Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan


APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?

SIP adalah satu sistem perlindungan pekerjaan untuk menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).  Bagi anda yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018, anda boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau dikenali juga sebagai Employee Insurance System (EIS).
SIP menyediakan program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim. Melalui program ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).
Semua warganegara Malaysia yang mencarum dengan PERKESO layak memohon SIP kecuali mereka yang hilang pekerjaan akibat salah laku(misconduct), perletakan jawatan sukarela, tamat kontrak atau bersara.
Selain itu, program ini juga membantu pencarum PERKESO yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
Sekiranya anda pekerja atau graduan baru yang ingin mencari pekerjaan, sila kunjungi Portal Pekerjaan SIP untuk memuatnaik resume anda dan mencari pekerjaan yang sesuai. Bagi menentukan kerjaya yang berpadanan dengan anda, kami juga menyediakan ujian psikometrik untuk mengenal pasti minat, bakat, dan keperibadian anda.
Sekiranya anda majikan yang ingin mengisi kekosongan jawatan, sila memuatnaik kekosongan jawatan syarikat anda ke Portal Pekerjaan SIP. Anda boleh berhubung dengan calon yang terpilih dengan menggunakan nombor telefon dan emel pencari pekerjaan yang dipaparkan dalam portal atau melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.
TAKRIF LIPUTAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)
Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00
KADAR CARUMAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)
Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila login di klik disini
(Sila layari laman web perkeso untuk mendapatkan ID Portal).
Sila kemaskini maklumat caruman dan jana ECR untuk tujuan bayaran caruman SIP.
Cara bayaran caruman:
Financial Process Exchange (FPX) Bagi akaun perbankan runcit / peribadi (B2C), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM30,000* bagi setiap transaksi.
Bagi perbankan syarikat / korporat (B2B), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM2.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM1,000,000* bagi setiap transaksi.
*Had nilai transaksi tertakluk kepada had Perbankan Internet individu dengan bank, yang mana lebih rendah.
Bagi transaksi kurang daripada had minimum yang dinyatakan di atas, bayaran boleh dibuat dengan cara (b).
Electronic Funds Transfer (EFT) Bagi pembayaran secara EFT, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.
Cek, kiriman wang atau wang pos Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di ECR. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:
Bertarikh dalam tempoh sah laku; Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO; iii. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;
 
Telah ditandatangani;  
Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;  
Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos;  
vii. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar; dan
 
viii. Sila guna hanya satu medium bayaran bagi setiap satu transaksi.
Semua majikan boleh membuat bayaran caruman SIP di kaunter bank berikut sahaja:
Maybank RHB Bank Public Bank FAEDAH SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal. Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2
Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3. Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP – Dibayar secara pukal
Fi/Yuran Latihan (FL) Kemudahan latihan vokasional
Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000
Elaun Latihan (EL) Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.
Sebanyak 25% daripada baki EMP
Dibayar secara pukal
SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
Program Penempatan Pekerjaan Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula
Kaunseling Kerjaya Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.
LIPUTAN DAN KELAYAKAN PERMOHONAN FAEDAH
Liputan dan Kelayakan Permohonan Faedah
Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:
Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap Berumur 18-60* Bekerja dalam sektor swasta** Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service) *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP
Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:
Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE). Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami. Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:
Pembuangan kerja dan pertindihan VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam Bankrap atau penutupan tempat kerja Pembuangan kerja konstruktif Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan  
 
Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:
Pembuangan akibat salah laku pekerja Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja Persaraan Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan) CARA MOHON SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)
Permohonan boleh dibuat di atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO. Pautan untuk membuat permohonan di atas talian boleh didapati di sini
Dokumen tersebut diperlukan semasa membuat permohonan:
Salinan KPPN Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja Salinan maklumat akaun bank Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan Selain itu, pemohon faedah-faedah tertentu dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Dokumen sokongan untuk semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:

Sila klik pada tajuk borang untuk memuat-turun
Sekiranya permohonan anda telah DITOLAK, anda berhak untuk membuat rayuan di Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS). Borang rayuan boleh didapati di mana-mana pejabat PERKESO.
The post APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)? appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/apa-itu-sistem-insurans-pekerjaansip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Istri Sedang Lelah Sebab Pekerjaan Rumah Manjakanlah Karena Istri Itu Amanah Bukan Pembantu

Ketika Istri Sedang Lelah Sebab Pekerjaan Rumah Manjakanlah Karena Istri Itu Amanah Bukan Pembantu

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 214 hits
Istri kelelahan umumnya karena mengerjakan banyak aktivitas Seorang ibu rumah tangga yang tidak memiliki pembantu ia bekerja hampir 18 jam sehari Sebelum Subuh ia telah bangun Memasak mencuci piring bahkan ada yang memandikan anak Setelah i...
Sistem Khas Pantau Individu Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Kpn

Sistem Khas Pantau Individu Perlu Kuarantin 14 Hari Kata Kpn

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 356 hits
POLIS Diraja Malaysia mempunyai satu sistem khas bagi mengawasi individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumah selepas mereka pulang dari luar negara Tanpa memperincikan butiran lanjut sistem khas itu Ketua Polis Negara Ab...
Ada Sistem Kerja Dari Rumah Konsumsi Listrik Rumah Tangga Melonjak

Ada Sistem Kerja Dari Rumah Konsumsi Listrik Rumah Tangga Melonjak

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 302 hits
PT PLN mencatat konsumsi listrik di level rumah tangga meningkat sejak adanya himbauan pembatasan sosial selama masa penyebaran virus corona Seperti diketahui sebagian besar perusahaan memperpanjang sistem bekerja dari rumah atau work from ...
E Bazar Sistem Bazar Ramadan Online

E Bazar Sistem Bazar Ramadan Online

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 642 hits
e BAZAR SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE Sudah ramai usahawan dan majlis penbandaran tempatan yang telah mengambil inisiatif mewujudkan e bazar bagi membantu peniaga kecil di seluruh negara menjual produk mereka sepanjang Ramadan nanti Usaha ini...
Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

Makanan Dan Minuman Probiotik Membantu Mengekalkan Sistem Imun Yang Sihat

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 379 hits
Kesihatan penghadaman yang baik adalah penting untuk mengekalkan sistem imun tubuh yang sihat kerana sekitar 80 sistem imun badan kita terletak di usus dan ia adalah barisan pertahanan pertama tubuh dalam menentang jangkitan virus dan bakte...
3 Fakta Menarik Simerona Sistem Informasi Untuk Hindari Zona Bahaya Covid 19

3 Fakta Menarik Simerona Sistem Informasi Untuk Hindari Zona Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 203 hits
Simerona merupakan sistem informasi berbasis web yang dapat digunakan masyarakat untuk menghindari zona merah atau daerah bahaya yang terpapar COVID 19
Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru Kpm 2020

Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru Kpm 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 233 hits
Setiap guru wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e Operasi 2020 e Operasi yg merupakan salah satu Modul Pengurusan Guru telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah H...
Apple Mempatenkan Sistem Orientasi Skrin Yang Berubah Mengikut Imbasan Face Id

Apple Mempatenkan Sistem Orientasi Skrin Yang Berubah Mengikut Imbasan Face Id

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 198 hits
Antara masalah dunia pertama ialah skrin peranti yang berputar ke posisi mendatar apabila pengguna baring sedangkan mereka tidak ingin ini berlaku Antara penyelesaian mudah yang dilakukan ialah mengunci orientasi skrin sepanjang masa Di App...
Sistem Ekonomi Yang Dianut Indonesia Saat Ini

Sistem Ekonomi Yang Dianut Indonesia Saat Ini

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 350 hits
Apa sih sistem ekonomi itu Yang dimaksud sistem ekonomi adalah suatu cara untuk mengatur dan mengorganisasi segala aktivitas ekonomi dalam masyarakat baik yang dilakukan oleh pemerintah atau swasta berdasarkan prinsip tertentu dalam rangka ...
Pencalonan Hamzah Tercemar Jika Bersatu Tewas Dun Mahkota

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Mengenai Pencen Kekal

Why Steel Building Barndominiums Are The Future Of Modern Living

Pas Sedia Tolak Bersatu Untuk Kerjasama Dengan Umno

Celebrating Diverse Beauty Aeon Malaysia And Izzati Suza S Collection

Itinerari Ke Tokyo Jepun Pengalaman Pertama Kali Di Jepun

Buasir Otak Tv Apa Di Dalam Ikan Di Luar Ayam Be Like

Akmal Jadi Faktor Atau Tidak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ternyata Sebuah Bahagia Slot Tiara Astro Ria

Kenapa Huruf S Mewakili Skor Terbaik Antara Yang Terbaik

10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb


Leadership Competencies That Take Center Stage

Marine Corps Leadership Principles

Wanita 62 Tahun Ditahan Bantu Kes Kehilangan Sabari Jangan Kata Polis Tak Bertindak

Polis Siasat Video Jalur Gemilang Diturunkan Diganti Bendera Sabah Dan Sarawak

Penangguhan Perlaksanaan Hukuman Penjara Adalah Perkara Biasa Peguam Da I Syed

Rate 4 2 Terlalu Banyak Custard Berani Bagi Kieda Crepe Rating Rendah Influencer Makanan Dipuji Jujur