Apa Lagi Ni Pengguguran Saya Dari Bersatu Tidak Sah Tun M



Alor Setar – Apa lagi yang Tun tidak puas hati? Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggugurannya sebagai calon pada pemilihan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai tidak sah.

Kata Tun, mahkamah masih belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya bersama beberapa bekas pimpinan Bersatu yang lain.

Menurut Tun lagi, mereka masih ahli Bersatu dan layak bertanding pada pemilihan sehingga mahkamah membuat keputusan pada 7 Ogos depan.
“Pengguguran (pencalonan) ini tidak sah, kami masih ahli Bersatu melainkan mahkamah kata pengguguran ini sah.
“Kami masih anggap kami sebagai ahli dan mahu bertanding jawatan (pemilihan Bersatu). Pencalonan kami (jawatan pengerusi) digugurkan tanpa ada lawan,” katanya selepas program BERSATU Blackout, semalam.
Mengulas pengosongan jawatan Pengerusi selepas keahlian beliau digugurkan, Dr Mahathir berkata, tindakan itu dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Kita tak peduli apa Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nak buat, kerana ia tidak mengikut perlembagaan parti.“Kalau nak tukar, gugur apa pun kena bawa kepada pindaan perlembagaan dan MPT,” katanya.Menurutnya, semua tindak-tanduk Muhyiddin tidak mengikut peraturan parti.

“Tidak ada sistem langsung bawah kepimpinan Muhyiddin, beliau singkir begitu ramai orang termasuk saya,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya akan terus berusaha sebaik mungkin berdepan kemelut parti itu.

“Kami akan usaha supaya kalau ada sesuatu usul dibawa dalam Parlimen, kita mungkin undi seramai boleh kerana mungkin mereka tak cukup orang,” katanya.
Menurut Tun lagi, ramai akar umbi tidak menyenangi kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menyokong perjuangan asal Bersatu yang diasaskan beliau.




Keahlian Dr Mahathir bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Bersatu tergugur kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.


Turut tergugur keahlian adalah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berikutan itu, pencalonan Dr Mahathir bagi jawatan pengerusi, Mukhriz bagi jawatan timbalan presiden dan Syed Saddiq bagi jawatan Ketua ARMADA untuk pemilihan Bersatu, turut tergugur.

Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti itu bulan depan.

-malaysiatrending.com



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/07/apa-lagi-ni-pengguguran-saya-dari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Tak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Datuk Seri Anwar Dan Akan Usir Tan Sri Muhyiddin Keluar Dari Bersatu

Tun Dr Mahathir Tak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Datuk Seri Anwar Dan Akan Usir Tan Sri Muhyiddin Keluar Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 2575 hits
Berikut disiarkan sesi soal jawab antara hadirin dan Tun Dr Mahathir di TH Hotel malam tadi seperti dicatatkan oleh seorang rakan yang hadir Soalan hadirin 1 Apakah Tun Dr Mahathir akan menubuhkan parti baru Jawapan Tun Dr Mahathir Bergantu...
Najib Punca Bersatu Berpecah Tun Mahathir

Najib Punca Bersatu Berpecah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 507 hits
Gambar TWITTER SAIFULAMBARPERPECAHAN yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada kumpulan tertentu dipercayai berpunca daripada Datuk Seri Najib Tun Razak Perkara itu dimaklumkan apabila Bersatu berpecah kepada dua kumpulan iai...
Bersatu Ayer Hitam Isytihar Sokongan Kepada Tun M

Bersatu Ayer Hitam Isytihar Sokongan Kepada Tun M

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 284 hits
179 total views 179 views today Sebahagian ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Ayer Hitam hari ini mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengecam kepimpinan tertinggi Bersatu yang memecat bekas Perdana Menteri itu M...
Dr M Anggap Pengguguran Pencalonannya Tidak Sah

Dr M Anggap Pengguguran Pencalonannya Tidak Sah

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 204 hits
127 total views 127 views today Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan penggugurannya sebagai calon Pengerusi bagi pemilihan parti yang akan berlangsung Ogos depan adalah tidak sah Menurutnya mahka...
Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pengguguran calon daripada kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Blackout yang bertanding pada pemilihan parti dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti itu kata bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata pengguguran it...
Pelantikan Speaker Dewan Rakyat Sah Jika Disokong Majoriti

Pelantikan Speaker Dewan Rakyat Sah Jika Disokong Majoriti

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM Pelantikan Speaker Dewan Rakyat adalah sah jika usul yang dikemukakan dalam Sidang Dewan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid berkata bukan menjadi isu apabila seseorang itu dila...
Sah Tulang Manusia

Sah Tulang Manusia

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 369 hits
GEORGETOWN Polis mengesahkan cebisan tulang yang ditemui di kawasan hutan tepi Race Course Jalan Batu Gantung di sini adalah tulang pinggul manusia Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata selain tulang terse...
Datuk Didenda Rm340000 Gaji 68 Pekerja Asing Tidak Miliki Pas Pekerjaan Sah

Datuk Didenda Rm340000 Gaji 68 Pekerja Asing Tidak Miliki Pas Pekerjaan Sah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 311 hits
Seorang pengarah sebuah pasar raya didenda RM340 000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini kerana menggaji 68 pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah Datuk Chiew Lian Keng 56 mengaku salah terhadap pertuduhan men...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport