Apa Nak Jadi


Penganjuran majlis di rumah ibadat lain tidak salah - Mujahid
PARIT BUNTAR - Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir di Gudwara Shaib pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, katanya, majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

"Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.

Selain itu, Mujahid berkata, Islam tidak permah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina. - BERNAMA


Buka puasa di rumah ibadat bukan Islam bertentangan syarak
ALOR SETAR - Pelaksanaan ibadat di rumah ibadat bukan Islam termasuk berbuka puasa adalah bertentangan dengan konsep ibadat orang Islam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Mufti negeri, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, tujuan utama sesuatu ibadat dilaksanakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menyemarakkan syiar Islam.

Menurutnya, suasana rumah ibadat bukan Islam yang terdapat gambar patung yang dipuja, binatang, lambang dan simbol serta tulisan yang jauh tersasar daripada roh Islam dikhuatiri boleh membawa perbuatan syirik kepada Allah.

“Mutakhir ini timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai isu berkaitan ibadat khusus orang Islam yang dilaksanakan di rumah ibadat orang bukan Islam seperti solat, berbuka puasa, tadarus, sahur dan seumpamanya.

“Berdasarkan nas-nas yang ada, Jabatan Mufti Negeri Kedah berpandangan bahawa melaksanakan ibadat khusus untuk umat Islam di rumah ibadat bukan Islam adalah makruh yang hampir kepada haram.

“Hal ini kerana implikasi perbuatan itu akan mengundang kemudaratan yang lebih besar berbanding maslahah ke atasnya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syeikh Fadzil berkata, Islam adalah agama berbeza dengan agama lain dan setiap ibadat yang dianjurkan terdapat kaedah dan kemuliaan yang tersendiri sama ada dari sudut masa, tempat dan kualiti.

“Contohnya, fadilat solat di masjid berbanding di tempat lain, fadhilat bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain yang terdapat rahsia-rahsia tertentu eksklusif untuk umat Islam sahaja,” ujarnya

Kata beliau, pandangan tersebut juga selaras dengan konsep Maqasid Syariah yang amat dituntut dalam Islam iaitu memelihara agama serta kaedah Usuliyyah iaitu menolak kerosakan lebih utama daripada mencari kemaslahatan dan menutup pintu-pintu kemudaratan.

Justeru, Syeikh Fadzil berkata, mana-mana pihak yang berhasrat meraikan kepelbagaian beragama atas dasar membina perpaduan dan keharmonian kaum disyorkan memilih platform lain demi mengelak timbul fitnah terhadap aqidah umat Islam.

Malah, tambah beliau, perkara itu juga dapat mengelak persepsi negatif masyarakat Islam kononnya ibadat boleh dilakukan di rumah ibadat bukan Islam kerana Allah telah menentukan setiap agama mempunyai rumah ibadat tersendiri agar dapat membezakan identiti agama.

Selasa lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir tetap meneruskan majlis berbuka puasa di kuil agama Sikh di Gurdwara Sahib, Johor biarpun mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/06/apa-nak-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya

Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 538 hits
Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya Selain bersenam pengambilan teh kurus juga boleh membantu anda membuang lemak di tubuh
Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 507 hits
Mandi nak mandi lama lama Pergi playground tak nak balik Pergi supermarket nak lari ke sana ke mari Main mainan orang lain tak nak pulang Pergi kedai mainan nak bawa mainan keluar dari kedai Anak papa mama ada tak ciri macam ni Jika ada bac...
5g Sampai Kereta Boleh Terbang Jangan Nak Mengarut La

5g Sampai Kereta Boleh Terbang Jangan Nak Mengarut La

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 368 hits
Berikutan kes Huawei baru baru ni muncul la pelbagai tanggapan kenapa ini boleh berlaku Ada yang salahkan Apple yang perlukan pertolongan kerajaan US untuk menyekat kemaraan Huawei dari segi jualan ada juga yang katanya disebabkan 5G race d...
Saya Menyesal Terlalu Manjakan Anak Anak Nak Minta Tolong Hantar Ke Klinik Pun Anak Tak Endah Alasan Bini Tak Bagi

Saya Menyesal Terlalu Manjakan Anak Anak Nak Minta Tolong Hantar Ke Klinik Pun Anak Tak Endah Alasan Bini Tak Bagi

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 439 hits
Hancur luluh hati seorang bapa sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan sejak dua bulan lepas kerana disisihkan oleh anak anaknya sendiri Awang 46 bekas Angkatan Tentera Malaysia kesal dengan tiga anak lelaki dan s...
Buat Apa Nak Berdebat Dengan Pencuri Kata Syed Saddiq

Buat Apa Nak Berdebat Dengan Pencuri Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 593 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong keputusan Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan bekas perdana menteri Najib Razak Menurutnya Lim tidak seharusnya berdebat dengan...
Nak Dapatkan Malam Lailatul Qadr Usahakan Buat 14 Amalan Ini

Nak Dapatkan Malam Lailatul Qadr Usahakan Buat 14 Amalan Ini

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 893 hits
Alhamdulillah Allah panjangkan usia masuk ke 10 akhir Ramadhan maka bermula misi mencari lailatulQadr Nak dapatkan malam Lailatul Qadr usahakan buat 14 amalan ini Susunan amalan untuk rujukan sepanjang 10 akhir Ramadhan 1 Solat sunat qabliy...
Sasaran Momentum Internet Nak Tarik Pelanggan Di Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019

Sasaran Momentum Internet Nak Tarik Pelanggan Di Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 656 hits
NAK TARIK PELANGGAN Dah lama menjadi usahawan tapi masih belum mencapai target yang diingini dah ada produk dan melabur ribu ribuan namun masih belum berjaya dan semakin menurun serta kurang pelanggan Zaman semakin berubah dan begitu juga d...
Nak Beli Huawei P30 Ada 7 Fungsi Rahsia Huawei P30 Yang Korang Perlu Tahu

Nak Beli Huawei P30 Ada 7 Fungsi Rahsia Huawei P30 Yang Korang Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 476 hits
Mungkin ada diantara korang yang sudah miliki dan mahu memiliki Huawei P30 walaupun ada isu yang melanda syarikat pengeluar peranti ini Namun tahukah korang bahawa terdapat fungsi unik yang lain pada peranti ini selain kamera dia yang power...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu