Sah Tulang Manusia




GEORGETOWN - Polis mengesahkan cebisan tulang yang ditemui di kawasan hutan, tepi Race Course, Jalan Batu Gantung di sini adalah tulang pinggul manusia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, selain tulang tersebut, polis menjumpai baju, jaket, kad akses hotel serta beberapa barangan peribadi antaranya pakaian dalam; beg kecil; sebelah kasut, peralatan mandi dan cermin mata.

Menurut beliau, polis percaya penemuan itu mempunyai hubung kait dengan kes orang hilang melibatkan wanita warga Australia yang dilaporkan hilang tiga tahun lalu.

"Cebisan tulang, barangan dan baju ditemui berselerak iaitu jarak antara tulang pinggul dengan barangan peribadi kira-kira 15 meter manakala jarak baju dengan barang peribadi, kira-kira 0.6 meter.

"Bagaimanapun, pada peringkat ini kita masih belum mengesahkan sama ada rangka yang dijumpai ini merupakan milik wanita warga Australia yang hilang tersebut sehingga perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan keluarganya dibuat," kata beliau kepada pemberita sewaktu ditemui di lokasi penemuan tulang tersebut, di sini, hari ini.

Soffian berkata, polis akan berurusan dengan Kedutaan Australia di Malaysia untuk mendapatkan sampel DNA keluarga wanita berkenaan.

"Sehingga semalam, kita menerima maklum balas daripada mereka (keluarga) bahawa mereka setuju untuk menghantar sampel DNA ke Malaysia. Jabatan Kimia juga bersetuju bahawa kaedah perbandingan DNA ini boleh menentukan identiti pemilik tulang tersebut.

Soffian (dua dari kanan) menunjukkan lokasi penemuan tulang, barang peribadi dan baju mangsa ditemui.

"Kaedah ini terpaksa digunakan kerana kekangan kemasukan penerbangan dari luar negara ke Malaysia pada waktu ini. Kita juga akan berhubung dengan keluarga bagi tujuan pengecaman barang milik mangsa antaranya pakaian, peralatan keagamaan iaitu salib dan lain-lain, dengan kaedah penghantaran gambar berkualiti tinggi," katanya.

Beliau berkata, selepas kesemua prosedur itu disahkan keluarganya, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian wanita tersebut.

"Kita akan siasat bagaimana mangsa boleh berada di sini kerana kawasan ini baharu dibangunkan tahun lalu. Sebelum ini, ia merupakan hutan dan terletak tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada. Kawasan ini akan ditutup daripada kerja pembinaan sehingga siasatan selesai.

"Sekiranya sah ia milik mangsa, kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk tindakan selanjutnya antaranya menggali kawasan ini untuk mencari bahagian tulang yang lain. Buat masa ini, kita bekerjasama dengan Kerajaan Australia untuk berhubung dengan keluarga mangsa. Polis tidak akan berhenti menyiasat kes ini sehingga selesai," katanya.

Pada 24 Jun lalu, seorang lelaki berusia 30 tahun menemui selonggok pakaian yang sudah lama ditinggalkan ketika sedang membuat kerja landskap di kawasan hutan tepi Race Course, Jalan Batu Gantung, di sini.

Dia kemudian membawa tulang tersebut lalu membuat laporan polis pada petang keesokan harinya.

Hasil bedah siasat ke atas tulang tersebut mengesahkan ia sebagai tulang manusia.

Penemuan tulang dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang wanita Australia sejak keluar dari hotel penginapannya, pada 2017.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Jenkins Annapuranee, 65, keluar dari bilik hotel untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus.

Dilaporkan, selepas selesai rawatan, wanita itu meminta pekerja klinik memesan perkhidmatan Uber untuk ke rumah kebajikan Little Sister of Poor, Batu Lanchang di Air Itam.

Laporan berkata, ketika dalam perjalanan, wanita itu meminta pemandu Uber memberhentikannya di lampu isyarat di Jalan Scotland.

Bagaimanapun, demi keselamatan, pemandu itu memberhentikan kenderaan dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrisha.

Selepas itu mangsa hilang hingga ke hari ini..

Via Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/sah-tulang-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 480 hits
Penemuan tulang manusia longgokan pakaian dipercayai berkait kes kehilangan Anna JenkinsPolis mengesyaki penemuan tulang manusia oleh seorang lelaki pada 24 Jun lalu mempunyai hubung kait dengan salah satu kes orang hilang melibatkan warga ...
Kisah Qarun Singkat Manusia Pelit Yang Namanya Diabadikan Dalam Al Qur An

Kisah Qarun Singkat Manusia Pelit Yang Namanya Diabadikan Dalam Al Qur An

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 312 hits
Jika ada orang yang menemukan harta dari dalam bumi maka kita akan menamainya sebagai penemu harta karun Dibelahan bumi manapun harta karun selalu menjadi incaran para pencari kekayaan dunia Nama karun itu sendiri sebenarnya berasal dari se...
Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 201 hits
MALAYSIAKINIVeteran Umno membidas Anggota Majlis Pimpinan Bersatu Dr Rais Yatim yang mendakwa Umno tak menghargai penghargaan Bersatu kepada mereka sebaliknya hanya mementingkan soal kerusi Kata setiausaha agungnya Mustapha Yaakub kenyataan...
Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 248 hits
SOALAN Pasti ada antara kita yang ingin tahu adakah orang kafir wajib untuk menunaikan perkara yang dilakukan oleh orang Islam JAWAPAN Majoriti ulamak usul berjalan di atas bahawasanya orang kafir di tuntut atas mereka itu ketika di dunia i...
Delapan Golongan Manusia Ini Doanya Mustajab Mintalah Doa Pada Mereka Jika Ingin Cepat Dikabulkan

Delapan Golongan Manusia Ini Doanya Mustajab Mintalah Doa Pada Mereka Jika Ingin Cepat Dikabulkan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 220 hits
Doa merupakan senjatanya orang mukmin Itulah yang disampaikan Rasulullah Muhammad Shallallahu alaihi wasallam Oleh karena itu kita sangat dianjurkan untuk banyak berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta ala Dalam segala situasi dan kondisi banya...
Polisi Temukan Kerangka Tengkorak Manusia Di Pura Bias Aud Bali

Polisi Temukan Kerangka Tengkorak Manusia Di Pura Bias Aud Bali

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 453 hits
Pada 4 Juli 2020 pukul 17 00 wita bertempat di Pura Bias Aud sedang dilaksanakan persembahyangan Hari Raya Saraswati oleh warga Banjar Batu Belig
Biar Manusia Pandang H1na Tidak Pada Allah To Ki

Biar Manusia Pandang H1na Tidak Pada Allah To Ki

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi lagu Seni Berzaman To ki tidak menyangka begitu ramai sayang dan prihatin atas nasibnya hingga diberikan syurga untuk berteduh Biar manusia pandang h1na tetapi Allah SWT tak pandang h1na pada saya Saya percaya Allah me...
Bukitmertajam Allahuakbar Manusia Istimewa Man

Bukitmertajam Allahuakbar Manusia Istimewa Man

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 176 hits
Allahuakbar Manusia istimewa Man Allah uji dia dgn dgn masalah mental ditemui merayau tanpa berpakaian Allah hantar dua anggota polis Tuan Hafiz Izzani dr Balai Polis Bukit Tengah mulia sungguh dua anggota ni ternyata tugas polis bukan seka...
Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 177 hits
Eks striker Manchester United Javier Hernandez alias Chicharito ternyata seorang pengagum Nabi Muhammad SAW Hal ini dirinya sampaikan dalam wawancaranya bersama CNN News beberapa waktu lalu Kekaguman pemain asal Meksiko ini terbilang cukup ...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug

Astrazeneca Akhirnya Tarik Balik Vaksin Covid 19 Selepas Pengakuannya Yang Mengejutkan

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua