Apa Itu Raiz Invest Cara Daftar Dan Mulakan Pelaburan Hanya Serendah Rm5



Inilah orang cakap, sekarang nak buat pelaburan pun tak susah dah dan tak perlu modal besar pun. Orang yang mungkin kurang ilmu investiment juga boleh mula melabur di tempat yang betul seperti Raiz Invest.


Antara kaedah mudah adalah menerusi robo-advisor dimana ianya akan melaburkan untuk anda secara automatik dan konsisten. Anda tidak perlu pandai baca chart, tidak perlu tahu pasaran dunia yang anda perlu buat adalah tambah pelaburan sahaja. Semuanya diuruskan oleh robot.

Jadi antara platform yang anda boleh gunakan ialah Raiz Invest yang mana ianya adalah robo-advisor yang akan bekerja bagi tujuan pelaburan untuk anda secara automatik. Senang cakap, masuk depo, robot akan laburkan untuk anda.
Selain itu, anda juga boleh cuba Wahed Invest dengan platform yang serupa iaitu robo-advisor, anda boleh BACA SINI, manakala untuk Raiz Invest anda boleh mulakan pembacaan dibawah sehingga cara mula daftar dan buat pelaburan.
Apa Itu Raiz Invest?Raiz adalah sebuah aplikasi mikro yang akan membantu anda menyimpan disamping melabur dengan amaun yang kecil secara automatik dan konsisten.
Ianya boleh dipercayai kerana Raiz di Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Limited. Jadi ianya selamat digunakan di Malaysia
Adakah Ianya Patuh Syariah?Sebagai orang Islam ianya adalah perkara yang wajib bagi menjadi perkara yang halal. Jadi menerut Raiz sendiri, kesemua dana-dana di dalamnya adalah diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Oleh itu, menurut Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersepakat bahawa dana-dana ASNB "harus" hukumnya.
Kelebihan Raiz InvestSetiap platform pelaburan pastinya memiliki kelebihan tersendiri berbanding platform-platform lain. Jadi antara kelebihan Raiz adalah

Kesemua pelaburan boleh dipantau diuruskan menggunakan aplikasi telefon pintar sahajaPelaburan permulaan adalah sangat kecil iaitu serendah RM5 sahajaPendaftaran adalah percumaMemiliki 3 portfolio iaitu Conservative (berisiko rendah), Moderate (risiko sederhana) dan Aggresive (berisiko tinggi)Mempunyai fungsi auto-bundar dimana membundarkan setiap transaksi pembelian harian anda dan akan dilaburkanAnda boleh dapatkan RM20 bonus secara percuma untuk yang baru membuka akaun. Klik Sini
Apa Itu Auto-BundarSalah satu kelebihan besar yang tiada dalam platform pelaburan lain adalah fungsi auto-bundar (Round-ups). Kita sedia maklum, amaun pelaburan minimum untuk mula melabur adalah serendah RM5 sahaja. Disebabkan itu auto-bundar ini dapat berfungsi dengan baik.
Anda boleh link kan kad debit bank (Maybank) dengan Raiz dan sekiranya anda membuat apa-apa pembelian dan bayar guna kad debit anda, ianya akan dibundarkan dengan nilai ringgit yang seterusnya.
Sebagai contoh, jika anda membeli roti gardenia dengan harga RM5.60, bank akan caj RM6.00 dimana RM5.60 akan dibayar kepada penjual dan 40 sen akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun Raiz.
Jadi sekiranya sudah cukup RM5.00, secara automatik juga, wang tersebut akan dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan anda yang terdiri dariapada dana-dana unit amanah. Dengan sen-sen pun anda boleh melabur sekarang. Mudah kan.
Walaubagaimanapaun, ciri Round-ups ini bukan suatu kewajipan. Ianya adalah pilihan sahaja, anda boleh matikan fungsi ini dengan tidak memasukkan maklumat kad debit anda sahaja.

Dana-Dana Unit AmanahDisebabkan ianya kerjasama antara PNB, jadi untuk portfolio Agresif, Moderate dan Konservatif, dana-dana unit amanah terlibat adalah dibawah syarikat itu juga iaitu:

Dana ASN Equity 3Dana ASN Imbang 2Dana ASN Sara 1
Selain daripada untung rugi pelaburan yang direkodkan setiap hari, pelabur juga boleh menerima agihan dividen jika ada mengikut budi bicara dan juga pada jadual yang berbeza-beza.

Cara Daftar Raiz InvestUntuk melayakkan anda membuka akaun Raiz, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara Malaysia. Anda hanya perlu buat 3 perkara sahaja iaitu :

Set Akaun PembiayaanSet Akaun Auto-BundarSet Akaun Pengeluaran
Caranya adalah seperti berikut:
Gunakan link ini ➡ KLIK SINI untuk mula daftar bagi melayakkan anda dapatkan RM20 bonus secara percuma. Kemudian barulah download aplikasi Raiz di Play Store atau App Store.
Klik pada butang Sign Up dan kemudian Create Account dengan masukkan alamat emel dan password. Tetapkan juga 4-pin untuk urusan Login akaun.
Langkah 1 - Set Akaun Pembiayaan (Funding Account)Klik pada Set Funding Account > pilih bank dengan kad debit yang aktif anda untuk disambungkan atau link dengan akaun Raiz. Hanya perlu masukkan nombor kad sahaja.

Ianya bertujuan sekiranya anda ingin buat penambahan pelaburan ke akaun Raiz menggunakan akaun bank tersebut. Lebih mudah, hanya masukkan jumlah dan terus dilaburkan dalam akaun Raiz
Langkah 2 - Set Akaun Pengeluaran (Withdrawal Account)Anda perlu masukkan nombor bank akaun anda bagi urusan pengeluaran. Sekiranya anda ingin menjual aset pelaburan, duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank yang ditetapkan.

Langkah 3 - Set Akaun Raiz Invest
Daftar akaun Raiz dengan masukkan nama penuh seperti dalam Mykad, nombor IC, tarikh lahir dan nombor telefon. Kemudian jangan lupa utnuk setkan alamat rumahJawab beberapa soalan sehinggalah maklumat pekerjaan anda. Jika sudah klik NextKemudian anda perlu upload gambar Mykad anda depan dan belakang bagi tujuan pengesahan.Akhir sekali Raiz akan secara automatik pilihkan portfolio anda berdasarkan pendapatan bulanan anda. Anda juga boleh ubah jika nak pilih portfolio lain dengan klik pada Change my Portfolio.

Pelaburan Serendah RM5 Hanya Di Raiz InvestUntuk mulakan pelaburan, anda mestilah buat deposit serendah RM5 sahaja dan tiada komitmen bulanan diperlukan.
Cara Deposit Ke Akaun Raiz Invest

Buka aplikasi Raiz Invest dengan masukkan no. pin yang telah ditetapkanPada halaman utama, klik pada Invest > DepositKemudian anda hanya masukkan nilai dan klik Invest
Waktu yang diambil untuk duit masuk ke akaun Raiz adalah sekitar 1-2 hari waktu bekerja. Jika sudah berjaya dilaburkan, ianya akan terpapar pada halaman utama.
Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun Raiz InvestJika anda rasakan, tidak berbaloi atau anda sudah mempunyai keuntungan lebih, anda boleh keluarkan duit tersebut terus ke akaun bank anda seperti yang telah ditetapkan pada sebelum ini.

Buka aplikasi Raiz Invest dengan masukkan no. pin yang telah ditetapkanPada halaman utama, klik pada Invest > WithdrawKemudian anda hanya masukkan nilai dan klik Withdraw
Jadi untuk melibat prestasi pelaburan anda, ianya akan dikemaskini secara harian iaitu pada waktu pagi. Pada waktu tersebut akan dipaparkan adakah pelaburan anda ada kenaikkan atau penurunan.
Anda boleh semak pada halaman utama > Performance dimana dipaparkan sebuah carta.
Apa tunggu lagi, daftar sekarang dan mula melabur bersama Raiz Invest. Untuk info lanjut dan pelbagai persoalan boleh rujuk di FAQ Raiz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/04/cara-daftar-raiz-invest.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 319 hits
Sudah 2022 kebanyakan transaksi kita sudah mula beralih pada digital walaupun hal sekecil membayar hutang rakan sewaktu makan tengah hari Kini dengan hanya berkongsi satu kod QR dari mana mana aplikasi bank dan e dompet sesiapa sahaja dapat...
Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 Apc Dengan Rm20

Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 Apc Dengan Rm20

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 398 hits
Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 APC Dengan RM20 Ringgit Pasti ada dikalangan kita yang jadi tertanya tanya Kenapa syarikat syarikat besar suka guna konsep kalau nak beli barang mesti kena daftar jadi ahli dulu Salah satunya Amwa...
Cara Naikkan Had Limit Pembelian Kad Debit Maybank

Cara Naikkan Had Limit Pembelian Kad Debit Maybank

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 214 hits
Cara Naikkan Had Limit Pembelian Kad Debit Maybank Anda kaki tegar shopping menggunakan kad debit ke Kalau ya pastikan anda naikkan had limit pembelian kad debit anda ya Jangan risau sekiranya anda tengah beratur nak bayar barangan tuaian y...
Cara Untuk Packing Makanan Supaya Tidak Basi Untuk Mangsa Banjir

Cara Untuk Packing Makanan Supaya Tidak Basi Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 341 hits
Sejak empat hari lalu banjir teruk melanda beberapa kawasan di selangor dan kuala lumpur terutama di shah alam dan klang Dan sekarang beberapa tempat di negeri pahang pula di landa banjir besar Banjir untuk kali ni banyak mengorbankan nyawa...
Ini Cara Dapat Duit Semula Selepas Membeli Belah

Ini Cara Dapat Duit Semula Selepas Membeli Belah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 215 hits
Kita masih di fasa pandemic di mana masih perlu mengamalkan norma baharu masih perlu ikut SOP dan masih di galakkan untuk menghadkan atau mengawal pergerakkan untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan covid Di tambah lagi virus bermutasi...
Cara Nagita Slavina Agar Tak Terpancing Berita Miring Nggak Usah Dibaca

Cara Nagita Slavina Agar Tak Terpancing Berita Miring Nggak Usah Dibaca

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 178 hits
Baru baru ini Raffi kembali diisukan dengan perempuan lain Gigi memilih tak ambil pusing dengan isu isu yang berseliweran di media sosial
Cara Buat Blog Percuma Dengan Mudah 2022

Cara Buat Blog Percuma Dengan Mudah 2022

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 215 hits
Dah masuk tahun 2022 mungkin ada pembaca yang ingin menulis di blog sendiri Untuk permulaan dan mudah boleh gunakan blogspot ataupun wordpress versi percuma Untuk blogspot syaratnya mudah sahaja iaitu perlu ada akaun Google Kalau ada email ...
Cara Nak Sign Out Gmail Dari Komputer Handphone Lain

Cara Nak Sign Out Gmail Dari Komputer Handphone Lain

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 195 hits
CARA NAK SIGN OUT GMAIL DARIKOMPUTER HANDPHONE LAIN Hai hari ni TB nak share satu benda ni TB tak tahu lah ada yang tahu ke tak pasal ni TB selalu juga terlupa cara ni so TB letak sini nanti nak cari balik senang Pastinya kadang kadang kita...
Cara Order Foodpanda Untuk Orang Lain

Cara Order Foodpanda Untuk Orang Lain

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 154 hits
Teringat pula kisahnya order makanan dari Foodpanda untuk orang lain hari tu Mula mula macam tak berapa faham kaedahnya Tapi bila dah godeh godeh aplikasi Foodpanda ni rupanya senang sahaja nak order makanan untuk orang lain Yelah kan mana ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord