Apa Perbezaan Corn Starch Dan Corn Flour Yang Mana Paling Sesuai Untuk Digunakan
Bila kita pergi ke kedai bakery kita akan nampak banyak produk yang namanya lebih kurang je. Kalau coklat ada macam-macam jenis coklat. Kalau gula, ada macam-macam jenis gula. Kalau tepung ada lagi banyak jenis tepung. Salah satunya yang buat pening ialah Corn Starch dan Corn Flour. Ataupun tepung jagung.
Sebab tu kalau masuk kedai bakery jangan tanya "gula ada tak?" .. Kena lebih specific soalan tu.
"Gula perang ada tak?'
"Gula Icing ada tak?"
Giteewww..
Masa saya mula-mula belajar baking dulu , saya masuk kedai bakery dan termenung panjang dekat rak bahagian tepung tu. Saya angkat letak, angkat letak antara Corn Starch dan Corn Flour.
Pening lah.Yang mana satu nak kena beli ni.?Rupa sama, Nama pun lebih kurang.Tapi apa bezanya. Sudahnya saya balik tanpa tepung jagung. Hahah..
Sampai rumah terus google dan cari apa beza Corn Starch dan Corn Flour
Melalui pembacaan saya, perbezaan antara corn Starch dan Corn flour ialah :-
Sebenarnya corn starch dan corn flour tak sama. Kalau ikut bahasa Malaysia memang kedua-duanya adalah tepung jagung . Tapi corn starch ialah tepung jagung yang dibuat dari biji jagung. Proses membuatnya berbeza dengan corn flour sebab corn starch melalui proses penggilingan dalam keadaan jagung tu basah. Tapi corn flour menggunakan jagung yang kering. Kedua-duanya bebas gluten dan tiada rasa atau bau
Corn strach mengandungi sedikit protein, lemak atau serat. Ia banyak digunakan dalam masakan untuk bagi masakan kita pekat dan menyerap air sebab i bila dimasak dengan suhu lebih dari 60c dia akan jadi geletin
So kalau korang nak pekat kan sos , buat krim kastard, bubur bayi, biskut , baik guna corn starch. Oleh sebab dia tak ada rasa , kalau kita campurkan dalam masakan kita pun dia tak kan menjejaskan rasa masakan kita
foto: myrecipes.com
Untuk buat kek, corn starch dan corn flour tak berapa sesuai sebab kedua-duanya tak kan buat kek kita naik kerana dia tak ada gluten
Corn Flour pulak ada lah tepung jagung yang dibuat menggunakan biji jagung kering. Tepung jagung dibuat dari jagung kuning atau putih. Ia digunakan untuk membuat roti. Ia juga digunakan dalam penyediaan jenis-jenis makanan yang dibakar lain di mana ia seringkali dicampur dengan tepung gandum
Corn flour juga tak ada gluten.Tapi ada juga yang gunakan corn flour untuk buat kek macam kek span. Tapi jumlahnya kena tepat. Sedikit sahaja digunakan untuk membuat kek. Kalau tidak tak dapat hasil yang cantik. Kek span biasanya halus dan lembut sebab diletak kan corn flour
Foto: suratrasmi
Tapi ada juga orang rasa kedua-dua tepung ni sama je. Tapi kalau diperhatikan betul2 , ada bezanya.Terserah nak guna yang mana satu.Sesekali kena juga bereksperiment dengan bahan-bahan masakan ni. Baru lah kita tahu apa berbezaan nya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/03/apa-perbezaan-corn-starch-dan-corn.html