah. Ekonomi Qatar sangat bergantung kepada industri perikanan.


Ramai yang percaya bahawa penemuan minyak dan gas asli adalah punca kepada kejayaan ekonomi Qatar.

Fakta ini benar kerana minyak dan gas asli sememangnya memainkan peranan besar dalam mengubah ekonomi Qatar.

Namun memiliki sumber semula jadi sahaja tidak bermakna mereka akan menjadi kaya.

Banyak negara yang dikurniakan dengan sumber alam namun ia tidak membuatkan mereka kaya malah sebaliknya, contoh yang paling mudah adalah Korea Utara dan Venezuela.

Apa yang berbeza dengan Qatar adalah mereka tahu cara untuk menguruskannya dengan begitu efektif.

Penemuan Minyak dan Gas Asli

Untuk beberapa dekad yang lalu, permintaan terhadap minyak dan gas asli meningkat. Hal ini sekaligus memberi manfaat kepada Qatar untuk menjadi ekonomi terkaya di Timur Tengah.

Medan minyak pertama ditemui seawal tahun 1939 iaitu di medan Dukhan, namun ia tidak mengubah Qatar menjadi sebuah negara yang mewah.

Pada tahun 1951, Qatar mengeluarkan 46,500 tong minyak sehari, memberikan hasil $4.2 juta.

Penemuan medan minyak luar pesisir dan pembangunannya oleh Shell membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran Qatar kepada 233,000 tong sehari.

Hasil baharu daripada eksport minyak menjadikan keluarga pemerintah semakin kaya dan Qatar memulakan proses pemodenan yang perlahan.

Sekolah pertama negara, hospital, loji kuasa, loji penyahgaraman, dan pertukaran telefon semuanya dibuka pada tahun 1950-an.

Pada tahun 1971, medan gas asli terbesar di dunia, medan South Pars/North Dome Gas-Condensate, ditemui di luar pantai Qatar.

Pengeluaran petroleum masih berjalan tinggi pada masa itu, jadi lapangan yang baharu ditemukan ini tidak dibangunkan lagi.

Permintaan gas asli juga tidaklah begitu tinggi pada ketika itu kerana pada tahun 1970an, gas asli hanya boleh diangkut melalui saluran paip gas.

Qatar juga jauh dari tempat di mana gas asli mendapat permintaan tinggi dan ini adalah satu masalah besar. Jadi tidak lama kemudian, Qatar melupakan medan gas asli besar yang dimiliki ini.

Menjelang 1995, keadaan di Qatar tidak berubah.

Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kemudiannya mengambil takhta dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah daripada bapanya Emir Khalifa bin Hamad, semasa beliau berada di Switzerland.

Sheikh Hamad menetapkan hala tuju baharu untuk Qatar. Di bawah kepimpinannya, Qatar sekali lagi mula mengeksploitasi medan gas asli gergasi mereka.

Salah satu langkah pertama Sheikh Hamad ialah mempercepatkan pembangunan lapangan North Dome.

Sheikh Hamad mula melabur dalam teknologi yang jarang dilakukan seperti pencairan yang boleh membawa gas asli dalam bentuk cecair.

Cara ini membolehkan gas asli diangkut menggunakan kapal besar seperti minyak. Tetapi untuk melakukan ini, gas asli perlu disejukkan pada suhu -161 Celcius.

Oleh itu, Qatar melaburkan dengan banyak bagi membangunkan teknologi ini untuk meningkatkan permintaan gas asli mereka dari negara yang terletak jauh.

Dengan ini, Qatar menjadi pengeksport gas asli cecair terbesar di dunia.

Kos pengekstrakan dan pencairan yang ditanggung Qatar adalah termurah berbanding negara lain di dunia, sekaligus membolehkan mereka mengaut keuntungan walaupun dijual pada harga yang rendah.

Kebanyakan gas asli Qatar dieksport ke ekonomi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, dan China.

Qatar juga mampu mengeksport gas aslinya ke seluruh dunia, yang menjadikan ekonomi mereka sebagai salah satu yang terhebat di Timur Tengah.

Menyimpan berbanding berbelanja

Seperti yang dinyatakan di atas, mempunyai rizab minyak dan gas yang besar tidak menjamin bahawa ekonomi boleh menjadi kaya, seperti Venezuela.

Kebanyakan ekonomi yang kaya dengan minyak membelanjakan wang tersebut dan bukannya menyimpan untuk kemudian hari bagi membina ekonomi mereka.

Tetapi Qatar tahu bahawa hasil minyak sangat tidak menentu, jadi mereka mula menyimpan perolehan yang diterima dari hasil minyak dan melaburkannya di seluruh dunia.

Qatar Investment Authority (QIA) adalah dana yang dilancarkan oleh kerajaan negara ini pada tahun 2005.

Sebagai dana kekayaan negara, ia melaburkan wang yang diterima daripada hasil minyak untuk menjadikan ekonominya lebih berdaya tahan dan mengurangkan pergantungan kepada minyak dalam jangka panjang.

QIA melabur dana di peringkat antarabangsa untuk mempelbagaikan dan mengembangkan aset ekonominya di seluruh dunia seperti hartanah, syarikat awam dan mata wang. Sehingga tahun 2022, QIA bernilai RM1.6 trilion.

Matlamat QIA adalah untuk menghasilkan pulangan yang baik dan menghapuskan pergantungan kepada minyak dan gas asli.

Ini adalah perbezaan antara Qatar dan ekonomi miskin lain yang dikurniakan dengan sumber asli.

Pengaruh Global Qatar


Apabila Ekonomi Qatar menjadi semakin kaya dan berkembang dari segi saiz, pengaruh global Qatar juga semakin meningkat.

Ini membuatkan banyak ekonomi Timur Tengah bimbang seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Apabila emir baharu mengambil alih kuasa, salah satu matlamat beliau adalah meningkatkan pengaruh global Qatar.

Pada tahun 2003, Arab Saudi meminta Amerika Syarikat untuk membawa tenteranya keluar dari negara mereka.

Qatar melihatkan ini sebagai satu peluang keemasan, lantas memperlihatkan negara mereka sebagai destinasi baharu untuk tentera AS.

Mereka membelanjakan lebih daripada RM4 bilion untuk membina pangkalan tentera yang mana membuatkan Qatar selesa dengan keselamatan negaranya.

Dan dengan Qatar sebagai ekonomi Timur Tengah pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada 2022, menunjukkan betapa kuatnya kuasa dan kekayaan dimiliki negara ini.

KDNK per kapita Qatar telah meningkat daripada 2,755 pada tahun 1970 kepada 61,276 pada tahun 2021.

Ia adalah salah satu yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 22 kali ganda.

Pada tahun 2016, Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan ke atas Qatar kerana dakwaan menyokong organisasi pengganas.

Tetapi sekatan tersebut gagal dalam percubaan mereka untuk memperlahankan pertumbuhan ekonomi Qatar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Sebenarnya Arab Memusuhi Qatar?Mengapa Arab Lebih Memusuhi Hamas dan Ikhwan Muslimin Berbanding Israel?
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/12/rahsia-qatar-kaya-dan-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Untuk Berjaya Dengan Bimbingan Dan Sokongan Dari Team Developer Nucleus Token

Rahsia Untuk Berjaya Dengan Bimbingan Dan Sokongan Dari Team Developer Nucleus Token

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 175 hits
Nucleus Token adalah token yang dilahirkan di Malaysia pada 28 September 2022 oleh 11 anak muda yang begitu komited untuk mengembangkan komuniti pemegang aset digital kripto Nucleus Token ini ke seluruh dunia Nucleus Token adalah Token Mala...
Besaran Hadiah Piala Dunia Qatar 2022 Dari Pemenang Hingga Negara Lolos 16 Besar

Besaran Hadiah Piala Dunia Qatar 2022 Dari Pemenang Hingga Negara Lolos 16 Besar

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 173 hits
Kejuaraan didapatkan setelah berhasil mengalahkan Prancis dengan adu penalti yakni 4 2 Melansir dari The Sporting FIFA sudah mengalokasikan dana sebanyak USD 440 juta atau setara Rp6 8 triliun untuk piala dunia Qatar 2022
Fatin Afeefa Bongkar Rahsia Pilih Suami Sebab Hensem Amp Comel Kaya Nombor Dua

Fatin Afeefa Bongkar Rahsia Pilih Suami Sebab Hensem Amp Comel Kaya Nombor Dua

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 134 hits
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan terdapat seorang individu yang mendakwa isterinya telah memilih dia sebagai pasangan hidup adalah disebabkan harta Namun begitu dakwaan yang dileparkan oleh netizen itu tidak b...
Gareth Southgate Berniat Untuk Tetap Menjadi Manajer Inggris Hingga Euro 2024 Berita Sepak Bola

Gareth Southgate Berniat Untuk Tetap Menjadi Manajer Inggris Hingga Euro 2024 Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 197 hits
Gareth Southgate berniat untuk tetap menjadi manajer Inggris hingga berakhirnya Kejuaraan Eropa 2024 Berita Olahraga Langit telah mengkonfirmasi laporan surat kabar bahwa Southgate yakin dia harus tetap tinggal dan akan memberi tahu FA tent...
Cara Mendidik Anak Agar Menjadi Bibit Yang Unggul Dan Sukses Di Masa Depan

Cara Mendidik Anak Agar Menjadi Bibit Yang Unggul Dan Sukses Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 168 hits
Membesarkan anak untuk menjadi seseorang yang sukses nantinya bisa dilakukan dengan beberapa cara Apa saja
Reborn Rich Atasi Sky Castle Untuk Menjadi Drama Dengan Rating Kedua Tertinggi Dalam Sejarah Tv Kabel

Reborn Rich Atasi Sky Castle Untuk Menjadi Drama Dengan Rating Kedua Tertinggi Dalam Sejarah Tv Kabel

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 188 hits
Drama JTBC Reborn Rich kini menjadi drama dengan rating kedua tertinggi dalam sejarah TV kabel Menurut Nielsen Korea drama fantasi balas dendam yang dibintangi Song Joong Ki itu menyaksikan peningkatan rating yang mendadak menjelang minggu ...
Tetikus Berwayar Atau Tanpa Wayar Mana Satu Menjadi Pilihan

Tetikus Berwayar Atau Tanpa Wayar Mana Satu Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum Selamat Petang TETIKUS BERWAYAR ATAU TANPA WAYAR MANA SATU MENJADI PILIHAN Sudah dua bulan Fiza menggunakan laptop tanpa mouse Semuanya gara gara terlupa nak beli dan malas nak ke kedai Walaubagaimana pun Alhamdulillah Petan...
Cara Merubah Foto Menjadi Kartun Tanpa Watermark Terbaru

Cara Merubah Foto Menjadi Kartun Tanpa Watermark Terbaru

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 166 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Akhir akhir blog saya memang cukup jarang update pernah berpikir hire penulis tapi apa gunanya kalau hasil pekerjaan penulis penulis setara dengan memakai layanan rewriter hehe monggo yang real penulis ingin ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran