Sudah Sampai Masanya Peguam Negara Wajib Ditukar Segera




Setelah hampir sembilan bulan menanti, semalam adalah hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia apabila perbicaraan melibatkan Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama telah ditangguhkan atas keputusan Mahkamah Rayuan.


Yang menyedihkan ialah keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan itu lebih disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara sendiri.


Ia berkaitan keputusan Pejabat Peguam Negara menambah tiga pertuduhan di saat-saat akhir terhadap Najib dan berkaitan penarikan balik sijil pindah kes yang menjadi asas perpindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Meskipun diketahui sejak awal pasukan peguambela akan berusaha untuk menangguhkan kes, tetapi kesilapan yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh Tommy Thomas nyata telah memudahkan lagi rayuan mereka untuk diterima oleh Mahkamah Rayuan.


D samping beberapa kelemahan lain berkaitan pengendalian kes yang melibatkan Najib yang ketara sejak awal lagi seperti kertas pertuduhan tidak dicetak, menyerahkan pendakwaan kes kepada peguam swasta dan sebagainya, kesilapan terbaru ini memang sukar difahami, apalagi untuk dimaafkan.


Ia adalah jelas merupakan kelemahan atau ketidakupayaan Tommy Thomas mengendalikan Pejabat Peguam Negara dengan meyakinkan di bawah jenama Malaysia Baru pasca tumbangnya BN.


Dengan itu, kita bukan saja tidak boleh menjangka bila kes melibatkan Najib dan 1MDB ini akan dibicarakan di mahkamah, bahkan sukar meramalkan bilakah beliau akan dihantar ke penjara.


Ada yang bergurau mengatakan Tommy Thomas rupa-rupanya hanya hebat menari saja berbanding menjalankan tugasnya yang penting itu demi negara.


Yang nyata juga, kesilapan teknikal Tommy Thomas sehingga menyebabkan kes Najib ditangguhkan semalam telah menambah satu lagi kritikan rakyat terhadap beliau yang sebelumnya ramai sudah menahan sabar dengan penarikan balik pendakwaan terhadap Lim Guan Eng dan peguam Siti Kassim di saat-saat akhir.


Baru tidak sampai sembilan menduduki kerusi Peguam Negara, sudah begini jadinya kepada negara kita, bayangkan apa jadi jika sehingga tempoh kontraknya selama dua tahun berakhir nanti?


Tidakkah kegagalan beliau itu menjejaskan reputasi dan nama baik kerajaan PH sendiri?


Sebelum keadaan bertambah parah, sokongan semakin menipis dan rakyat tambah hilang keyakinan kepada kerajaan, kedudukan Tommy Thomas sudah jatuh wajib hukumnya untuk dikaji semua.


Beliau mesti diganti dan ditukar dengan individu lain yang lebih berwibawa, berkelayakan serta mampu mencerminkan hasrat kerajaan menegakkan undang-undang dan keadilan pada tahap yang menggembirakan rakyat jelata.


Lagi pun, Tommy Thomas diperkatakan ramai sebagai tiada pengalaman sama sekali dalam pengendalian kes-kes jenayah di mahkamah sebelum ini.


Itulah sebabnya, selain kes Najib, banyak kes lain yang melibatkan pendakwaan terhadap bekas-bekas pemimpin UMNO telah diserahkan kepada peguam Gopal Sri Ram dan Sulaiman Abdullah dan untuk mengetuai pasukan pendakwaan.


Malah, dalam perbicaraan kes SRC yang ditangguhkan semalam pun, pasukan pendakwaan adalah diketuai oleh peguam jenayah terkenal, V Sithambaram.


Tetapi, dengan Pejabat Peguam Negara sendiri mempunyai ramai Timbalan Pendakwaraya yang berwibawa, menyerahkan banyak kes kepada peguam swasta, meskipun bukan suatu kesalahan, ia menggambarkan  tindakan yang tidak manis dalam keinginan menunjukkan kewibawaan kerajaan yang telah dipilih melalui undi rakyat.


Hanya menukar segera Tommy Thomas dengan individu lain saja yang mampu memulihkan kembali imej kerajaan. Selagi beliau ada, bukan saja pertikaian umum terus menjalar, bahkan dibimbangi prestasi kerajaan akan lebih terperosok jadinya.


Dalam hal ini, kiranya Tun Mahathir tidak cukup keberanian untuk melantik orang Melayu menggantikan Tommy Thomas kerana Bersatu hanya ada 13 kerusi Parlimen saja, barangkali memilih Gopal Sri Ram menjadi Peguam Negara yang baru pun sudah memadai untuk memulihkan semula keyakinan ramai terhadap kerajaan. (ShahbudinHusin 12/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/sudah-sampai-masanya-peguam-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Cetus Krisis Perlembagaan Terbaru

Peguam Negara Cetus Krisis Perlembagaan Terbaru

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 383 hits
1 Pada 24 01 2019 KOSMO ONLINE bertajuk Tubuh tribunal siasat tuduhan serius membabit ahli SPR telah melaporkan Satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan serius membabitkan enam Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung peranan mereka d...
Agar Tak Diklaim Negara Lain Pemkot Solo Segera Patenkan Makanan Tradisional

Agar Tak Diklaim Negara Lain Pemkot Solo Segera Patenkan Makanan Tradisional

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 349 hits
Makanan tradisional yang menjadi khas Kota Solo yakni gatot cetot tiwul lenjongan cabuk rambak dan lainnya
Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 316 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Program IDEAS LSEASM The status of institutional Reformasi selepas 100 hari di Ballroom Royal Selangor Club Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Tribunal mempunyai mandat untuk menyiasat sama s...
Peguam Negara Didakwa Gagal Beri Nasihat Perundangan Yang Tepat

Peguam Negara Didakwa Gagal Beri Nasihat Perundangan Yang Tepat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 261 hits
ZULKIFLI MANZOR nbsp 29 Januari 2019 6 49 PM SEREMBAN Kegagalan Peguam Negara Tommy Thomas memberi nasihat perundangan yang tepat berhubung penubuhan tribunal kha
Demi Imej Negara Rakyat Wajib Bangkit Menentang Dan Menjatuhkan Pemimpin Yang Punyai Kelayakan Akademik Palsu

Demi Imej Negara Rakyat Wajib Bangkit Menentang Dan Menjatuhkan Pemimpin Yang Punyai Kelayakan Akademik Palsu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 550 hits
Masyarakat Malaysia wajib bangkit menentang dan menjatuhkan pemimpin yang mempunyai kelayakan akademik palsu kerana dilihat mempimpin negara ini dalam kepalsuan Perkara itu ditegaskan oleh Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antaraban...
Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 780 hits
Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia Ianya digelar Black Monday for the rule of law yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehingga...
Umno Kutuk Peguam Negara Sembunyi Fakta Tindakan Memalukan

Umno Kutuk Peguam Negara Sembunyi Fakta Tindakan Memalukan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 UMNO mengutuk dan menggesa sekeras kerasnya supaya Peguam Negara mengambil pertanggungjawaban penuh berhubung kegagalan besar beliau dalam menangani kemelut penubuhan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud sala...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada