Apa Itu Seo Kenapa Ia Penting Kepada Laman Web


Perkembangan pemasaran digital (digital marketing) kian berkembang di Malaysia Kebanyakan daripada kita sudah mula sedar tentang pentingnya melebarkan sayap dan pengaruh mereka di dunia maya. Ini termasuklah melakukan jualan dan mengembangkan pengaruh brand perniagaan. Dari situ SEO memainkan peranan penting kepada pemasaran anda. Persoalannya apa itu SEO?
Apa itu SEO?
Search Engine Optimization atau turut dikenali sebagai SEO adalah proses dan teknik bagi mendapatkan trafik secara percuma menerusi laman carian yang berada dipasaran seperti Google, Yahoo, Bing, Yandex dan banyak lagi.
Sebagaimana namanya, SEO adalah sebahagian daripada cara kerja enjin pencari itu sendiri bagi memahami apa yang dicari oleh pengguna secara atas talian. Apa yang pengguna cari bersama kata kunci (keyword) dan kandungan yang dimahukan membantu anda sebagai penyedia kandungan untuk berhubung dengan mereka menerusi penyelesaian masalah yang berkesan.
Terdapat 2 cara untuk memastikan laman web anda memasuki laman hasil carian yang turut dikenali sebagai Search Engine Results Page (SERP). Yang pertama adalah menerusi kaedah berbayar untuk anda dipaparkan dilaman utama. Yang kedua pula adalah menerusi menerusi kaedah Organik iaitu implementasi keperluan SEO dan ianya percuma tanpa memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun.
Penyedia kandungan (content) seperti saya (mungkin juga anda) akan cuma mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh enjin pencari bagi memenuhi permintaan pengguna mereka. Ini demi memastikan pengguna enjin pencari mendapat maklumat yang tepat seperti mana mereka mahukan. Kandungan fresh dan releven pula adalah satu bonus.
Menerusi artikel atau laman web yang telah dioptima, enjin pencari akan mula mengakses maklumat yang disediakan oleh kita menerusi algoritma yang telah diprogramkan oleh mereka. Algoritma itu bertanggungjawab untuk mencari maklumat yang paling berguna berdasarkan kepada kata kunci pertanyaan, kesesuaian, lokasi dan ketetapan.
Mengapa pentingnya SEO? Gaya hidup masa kini mula berubah. Enjin carian telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ingatkah anda suatu ketika dahulu jika anda tidak pandai memasak, siapakah agaknya yang anda akan tanya tentang resepi?
Ibu kan?
Tapi kini orang menggunakan alternatif yang lebih mudah dimana mereka bertanya kepada Google tentang sesuatu resepi. Malahan ianya tidak terhad kepada resepi, sebaliknya segala macam hal. Jangan pelik kalau orang Google tentang cara memasang mentol, orang nak tahu tentang spesifikasi telefon bimbit, cara-cara memikat wanita dan mencari maksud apa itu SEO. Bak kata pak cik Astro, macam-macam ada.
Pelawat yang datang ke laman web anda memerlukan penyelesaian kepada permasalahan mereka. Anda sebagai penyedia kandungan (content) pula menyediakan jawapan buat masalah mereka. Maka terbinalah hubungan diantara 2 pihak.
Apa kesan baik SEO Ianya boleh menjadi ejen keuntungan kepada penyedia kandungan. Antaranya.
Jumlah pelawat yang mengunjungi laman web anda akan bertambah. Anda akan rasa lebih dihargai apabila penulisan anda dikongsi. Anda boleh mengaut keuntungan daripada beberapa bahagian. Antaranya menerusi iklan, advertorial, penjualan produk, affiliate dan sebagainya. Anda boleh mewujudkan jenama kepada diri dan produk. Kredibiti dapat diwujudkan menerusi penghasilan kandungan yang berkualiti dan diakui ramai. Bagaimana SEO berfungsi? Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh enjin pencari untuk mengakses laman web anda. Disebabkan enjin pencari yang berbeza juga turut mempunyai cara yang berbeza, elok kiranya saya fokus kepada satu sahaja iaitu Google Search Engine.
Jadi bagi memberi gambaran lebih lanjut, terdapat 3 cara utama yang biasa digunakan oleh Google bagi memproses maklumat. Antaranya ialah:
Crawl (Merangkak) Index (Indeks) Rank (Kedudukan) Apakah yang dimaksudkan dengan crawling, indexing dan ranking ini? Baiklah mari kita lihat satu persatu tentang bagaimana laman web carian berfungsi.
1. Crawling (Merangkak)
Walaupun sebutannya agak hodoh dalam bahasa melayu, namun ini adalah proses penting dalam mengakses kandungan berkualiti. Enjin pencari akan menghantar robot (program komputer) untuk menjelajahi dunia internet berdasarkan pautan pautan dan memeriksanya sama ada ia wujud atau tidak. Program komputer ini turut dipanggil  sebagai crawler (perayap) atau spider (labah-labah).
Bagaimana web carwler ini berfungsi?
Jika sesebuah laman web sudah pernah dijelahi oleh web crawler ini, kebiasaannya web crawler akan datang kembali jika sesebuah laman web itu sudah pernah dirayap. Jika anda laman web baru pula, ada artikel atau laman web lain menyertakan sekali laman web anda. Maka laman web anda akan dirayap juga.
Penting bagi sesebuah laman web untuk menyediakan sitemap, iaitu senarai muka yang terdapat disesebuah laman web. Sitemap yang kemas dan tersusun membantu web crawler tadi untuk mengakses kandungan baru yang terdapat di laman web anda.
Kandungan baru juga tidak hanya terhad kepada paparan penulisan laman web sahaja, sebaliknya gambar, fail pdf, video atau apa sahaja yang dimuat naik di laman web turut dirayap oleh web crawler.
2. Indexing (indeks)
Sebelum proses ini berlangsung, enjin pencari akan memberikan satu senarai url yang perlu dikunjungi oleh web crawler yang turut dikenali sebagai list of seeds. Web crawler akan merayap ke semua url tersebut mengenalpasti semua pautan yang terdapat pada laman web dan masukkan pada senarai yang bakal dikunjungi.  Menerusia bantuan pangkalan data (database) dan sitemap yang ditemui pada rayapan yang lepas, web crawler akan tentukan url mana akan dikunjungi selepas ini.
Selesai sahaja rayapan pada laman web anda, urusan seterusnya adalah urusan indeks. Perlu anda ingat, hanya kerana laman web anda berjaya ditemui dan berjaya dirayap, tidak bermakna enjin pencari perlu menyimpannya dalam indeks mereka. Analisis terhadap kandungan page anda perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia releven atau tidak untuk dimasukkan.
Jika didapati artikel anda releven dan fresh, maka ia akan dimasukkan dalam sistem indeks Google yang turut dikenali sebagai Caffeine, pangkalan data terbesar didunia yang menyenaraikan senarai url yang pernah dirayap oleh web crawler.
Caffeine ini merupakan satu sistem indeks yang diperkenalkan sejak June 2010 oleh Google bagi mengantikan sistem indeks lama dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini. Jadi pastikan anda mematuhi kehendak semasa SEO bagi memberi impak yang lebih baik kepada laman web ada.
Ini kerana Caffeine ini menjanjikan kemaskini yang pantas jika anda melakukan kemaskini kepada artikel lama disamping kapasiti simpanan data yang tinggi dan fleksibel (indeks segala macam jenis format).
3. Ranking (Kedudukan)
Pada tahun 2018, Google telah melakukan kemaskini algoritma secara besar-besaran yang diberi nama sebagai “the medic update”. Persoalannya kenapa?
Pemprosesan jutaan hasil carian baru pada setiap hari benar-benar memerlukan Google untuk menyediakan mekanisma untuk menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna. Ini menyebabkan Google melakukan kemaskini kepada kaedah indexing mereka supaya mereka dapat menyekat maklumat yang kurang tepat dan berasal daripada sumber yang kurang dipercayai. Siapa yang terkesan?
Sudah semestinya mereka yang menulis tentang isi kandungan kesihatan. Kandungan kesihatan yang tidak tepat akan memudaratkan sesiapa yang membacanya. Disebabkan itulah indikator kredibiliti penyedia kandungan menjadi salah satu faktor pemarkahan dalam SERP. Selain daripada itu, penulisan tentang kewangan dan keselamatan juga antara niche yang paling terkesan ketika kemaskini tersebut.
Disebabkan oleh permasalahan ini, Google telah mewujudkan acronim YMYL atau nama panjangnya “Your money or your life” dan EAT yang merujukan kepada “expertise, authority and trustworhiness”.
Kenapa YMYL dan EAT?

Menerusi kemaskini itu, Google sedang memberi signal kepada penyedia perkhidmatan tentang kepedulian mereka. Mereka kini bukan sahaja mencari informasi yang releven, sebaliknya juga informasi yang betul dan tepat.
Bagi Google, penyediaan informasi yang tidak tepat mempunyai potensi yang kurang baik kepada pengguna daripada segi kebahagian, kesihatan dan kekayaan. Dalam erti kata lain, kandungan artikel yang berkualiti rendah yang akan memudaratkan pengguna. Malahan ia juga dimasukkan didalam “the Google Search Quality Evaluator Guidelines” yang menjadi panduan kepada penyedia kandungan internet bagi mendapatkan dudukan yang baik di enjin pencari.
Apa kena mengena pula dengan ranking?
Sudah semestinya jika artikel yang anda sediakan berkualiti tinggi, maka anda mendapat kedudukan yang tinggi di enjin pencari jika anda mengamalkan konsep EAT dan YMYL. Pembaca agak kekal lama dan merasakan artikel anda berguna. Kena ingat kedudukan anda dalam enjin pencari sangat penting kerana ia menyumbangkan sesuatu.
Menurut Backlinko yang telah melakukan analisis terhadap 5 juta hasil carian di Google tentang klik organik yang dilakukan pengguna pada tahun 2019, mereka mendapati hasil klik organik pada laman web yang menduduki ranking pertama adalah 31.7%, lebih 10 kali ganda berbanding di ranking 10.
Katanya lagi, laman web yang berada di kedudukan 7-10 tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika kedudukan berubah. Namun jika anda berada diatas kedudukan nombor 7  keatas di laman pertama Google, setiap perubahan kedudukan membawa perbezaan klik hampir 30.8%.
Tajuk, meta penerangan (meta description) memainkan peranan disamping teknik penulisan yang tepat. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi ranking anda di SERP. Algoritma yang telah ditetapkan Google tetap akan menilai berapa lama pengguna berada di laman web anda. Jadi selamat mencuba.
Kenapa SEO penting kepada laman web? Dalam dunia pemasaran, terdapat 2 hal yang anda perlu titik beratkan iaitu Search Engine Optimisation (SEO) dan Search Engine Marketing (SEM). Saya tidak akan terangkan secara mendalam tentang SEM pada artikel kali ini.
Namun apa yang saya dapat simpulkan adalah SEO adalah pemasaran laman web anda yang dapat dilakukan secara organik atau dalam erti kata lainnya adalah percuma, manakala SEM pula teknik pemasaran internet yang memerlukan anda untuk mengeluarkan bayaran.
Saya ada menerangkan juga dalam artikel ini bagaimana SEO ini memerlukan masa kerana ia melalui proses yang panjang. Jika pembayaran dapat mempercepatkan pengguna untuk mencari laman web anda, mengapa tidak sahaja kita fokuskan kepada SEM berbanding SEO?
Sudah semesti disebabkan oleh kesan yang berpanjangan. Sampai bila anda ingin membayar untuk berada di muka depan enjin pencari. Jika ada kaedah yang percuma untuk anda berniaga atau melakukan pemasaran, buat apa anda perlu bayar untuk hasil yang sama bukan?
Kesimpulannya Dalam artikel ini, saya tunjukkan kepada anda tentang apa itu SEO, bagaimana ia berfungsi dan kelebihannya. Kesemuanya melibatkan teknik dan punyai helah yang tersendiri yang mungkin pembaca biasa tidak perasan, tetapi pemain-pemain SEO ini perasan.
Jika anda lihat kebanyakan laman web koperat diluar sana, pasti mereka mempunyai blog. Ianya menjadi satu trend kepada mereka semua untuk memastikan pautan mereka dikemaskini dan terus diindeks. Kenapa ia berlaku? Ini kerana kesedaran SEO.
Mereka bekalkan maklumat yang bermanfaat kepada pembaca, mereka mendapat ranking yang baik di Google. Lagipun SEO percuma. Yang anda perlukan cuma masa untuk membuat tetapan yang terbaik yang mesra SEO.
Saya cuma sehabis baik untuk menulis secara ringkas tentang apa itu SEO. Saya faham mungkin diantara anda agak asing dan mula bertatih dalam mempelajari teknik yang betul. Tidak mengapalah, belajarlah sedikit demi sedikit. Mungkin pengetahuan itu boleh membantu anda dalam mengembangkan perniagaan atas talian atau personal brand di alam maya.
Maklumat yang saya beri ini hanyalah sebagai salam perkenalan. Selepas ini saya akan tulis pula tentang hal yang lebih mendalam tentang SEO. Diharapkan anda sudi membacanya. Jika mempunyai sebarang persoalan, jangan lupa tuliskan diruangan komen. Saya gembira untuk membacanya.
The post Apa itu SEO? Kenapa ia penting kepada laman web? appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/apa-itu-seo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Qr Code Web Lokasi Pejabat Menu Restoran Aplikasi Pembayaran Laman Sosial Kad Jemputan Kahwin Digital

Cara Buat Qr Code Web Lokasi Pejabat Menu Restoran Aplikasi Pembayaran Laman Sosial Kad Jemputan Kahwin Digital

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 590 hits
CARA BUAT QR CODE WEB LOKASI PEJABAT MENU RESTORAN APLIKASI PEMBAYARAN LAMAN SOSIAL KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL APA ITU QR CODE QR Code adalah seperti barcode yang terdapat pada produk yang dijual dekat pasar raya QR adalah singkatan untuk ...
Ilmu Itu Penting Pengalaman Itu Berharga

Ilmu Itu Penting Pengalaman Itu Berharga

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 342 hits
Assalammualaikum wbtILMU ITU PENTING PENGALAMAN ITU BERHARGATuntutlah ilmu semampu dan sebanyak yang mungkin Ilmu yang baik amalkan Kalau sekalipun ada ilmu yang tidak baik kita temui atau ada yang memaklumkan cukup sekadar tahu untuk dihin...
Bila Tarikh Semak Keputusan Bpn 2 0 Di Laman Web Lhdn

Bila Tarikh Semak Keputusan Bpn 2 0 Di Laman Web Lhdn

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 457 hits
Memandangkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin dah umum akan ada pemberian Bantuan Prihatin Nasional 2 0 ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega Masing masing dan mula bertanya adakah mereka layak untuk terima BPN 2 0 yang akan di...
Apple Menguji Penghantaran Tempahan Dari Laman Web Melalui Kedai Fizikal Dan Bukan Lagi Dari Gudang

Apple Menguji Penghantaran Tempahan Dari Laman Web Melalui Kedai Fizikal Dan Bukan Lagi Dari Gudang

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 196 hits
Walaupun di Malaysia tiada kedai fizikal Apple pengguna masih boleh membuat tempahan dari kedai atas talian Apple Tetapi segala tempahan dari laman web tersebut adalah dari Singapura secara tidak langsung menjadikan proses penghantaran temp...
Tronserve Perkenalkan Platform Laman Web Konsep Diy Dan Aplikasi Mesyuarat Maya Link Pertama Di Malaysia

Tronserve Perkenalkan Platform Laman Web Konsep Diy Dan Aplikasi Mesyuarat Maya Link Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 412 hits
Hi Korang Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia Tronserve Sdn Bhd memperkenalkan laman web berkonsepkan DIY serta aplikasi mesyuarat maya Link pertama di Malaysia hari ini Menariknya mengenai laman web berkonsepkan DIY...
Laman Web Diy Pertama Diperkenalkan Di Malaysia

Laman Web Diy Pertama Diperkenalkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 377 hits
Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia Tronserve Sdn Bhd memperkenalkan laman web berkonsepkan do it yourself serta aplikasi mesy arat maya yang dibangunkan oleh anak tempatan Dikenali Tronserve Link laman web itu menye...
Tak Kisah Yang Penting Saya Sudah Buat Kerja Ruhainies Jawab Aksi Mesra Bersama Zul Ariffin

Tak Kisah Yang Penting Saya Sudah Buat Kerja Ruhainies Jawab Aksi Mesra Bersama Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 1047 hits
Pelakon Ruhainies telah berkongsi foto aksi mesranya bersama pelakon Zul Ariffin yang dimuat naik di laman Instagram baru baru ini Bagaimanapun foto terbabit telah menimbulkan persoalan peminat adakah mereka sedang hangat bercinta source
5 Langkah Penting Yang Perlu Diamalkan Sejurus Pulang Ke Rumah Selepas Keluar Membeli Barangan

5 Langkah Penting Yang Perlu Diamalkan Sejurus Pulang Ke Rumah Selepas Keluar Membeli Barangan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 288 hits
Berikutan penularan COVID 19 gelombang ketiga yang melanda negara orang ramai seharusnya sentiasa waspada dan beringat bahawa wabak ini masih belum berakhir Gambar Hiasan Facebook Terutamanya jika anda telah keluar untuk membeli barangan di...
Gabung 3 Watak Lama Jadi 1 Penampilan Khas Seo Hyunjin Dalam Record Of Youth Jadi Bualan Ramai

Gabung 3 Watak Lama Jadi 1 Penampilan Khas Seo Hyunjin Dalam Record Of Youth Jadi Bualan Ramai

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 303 hits
Rasanya ramai yang seronok apabila mendapat tahu bahawa Seo Hyun jin bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama Record Of Youth Setelah lama dinanti nanti akhirnya pelakon wanita itu membuat kemunculan dalam episod kelmarin dengan membaw...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults