Apa Itu Tak Hormat


 

Diberitakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959) mahu dipinda bagi membolehkan sesiapa yang ‘tidak menghormati’ Bahasa Kebangsaan didenda sejumlah besar wang atau dihukum penjara.
Begitu diberitahu oleh Pengerusi Jemaah Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Profesor, Awang Sariyan, pencinta dan pejuang Bahasa Melayu terkenal. Kata beliau, denda yang dimaksudkan membabitkan wang tidak melebihi RM50,000. Tempoh penjara tidak disebutkan. Bagaimanapun kedua-dua hukuman itu antara yang dicadangkan untuk pindaan Akta DBP yang kini dalam fasa akhir perbincangan. Ia dijangka dibentangkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bulan depan.
Ismail, seperti kita tahu pada Februari lalu, mengarahkan agar Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Beliau juga ada menyarankan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Asean.
Namun tidak kurang pihak yang melihat itu semua bagai gimik politik demi meningkatkan imejnya dan meraih sokongan pengundi, terutama orang Melayu apabila PRU15 diadakan kelak. Bahasa juga jadi komoditi politik, kata seorang aktivis seni sastera sambil menyambung “ada pihak nasihat Ismail supaya guna umpan bahasa”.
Apa pun, berikutan langkah yang diambil Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak yang mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan Bahasa Melayu.
Gesaan itu dikritik beberapa pihak termasuk pemimpin Sarawak dan kumpulan G25 yang dianggotai bekas pegawai kerajaan. Bagi saya gesaan Zuki sesuatu yang ‘memaksa’. Ada unsur paksaan, dalam erti kata lain. Sekarang timbul pula cadangan denda dan hukuman penjara untuk individu atau sesiapa yang ‘tidak menghormati’ bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu. Ada juga elemen ‘paksaan’, pada hemat saya.
“Mungkin satu-satunya undang-undang seperti ini di dunia,” kata seorang bekas pegawai tinggi badan berkanun kerajaan. Kata seorang pesara yang pernah berjawatan pegawai kanan kementerian: “negara lain adakah undang-undang begini? Bolehkah kecintaan dan dalam hal ini cinta terhadap Bahasa Melayu, dipaksa?”
Berkata pula seorang aktivis bahasa, masih banyak lagi ruang kosong yang belum diisi dengan pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu oleh pihak kerajaan sendiri, “kenapa sibuk nak hukum orang?”
Rakan beliau juga aktivis bahasa menyahut: “inilah sikap tuan Melayu mesti menghukum”.
Bagaimanapun menurut Awang Sariyan usul denda bukan untuk menghukum. Ia dicadang untuk membangkitkan kecintaan dan patriotisme kepada negara. Berbalik apa yang dikatakan pesara tadi: “Bolehkah kecintaan dipaksa?”
Beliau seterusnya berkata orang Cina di Kelantan guna loghat daerah. “Cakap dan guna Bahasa Melayu Kelantan macam orang Melayu. Tentu ada sebabnya. Apa yang saya perhatikan kasih sayang mereka sesama manusia sangat kental. Bagi saya bahasa salah satu faktornya.” Maksudnya tidak ada paksaan. Mengguna Bahasa Melayu dengan rela hati atau kemahuan sendiri.
Meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dicadangkan DBP namun saya tidak mahu mempersoalkan sama ada wajar atau tidak langkah menghukum individu yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. Juga tidak mempertikaikan nawaitu pihak yang menyokong bentuk tindakan seperti itu. Tidak diragui sayang dan cinta mereka kepada Bahasa Melayu, dan kebanggaan terhadap bahasa itu.
Menurut Awang Sariyan ini bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi ‘tidak menghormati bahasa kebangsaan’. Maka persoalan yang ingin saya ajukan ialah apa makna ‘tidak menghormati’ bahasa kebangsaan? Apa takrif ‘tak hormat’? Apa contohnya?
Adakah tidak bercakap dalam Bahasa Melayu ketika berurusan harian seperti membeli-belah dan sebagainya dianggap tidak hormat bahasa kebangsaan? Atau tidak bertutur dalam Bahasa Melayu semasa berucap pada persidangan di luar negara, seperti yang Perdana Menteri mahukan?
Atau pun tidak menggunakan Bahasa Melayu semasa bermesyuarat tidak kira sektor awam mahupun swasta? Adakah tidak menulis dalam Bahasa Melayu apabila berurusan melalui surat (atau e-mel) terutama dengan kerajaan dikira tidak menghormati bahasa kebangsaan? Bagaimana pula menyelit perkataan Inggeris termasuk “I” dan “you” semasa bercakap Melayu?
Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Untuk memendekkan cerita, kesimpulannya adakah rakyat mesti menggunakan Bahasa Melayu pada setiap masa dalam apa jua urusan? Adakah hukuman yang dicadangkan hanya membabitkan rakyat Malaysia?
Ini semua bukan soalan untuk mempersenda. Ia mesti dihalusi dan jawapannya mesti jelas, terang, dan nyata. Takrif ‘tidak menghormati’ mesti dihuraikan. Jika tidak, pelaksanaan atau lebih lagi penguatkuasaan akan bukan sahaja mencetuskan perselisihan serta perbalahan tetapi juga akan dipertikai, dipersoal, dan dicabar.
Cukuplah dengan pelbagai kekalutan yang sedang negara hadapi dewasa ini. Janganlah ditambah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/apa-itu-tak-hormat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Gerd Macam Mana Mengatasinya

Apa Itu Gerd Macam Mana Mengatasinya

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 960 hits
Apa itu GERD GERD adalah gejala Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena Yang sudah biasa ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri GERD boleh menyerang semua orang Sedutan d...
Apa Itu Circular Fashion Bisa Jadi Salah Satu Cara Kurangi Limbah Tekstil Lo

Apa Itu Circular Fashion Bisa Jadi Salah Satu Cara Kurangi Limbah Tekstil Lo

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 220 hits
Daripada beli murah murah tapi nggak awet mending beli yang rada mahal tapi awetnya bisa bertahun tahun
Sangkaan Itu Juga Sebahagian Daripada Doa

Sangkaan Itu Juga Sebahagian Daripada Doa

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 240 hits
SANGKAAN ITU JUGA SEBAHAGIAN DARIPADA DOA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BERASA selalu betul itu akan ada dalam diri seseorang Sesiapa pun sebab itulah adanya perdebatan untuk mempertahankan pend...
Solat Itu Mesti Dipaksa Setelah Dipaksa Akan Terbiasa Setelah Terbiasa Akan Tumbuh Rasa Cinta

Solat Itu Mesti Dipaksa Setelah Dipaksa Akan Terbiasa Setelah Terbiasa Akan Tumbuh Rasa Cinta

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 491 hits
Sekadar Renungan Pertandingan bola 90 menitFilm serial 60 menitLepak lepak 240 menitSosial Media 180 menitSolat 8 menitNeraka SEPANJANG HIDUPSyurga SEPANJANG HIDUPMari kita merenung Whatsapp 300 orangSosial media 5000 orangTeman di kampung ...
Kenapa Perlu Teruskan Juga Idea Luar Biasa Anda Sekalipun Pakar Kata Itu Idea Gila

Kenapa Perlu Teruskan Juga Idea Luar Biasa Anda Sekalipun Pakar Kata Itu Idea Gila

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 258 hits
Anda mungkin pernah ada idea luar biasa Idea luar biasa itu anda ceritakan pada seorang kawan yang bijak dan banyak pengalaman Sebaik saja dia mendengarnya dia terus gelak terbahak bahak Kemudian dia berikan pendapatnya yang penuh dengan lo...
Apa Itu Kanser Serviks

Apa Itu Kanser Serviks

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 312 hits
Semua wanita berisiko untuk menghidap kanser serviks lebih lebih lagi wanita yang berumur lebih daripada 30 tahun Kanser servik adalah sejenis kanser yang bermula pada bahagian serviks wanita Kanser serviks jarang menunjukkan sebarang simpt...
Dr Azra Benar Benar Wujud Azri Iskandar Panggil Kekasihnya Itu Baby

Dr Azra Benar Benar Wujud Azri Iskandar Panggil Kekasihnya Itu Baby

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 206 hits
Panggilan telefon antara pelakon Azri Iskandar dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra disifatkan sebagai sweet oleh netizen apabila potongan video dari program Melodi itu dikongsikan di TikTok Dalam potongan video itu Azri menjawa
Itu Saya Punya Yang Sechan Sedih Iklan Miliknya Terlepas Ke Tangan Song Jihyo Jun Somin

Itu Saya Punya Yang Sechan Sedih Iklan Miliknya Terlepas Ke Tangan Song Jihyo Jun Somin

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 168 hits
Tak sah Running Man kalau ahlinya tak mengusik satu sama lain kan Dalam episod terbaru Yoo Jae suk telah menyebut mengenai iklan Madecassol yang dibintangi Jun So min dan Song Ji hyo baru baru ini Ungkap pihak produksi Terdapat satu berita ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach