Tetikus Berwayar Atau Tanpa Wayar Mana Satu Menjadi Pilihan
Assalamualaikum,Selamat Petang
TETIKUS BERWAYAR ATAU TANPA WAYAR? MANA SATU MENJADI PILIHAN | Sudah dua bulan Fiza menggunakan laptop tanpa mouse. Semuanya gara-gara terlupa nak beli dan malas nak ke kedai. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah Petang semalam semasa pergi beli barang dapur Fiza teringat... Tu yang terus beli. Memandangkan laptop bewarna merah, jadi Fiza pilih tetikus pun bewarna merah. Nampaklah sedondon. Kan? Fiza beli jenama Weibo di kedai supersave dengan harga RM8.99 sahaja. So far, Fiza pernah guna jenama ni dulu dalam 3 tahun lebih jugaklah. Sangat berbaloi..
Sebenarnya, mouse sebelum ni Fiza pernah guna yang wired dan juga wireless. Kedua-duanya ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Bagi Fiza, kelebihan dan keburukan kedua-dua jenis tetikus itu bergantung kepada cara penggunaan kita dan jugak persekitaran. Tu berdasarkan pengalaman Fiza sendiri ye. Lain orang, lain pendapat. Betul tak
PERNAH GUNA WIRED MOUSE SEMASA ZAMAN BERGELAR PELAJAROk! Dulu masa masih lagi bergelar pelajar, Fiza pilih tetikus yang jenis berwayar. Kenapa Fiza pilih adalah kerana beberapa sebab. Antaranya :-Pertama, wired mouse lebih murah daripada yang jenis wireless. Semalam, semasa Fiza beli, ada yang wireless tu mencecah harga hingga puluhan ringgit. Ya! tak dinafikan, semakin mahal harga sesuatu barang tu, semakin bagus kualitinya. Tapi, kena ingat... Benda murah pun, kalau kita pandai jaga In Shaa Allah ia jugak akan tahan lama. Betul tak? Itu point utama kenapa Fiza pilih tetikus yang berwayar.Alasan kedua pula, Kita tak perlu beli bateri. Sebaik sahaja laptop atau PC dipasang, mouse jugak dalam keadaan bersedia untuk digunakan. Jadi, kita tak perlu risau pun bateri habis ke tak... Dan dalam masa yang sama, dapat jimatkan wang. Lagi-lagi bila bergelar sebagai seorang pelajar, semuanya nak kena berjimat. Kemudian, tetikus jenis ni jugak jarang jatuh sebab wayarnya sentiasa bersambung dengan laptop. Jadi, peluang untuk rosak tu dapatla dikurangkan.Walaubagaimana pun, satu je... Tetikus jenis berwayar ni sedikit leceh untuk digunakan... Di mana wayarnya mudah nak berbelit. Jadi, agak menganggu jugaklah bila digunakan.
PILIH WIRELESS MOUSE BILA HABIS BELAJARLama jugaklah Fiza guna tetikus berwayar masa study dulu. Bertukar mouse pun disebabkan nak mencuba yang jenis wireless. Dapat yang baru, yang lama Fiza bagi kat adik. 🤭
Pada Fiza jenis wireless ni fleksibel digunakan. Takde wayar yang menghalang pergerakan tangan kita semasa ianya digunakan. Namun, setiap kali bateri habis, setiap kali tula nak kena beli bateri. Jadi, banyak kalilah kita mengeluarkan duit untuk membeli bateri
Kemudian, bagi yang dah beranak pinak macam Fiza ni. Anak pulak jenis melasak. Jadi, risiko untuk mouse terjatuh, rosak atau salah letak itu akan menjadi kekangan. Dah 3 kali guna mouse tanpa wayar... Semuanya rosak disebabkan anak-anak
Oleh yang demikian, semalam Fiza buat keputusan... Beli je mouse yang berwayar macam time study dulu. Senang! Tak perlu fikir pasal bateri dan possibilites untuk hilang pun kurang. Kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2022/12/beza-tetikus-berwayar-dan-tanpa-wayar.html