Apa Itu Web Dl
Format video Blu-ray atau BRRip menjadi pilihan bagi mereka yang gemar memuat turun fail-fail filem dari laman lanun cetak rompak.
Kebelakangan ini format web-dl pula dijadikan sandaran, apabila laman lanun seperti YTS sendiri secara tidak langsung mempromosikannya. Mereka mengguna format tersebut bagi mengganti format BRRip yang selalu dimuat naik.
Jika diambil definisi yang diberikan oleh YTS, terjemahannya adalah:
“Disalin sebelumnya dari servis penstriman, kualiti menyamai BluRay”.
Namun benarkah kualitinya sama dengan hasil fail yang disalin dari Blu-ray?
Jadi apa sebenarnya WEB-DL?
WEB-DL adalah format bagi fail yang dimuat turun (web download) dari laman-laman distribusi video seperti Amazon Video, iTunes, dan sebagainya lagi. Kualitinya adalah sangat bagus kerana ia tidak dikodkan semula dan tiada informasi fail yang hilang (lossless).
Berbeza dengan WEB-RIP, ia adalah fail yang dikodkan semula, kebiasaannya untuk mengurangkan saiz fail dan mengeluarkan DRM. Kualitinya adalah kurang dari WEB-DL kerana failnya dikod semula dari fail asal yang sudah dikodkan dengan sempurna.
Jawapan pendek kepada persoalan di atas ialah, 1080p dari WEB-DL kebiasaannya tidaklah sama kualiti dengan 1080p Blu-Ray.
Bergantung kepada siapa pengekodnya, jika dia benar-benar mahir maka 1080p dari sumber Blu-ray akan sentiasa mempunyai bitrate yang lebih tinggi berbanding WEB-DL, oleh itu kualitinya secara tidak langsung adalah lebih baik. Bagus atau tidak fail WEB-RIP pula disandarkan kepada kemahiran pengekod, sumber asal fail yang dimuat turun, dan spesifikasi peranti digunakan oleh pengekod bagi menyalin/merekodkan video dari sumbernya itu.
Cuma jika anda tidak sabar lagi menunggu rilisan Blu-ray (BDRip/BRRip), muat turun sahaja sumber dengan hasil WEB-DL. Jika anda adalah seorang pengumpul, apabila rilisan Blu-ray sudah dilepaskan, padam rilisan WEB-DL tersebut dan gantikan sahaja dengan Blu-ray.
Artikel ini sebenarnya akan jadi panjang lebih dari ini, kerana ia memerlukan penerangan mengenai bitrate, jenis pengekodan, jenis video serta audio, dan sebagainya lagi. Untuk memendekkan ia, anda boleh rujuk sendiri pautan-pautan yang diberikan di bawah.
1. 1080p Web-DL vs. 1080p BluRay
2. What are the difference among the BluRay / BRrip / BDrip / DVDrip / R5 / WEB-DL / etc available for movies in torrent?
3. Which is better: 720p web-dl or 720p Blu-ray?
4. Pirated movie release types
5. What would you consider a WEBRip is?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/apa-itu-web-dl/