Apa Maknanya Lawan Tetap Lawan Maka Inilah Masanya


TUN M PERLAHAN-LAHAN MENAMBAH KEKUATAN, ANWAR JANGAN TAKUT UNTUK MELAWAN
Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu hari ini menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu di suatu majlis ringkas di Putrajaya.
Mereka yang sekaligus diberikan kad keahlian itu ialah Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latif Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
Sebelum ini, tiga rakan mereka daripada UMNO - Mustapa Mohamad (Jeli), Mas Ermiayati Shamsuddin (Masjid Tanah) dan Nor Azami Ghazali (Bagan Serai) telah pun lebih dulu diterima menyertai Bersatu.
Dicampur dengan 13 Ahli Parlimen Bersatu sedia ada, bermakna parti itu kini mempunyai jumlah 22 Ahli Parlimen kesemuanya.
Apakah tujuan Tun Mahathir secara perlahan-lahan menambah bilangan Ahli Parlimen ke dalam Bersatu ini?
Bukankan sebelum ini Tun Mahathir ada menyebut bahawa mereka yang meninggalkan UMNO perlu menjadi wakil Bebas untuk suatu tempoh tertentu terlebih dahulu sebelum boleh diterima menyertai Bersatu?
Mengapakah tempoh enam bekas Ahli Parlimen UMNO itu menjadi Bebas hanya kira-kira sebulan lebih saja, kemudian terus diterima masuk menyertai Bersatu?
Adakah langkah ini untuk segera memperkuatkan Bersatu dan melumpuhkan UMNO?
Apakah ia juga bertujuan untuk PH memiliki bilangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memudahkan pindaan perlembagaan dan reformasi undang-undang dilakukan?
Atau kemasukan ini untuk “menyailang” Anwar Ibrahim dan mengelakkan Tun Mahathir daripada menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu?
Tanyalah siapa pun juga yang faham politik, lebih-lebih lagi yang kenal putar belit Tun Mahathir dalam UMNO sebelum ini, rata-ratanya percaya kemasukan ini tidak lain ialah bertujuan untuk menyekat kemaraan Anwar.
Tun Mahathir tidak perlu menerima kemasukan bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu jika mahu menguatkan Bersatu kerana tindakan tersebut tidak menjamin PH boleh menang selesa di kawasan yang mereka wakili sekarang ini dalam pilihanraya akan datang nanti.
Kesemua mereka malah belum pasti dapat dipilih bertanding semula mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang kerana pemimpin Bersatu tempatan tidaklah semudah itu menerima mereka yang dalam pilihanraya lalu bertanding atas tiket BN, tapi di masa akan datang mahu diletakkan melalui tiket PH pula.
Lagi pula, untuk menguatkan Bersatu, yang penting ialah menambah ahli dengan jumlah yang ramai, bukan sekadar sembilan Ahli Parlimen saja.
Setakat bekas Ahli Parlimen UMNO itu membawa hanya diri mereka saja tanpa ada seorang penyokong pun yang ikut serta, apa jadahnya mereka dapat menguatkan Bersatu?
Begitu juga untuk meminda undang-undang di Parlimen, majoriti dua pertiga sebenarnya tidaklah relevan 100 peratus bagi tujuan itu.
Dengan jumlah kerusi sedia ada yang dimiliki oleh PH saja pun, kiranya pindaan undang-undang itu sesuatu yang baik untuk rakyat, Ahli Parlimen UMNO dan Pas sekalipun tentu tidak ada masalah untuk  memberikan sokongan mereka.
Menambah jumlah Ahli Parlimen ke dalam Bersatu hanya betul-betul bermanfaat untuk Tun Mahathir menjadikannya sebagai senjata dalam memungkiri janji penyerahan kuasa terhadap Anwar.
Tidak ada tujuan lain yang relevan dalam membawa bekas musuh ke dalam Bersatu, melainkan untuk menumbangkan musuh yang lagi satu dan demi menjadikan Tun Mahathir dapat terus berkuasa dengan lebih lama.
Mahu tidak mahu, dengan perkembangan ini, Anwar harus lebih berwaspada dan awas selalu mulai sekarang. 
Hanya sehari selepas Tun Mahathir mencicirkan nama Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya, beliau nampaknya mengorak selangkah lagi dengan terus menambah Bersatu melalui kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO.
Jika perlu melawan, Anwar perlu melawan kali ini. Kalau perlu merampas kerusi Perdana Menteri itu daripada Tun Mahathir, beliau tidak harus teragak-agak melakukannya. Lawan tetap lawan.
Tun Mahathir mesti disedarkan bukan saja tentang janji, tetapi juga tentang hakikat bahawa Pakatan Harapan ini atau dulunya Pakatan Rakyat dan reformasi adalah perjuangan yang diasaskan dengan darah dan airmata oleh Anwar sejak 1998 lagi.
Anwar bersama PKR, DAP dan Amanah telah berjaya membawa baton perjuangan itu sehingga ke jarak 90 meter, manakala Tun Mahathir hanya menyudahkan 10 meter terakhir saja sebelum ke garisan penamat pada 9 Mei 2018 lalu.
Maka, setelah mendapat kerusi empuk yang realitinya hanyalah sementara, Tun Mahathir tidak harus lupa menyerahkannya semula kepada yang berhak dan  sebagaimana termetrai dalam perjanjian. (ShahbudinHusin 12/02/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/apa-maknanya-lawan-tetap-lawanmaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Persija Jakarta Newcastle Jets Turunkan Pemain Berpengalaman Di Asia

Lawan Persija Jakarta Newcastle Jets Turunkan Pemain Berpengalaman Di Asia

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 213 hits
Merrick telah menunjuk 18 pemainnya yang akan diturunkan dalam laga pertama fase kualifikasi Liga Champions Asia Dia mengaku akan menurunkan pemain yang memiliki pengalaman tampil di Liga Champions Asia dalam laga Newcastle Jets vs Persija ...
Eks Persib Perkuat Home United Lawan Persija Di Kualifikasi Liga Champions Asia

Eks Persib Perkuat Home United Lawan Persija Di Kualifikasi Liga Champions Asia

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 212 hits
Shahril Ishak tercatat bergabung dengan skuat Maung Bandung pada musim 2010 2011 Namun karier pemain kelahiran 23 Januari 1984 ini kurang bersinar Dari 11 pertandingan yang dilakoni Shahril yang diposisikan sebagai gelandang serang ini tida...
Percaturan Untuk Menurunkan Tiga Serangkai Pemain Import Di Tempat Lawan Berbaloi

Percaturan Untuk Menurunkan Tiga Serangkai Pemain Import Di Tempat Lawan Berbaloi

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 223 hits
Luiz JuniorDari kiri Park Luka Milunovic dan RodoljubLuka MilunovicPERCATURAN UNTUK MENURUNKAN TIGA SERANGKAI PEMAIN IMPORT DI TEMPAT LAWAN BERBALOI Adalah satu tugas sukar buat pasukan Tambadau Sabah dalam perlawanan kedua Liga Perdana 201...
Puteri Thai Bertanding Pilihan Raya Lawan Ketua Junta

Puteri Thai Bertanding Pilihan Raya Lawan Ketua Junta

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 568 hits
Puteri Thai bertanding pilihan raya lawan ketua junta Dikemas kini 3 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Feb 2019 7 00
Ucapan Menyerang Jokowi Dinilai Karena Tkn Tak Mampu Menangkal Tudingan Lawan

Ucapan Menyerang Jokowi Dinilai Karena Tkn Tak Mampu Menangkal Tudingan Lawan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 149 hits
Pernyataan Jokowi soal timses pasangan tertentu menggunakan konsultan asing hadapi Pilpres hingga adanya propaganda Rusia tidak akan jadi kontroversi jika disampaikan juru bicara
Liga Super 2019 Keputusan Kedah Lawan Pknp

Liga Super 2019 Keputusan Kedah Lawan Pknp

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 552 hits
LIGA SUPER 2019 KEPUTUSAN KEDAH LAWAN PKNP Assalamualaikum 2019 Liga Super bagi sesi 2019 baru sahaja bermula Ada tak yang minat bola Kalau tanya Cik Rose memang minat pun Untuk sesi 2019 dah tentulah Cik Rose menyokong negeriku Kedah Malam...
Sindir Lawan Politik Jokowi Bilang Punah Sendiri Saja Jangan Ajak Indonesia

Sindir Lawan Politik Jokowi Bilang Punah Sendiri Saja Jangan Ajak Indonesia

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 241 hits
Jokowi menyindir pernyataan lawan politiknya Capres nomor urut 02 Prabowo Subianto yang mengatakan bahwa Indonesia akan punah Dia meminta agar jangan menggiring masyarakat agar pesimis
Sudah Sampai Masanya Peguam Negara Wajib Ditukar Segera

Sudah Sampai Masanya Peguam Negara Wajib Ditukar Segera

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 439 hits
Setelah hampir sembilan bulan menanti semalam adalah hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia apabila perbicaraan melibatkan Najib Razak yang ditunggu tunggu sejak sekian lama telah ditangguhkan atas keputusan Mahkamah Rayuan Yang menyed...
Tiba Masanya Dap Dan Pkr Membalas Di Semenyih

Tiba Masanya Dap Dan Pkr Membalas Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 301 hits
oleh Haji Mohd Zaffarollah Surat PAS Pada Tun M Yang terdesak adalah Tun M Bersatu perlu menang PRK Semenyih jika mahu melihat Tun M kekal Sepenggal sebagai PM Semua Parti sudah pun menang dalam PRK kecuali Bersatu UMNO Tekanan sekarang ini...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms