Mantik Membicarakan Tentang Kaedah Berfikir


 Mantik adalah suatu yang membicarakan tentang kaedah-kaedah yang dapat memandu manusia ketika berfikir dan mereka melahirkan pemikiran bersesuaian dengan ucapan serta dapat menapis maklumat-maklumat yang diterima sama ada sah atau tidak sah.
Dalam masyarakat Islam, perkembangan ilmu mantik telah lahir seiring dengan perutusan Nabi Muhammad SAWlagi. Di mana melalui hadis Baginda terdapat penuturan yang sememangnya menggunakan logik dan kebenaran berita yang diperkatakan semuanya benar tanpa sebarang pertikaian lagi.
Seterusnya pertumbuhan ilmu mantik dalam masyarakat Islam adalah ekoran perselisihan umat Islam dalam persoalan Imamah khasnya saat akhir pemerintahan khalifah al-Rasyidin dan awal pemerintahan khalifah Bani Umaiyyah. Perselisihan tersebut telah merebak kepada persoalan akidah yang akhirnya terbentuk puak Khawarij, Syiah dan Ahli al-Sunnah.
Antara lain, pada abad kedua hijrah telah muncul ulama mujtahid dari kalangan al-Tabiin dan Tabi al-Tabiin yang menggunakan kaedah al-Qiyas dalam ilmu Usul al-Fiqh, khasnya untuk istinbat. Selain dari itu, Imam al-Syafie juga telah menggunakan kaedah al-Istiqra untuk memastikan tempoh haid yang paling singkat dan yang paling lama terhadap wanita.
Secara langsungnya, ilmu mantik mempengaruhi dan bertapak dalam masyarakat Islam adalah ekoran perkembangan ilmu al-Kalam. Tokoh terkenal yang membincangkan tentang ilmu tersebut seterusnya mendukung aliran Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah ialah Abu Hassan al-Asyary dan Abu Mansur al-Maturidi. Mereka bangkit mempertahankan aliran Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan menggabungkan dalil akal berserta al-Quran dan Hadis untuk berhujah dan mengukuhkan akidah. Contohnya, kewujudan alam dan cakerawala yang begitu besar dan teratur membuktikan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta Mutlak.
Selain itu, ulama Islam juga telah mempelajari ilmu mantik dan menggunakan hujah serta logik akal untuk berdebat dengan ahli al-Kitab dan Parsi yang menggunakan falsafah dan mantik untuk berdebat dengan orang Islam.
Di samping itu, ulama Islam mempelajari mantik untuk berhujah dengan golongan Atheis dan al-Dahriyyun yang tidak mengakui kewujudan Allah SWT dan menolak pendapat mereka yang mengatakan alam ini terjadi dengan sendiri.
Tokoh ilmuan mantik klasik ialah Socrates, Arisrotle, Ibn. Sina dan Imam al-Ghazali.
Tokoh ilmuan mantik moden ialah Francis Bacon, John Stewart Mill, Ibn.Haytham dan Ibn. Hayyan.
Antara perbezaan di antara mantik moden dengan mantik klasik adalah:
- Mantik klasik hanya mengkaji bentuk-bentuk pemikiran dan mencipta peraturan-peraturan yang berbentuk teori. Peraturan tersebut dilalui dan diikuti oleh setiap pengkaji dan pemikir untuk menghasilkan keputusan yang benar dan tepat tanpa mengambil kira atau mengkaji bahan yang menjadi hakikat atau kandungan pemikiran tersebut.
Manakala mantik moden pula mengkaji bahan-bahan yang menyebabkan lahirnya pemikiran itu dan sebab-musabab sesuatu perkara yang wujud dan lahir serta mengaitkannya dengan apa yang terdapat pada kenyataan.
- Mantik klasik menumpukan serta memusatkan perhatiannya terhadap fizikal sesuatu benda tanpa menilai dan mengkaji atau meneliti kaitan di antara benda-benda yang dikaji tersebut.
Manakala mantik moden pula menumpukan kajiannya terhadap benda dan bagaimana berlakunya perkara tersebut, sebab-sebabnya dan hubungannya di antara satu sama lain.
- Mantik klasik mementingkan dan mengutamakan teori semata-mata. Manakala mantik moden lebih menumpukan kepada percubaan dan amali terhadap teori yang digariskan.
Di antara manfaat ilmu mantik ialah membuat daya pemikiran seseorang lebih tajam tetapi lebih berkesan melalui latihan-latihan berfikir dan menganalisis serta mengungkap permasalahan secara ilmiah.
Membuat seseorang menjadi mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mengerjakan sesuatu pada waktunya. Ilmu mantik juga membuat seseorang mampu membezakan antara yang baik dan buruk.
Baca juga:
- Mantik cara berfikir benar
- Mantik membicarakan tentang kaedah berfikir
- Ilmu mantik berkaitan menerima sesuatu secara logik
- Ilmu mantik cara berfikir membuat keputusan   



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2025/11/fuu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantik Cara Berfikir Benar

Mantik Cara Berfikir Benar

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 163 hits
Mengikut pengertian bahasa mantik bermaksud Perkataan mantik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Logos yang bermaksud kata atau fikiran yang benar Mengikut bahasa Arab ia berasal daripada perkataan Natoqa yang bermaksud berkata atau bercak...
Tentang Blog Ini Ruang Sunyi Monolog Jiwa

Tentang Blog Ini Ruang Sunyi Monolog Jiwa

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 177 hits
MONOLOG JIWA Intro Tetap Blog ini adalah ruang kecilku tempat aku menulis berkongsi dan meluahkan apa yang tidak selalu terucap Setiap kata di sini adalah titipan untuk diriku dan untuk kamu yang sudi singgah dalam sunyi Di sudut ini aku me...
Tentang Hal Kecil Yang Kita Masih Perlu Tanya

Tentang Hal Kecil Yang Kita Masih Perlu Tanya

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 178 hits
Kadang kadang hal yang kecil pun terasa besar bila ia menyentuh hati kita Dan tidak semua orang faham itu Ada orang yang memang tak suka ditanya tentang benda kecil bukan sebab mereka tak peduli tapi sebab pada pandangan mereka hal itu bole...
7 Fakta Penting Tentang Gangguan Cloudflare 18 November 2025 Yang Perlu Kamu Tahu

7 Fakta Penting Tentang Gangguan Cloudflare 18 November 2025 Yang Perlu Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 207 hits
Gangguan besar Cloudflare pada 18 November 2025 membuat banyak situs tidak bisa diakses akibat file konfigurasi Bot Management yang bermasalah Artikel ini merangkum kronologi lengkap penyebab teknis layanan terdampak serta pelajaran penting...
Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 214 hits
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia Datuk Dr Khairuddin Takiri berpandangan Kerajaan Terengganu perlu menggunakan kaedah Islam bagi selesaikan isu FGV Holdings Bhd Katanya tindakan mengalihkan aset dan mengosongkan premis di ladan...
Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat

Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 219 hits
Kaedah siraman baja Mikrob menggunakan Drone AI kini menjadi satu pilihan kepada pengusaha ladang kelapa sawit getah durian musang king padi dan lain lain pokok buah buahan serta sayuran di negeri ini Teknologi itu kini mula tiba dan sudah ...
Mengapa Pengembara Paling Bijak Berfikir Seperti Pelabur

Mengapa Pengembara Paling Bijak Berfikir Seperti Pelabur

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 170 hits
Mengapa Pengembara Paling Bijak Berfikir Seperti Pelabur Mengembara dan berdagang mungkin kelihatan tidak berkaitan pada pandangan pertama namun individu yang mahir dalam salah satu selalunya cemerlang dalam yang lain Kedua duanya memerluka...
Makin Ramai Pelajar Biadap Dengan Pensyarah Kerana Ai Salah Teknologi Atau Cara Kita Berfikir

Makin Ramai Pelajar Biadap Dengan Pensyarah Kerana Ai Salah Teknologi Atau Cara Kita Berfikir

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 142 hits
Penggunaan kecerdasan buatan dalam kalangan pelajar bukan lagi perkara luar biasa Ia telah menjadi alat harian sama seperti kalkulator enjin carian atau buku rujukan digital Namun kebelakangan ini semakin kerap juga kita melihat video dan c...
10 Fakta Mitos Tentang Perbankan Islam

10 Fakta Mitos Tentang Perbankan Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 208 hits
Perbankan Islam telah berkembang pesat di Malaysia dan seluruh dunia menawarkan alternatif kewangan yang selari dengan prinsip syariah namun banyak mitos mengenai sistem perbankan Islam yang dipercayai orang ramai Akibatnya wujud banyak kek...
Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bijak Membeli Jika Rm100 Dapat 3 Kasut Baru

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

30 Juzuk Terakhir

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan